Ikut Parents atau Ikut Kemampuan?

Hi nama aku Anne, maaf andaikata coretan ini tidak menarik untuk dibaca atau terlalu cliche. Disini aku cuma nak meluahkan rasa sahaja.

Aku merupakan anak sulung didalam keluarga. Aku mempunyai teman lelaki dan kami ada merancang untuk mendirikan rumahtngga tahun ini atau awal tahun hadapan.

Sejujurnya tanpa pengetahuan ibubapa dikedua belah pihak, kami telah membuat keputusan untuk menyimpan duit kahwin bersama.

Setiap bulan teman lelaki aku akan transfer duit dalam akaun aku untuk saving kahwin dalam masa yang sama aku pun ada lah letak saving juga.

Lepas dah 1 tahun simpan duit tu baru kami bagitahu parents masing2 yang kami ada kumpul duit bersama, sebab kami merancang untuk membuat 1 majlis perkahwinan sahaja kerana kami dua² berasal & menetap dinegeri yang sama.

Jadi disitu sudah pasti dapat menjimatkan sedikit kos kenduri kerana buat sekali majlis untuk kedua² belah pihak.

Masalahnya disini adalah ibu aku tidak bersetuju dia nak majlis asing² macam belah perempuan majlis lain, belah lelaki majlis lain.

Sebab dia nak jemput kawan² dia tu saja alasannya bila aku minta tambah duit, dia marah aku balik.

Aku tak tahu macam mana nak membantah benda ni. Sebab aku pun struggle untuk kumpul duit kami (aku & bf) kumpul pun ikut bajet kami.

Sebelum ni ibu aku asyik cakap pasal kahwin saja suruh aku menamatkan zaman bujang,

Sebab ni juga aku bagitahu yang aku ada kumpul duit bersama bila aku menyuarakan hal yang aku dan pasangan sudah ada merancang untuk berkahwin & buat majlis atas mana yang mampu, ibu aku bantah pulak.

Jadi sekarang ni macam mana aku nak pujuk ibu aku untuk bersetuju dengan keputusan aku & pasangan sebab kitorang fikir kehidupan selepas berkahwin juga, nak bayar sewa rumah sara hidup lagi. Sebab aku plan lepas kawen kami akan menyewa rumah lain.

Nak melawan, tu ibu nanti cakap jadi anak derhaka pulak. Kadang2 sampai aku rasa tak payah kahwin jela lagi senang. Penat lah.

Btw boleh saja ikut kehendak ibu aku tapi aku harap dia boleh tunggu lah lagi 2-3 tahun lagi untuk kitorang kumpul lagi duit kahwin dan jangan desak aku pasal kahwin, aku stress kadang2.

Sebenarnya aku ok saja belum kahwin sebab aku enjoy dengan life aku sekarang yang dimana kawan² yang lain sibuk dengan hal anak & suami masing2 tapi aku masih boleh santai bersendirian. Umur aku sekarang dah 27 tahun.

Aku target umur 30 tak kahwin jugak aku malas dah nak kahwin. Kalau nak kahwin pun susah macam ni kadang2 aku jadi marah kepada orang yang start buat adat² merapu ni kena buat majlis besar2 kena jemput orang ramai².

Salah aku juga la kot tak kawen time pkp tapi time pkp tu keluarga sebelah lelaki pulak tak nak sebab takut covid.

Entah lah kadang2 aku fikir aku tak ada jodoh kot dengan teman lelaki aku ni. Disini aku cuma minta korang doakan yang baik2 ye untuk aku.

Maaf kalau coretan aku ni mcm menunjukkan aku seorang anak yang tak ikut cakap mak. Sekian.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *