Ikut Suka Hati Ayahlah

Hi, aku Toto Terbang. Tapi kali ini cerita ini bukan pasal aku, pasal keluarga aku.

Aku baru umur 21 dan aku ada tiga adik beradik atas aku. Semua dah bekerja, tinggal aku je yang masih belajar di universiti.

Mak ayah aku kawin lama dah, dari umur dorang 25 sekarang dah umur 54. Dan, aku masih terfikir apa yang membuatkan mak ayah aku masih bertahan sampai sekarang.

Mak ayah kawin bukan dasar cinta, tapi sebab Tokwan (ayah bapak aku) yang kenenkan. Dari aku kecil, aku memang anak Ayah. Buat semua benda dengan Ayah, dan aku perasan Ayah banyak lebihkan aku dari kakak dan abang aku.

Tipu aku cakap kalau aku tak rasa bersalah, tapi aku rasa sebab anak bongsu ni memang ada tarikan sendiri, pandai ambik hati.

Baru-baru ni, kami bertiga (aku ayah dan mak) bercuti di Sarawak. Semua perbelanjaan kos ditanggung oleh Ayah sepenuhnya. Jujur aku terkejut, sebab… Ayah bukan macam tu. Tapi takpa, nanti korang akan faham juga.

Selama di sana, kami dapat tahu Ayah ditipu sindiket scam. 60k lesap. Aku agak marah pada Ayah, sepatutnya dia cerita pada aku dulu tapi dia rasa dia tahu sangat semua benda. Tapi, aku kesian. Takkan la nak marah padahal dia dah sedih duit dia hilang.

Jadi aku dengan Mak banyak support dia, dan kami cuba tak rosakkan mood bercuti tu. Lama kami di sana, seminggu juga.

Banyak kali aku cuba cari jalan penyelesaian untuk masalah Ayah, bagi aku what is done is done. Aku kena fully support Ayah sebagai anak.

Bila dah balik ke rumah, Mak aku check akaun banknya balik. Ya, mak aku seorang penjawat awam yang sangat teliti dengan perbelanjaannya.

Hasilnya, mak dapat kumpul 100k dalam masa 2 tahun setengah je. Duit tu, Mak berniat nak lunaskan hutang rumah sebab dia nak pencen awal. Bagi aku, itu satu pilihan bijak.

Bila check akaun, tinggal 40k sahaja. Ingatkan kena scam, rupanya…

Bapak aku yang ambil duit tu. Scam bapak aku tu adalah dari duit mak aku. Dia guna duit mak aku untuk dilaburkan.

Aku rasa bodoh gila. Kenapa aku tak perasan? Rupanya, dia curi kad bank Mak aku masa kami sedang rehat di hotel di Sarawak. Aku tak boleh tahan kekecewaan aku pada Ayah. Aku benci Ayah. Ayah tipu isteri dia sendiri.

Apa yang membuatkan aku lagi sedih, selama ni mak selalu cerita apa yang Ayah pernah buat pada dia dulu. Tapi, benda benda tu jadi waktu aku kecil lagi, jadi aku tak pernah terfikir sangat pun.

Dan aku sentiasa rasa bapak aku adalah the best man in my life. Sebelum aku tahu perbuatan Ayah aku, aku sangat idolakan Ayah. Aku sayang Ayah sangat, aku cerita tentang baik Ayah pada kawan-kawan aku.

Ayah ada sediakan aku satu kereta untuk aku pakai masa belajar, aku bangga ada Ayah yang bertanggungjawab macam Ayah.

Tapi, Ayah bukan Ayah yang aku bangga. Semua penipuan dia pada Mak, aku langsung tak perasan. Aku jadi rasa bersalah, kesian Mak kena tanggung semua ni.

Mak memang tak tahan lagi, memang dia marah sangat aku tak pernah tengok Mak marah macamtu. Aku pula, lebih pada rasa kecewa. Kecewa Ayah buat Mak begitu, ibu kepada anak-anak dia sendiri.

Benda ni dah hampir satu bulan berlaku. Sampai sekarang, kami tak bercakap langsung dengan Ayah. Aku benci tengok muka Ayah.

Ayah tak pernah bagi Mak nafkah. Ayah hidup macam biawak hidup. Belajar pun tak pandai, jadi kerja begitu begitu je.

Dulu dia selalu sibukkan diri dengan kawan-kawan, sekarang bila kami dah tak bertegur-sapa, dia memang buat rumah macam hotel je. Dan, aku lebih prefer begitu sebenarnya. Biarlah dia tak tunjuk muka dia depan aku.

Ayah pernah kantoi jugak dengan perempuan lain dulu. Dan aku sendiri pernah nampak, tapi aku tak pernah cakap pada sesapa pun. Senang kata, aku pernah bagitahu pada Mak.

“Mak, kalau Mak nak bercerai dengan Ayah sekalipun, buatlah Mak”.

Aku rasa Mak aku berhak untuk hidup bahagia. Kami anak-anak boleh bahagiakan dia.

Oh lupa nak bagitahu, bapak aku ni hanya rapat dengan aku sahaja. Dia tak rapat dengan anaknya yang lain, sebab adik beradik aku semua ada waktu Ayah banyak buat perangai. Jadi dorang dah banyak nampak buruk Ayah.

Cuma aku, terlalu innocent sebab aku tak lahir lagi pun waktu tu.

Dalam doa aku hanya ada satu je.

Aku harap Ayah berubah. Sebab aku rindu nak ada Ayah balik. Aku tetap sayangkan Ayah, tapi aku takkan cari lelaki macam Ayah.

And to all the women out there, pilihlah suami yang elok-elok. Sebab you have the power to choose your husband, but your children cannot choose their father.

Okay itu je, doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga ye. Saya betul-betul perlukan doa kalian. Terima kasih.

– Toto Terbang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *