Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, terima kasih admin kerana sudi approved coretan ini. Saya ingin berkongsi pendapat saya tentang maksud ilmu pengetahuan.
Sebagai intro, saya ingin mengetengahkan bahawa ramai manusia tersilap sangka dengan istilah pandai. Ramai yang berpendapat bahawa pandai itu apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun begitu, pada pendapat saya pelajar2 yang mendapat keputusan cemerlang itu adalah orang yang ambil tahu.
Ilmu itu sangat luas dan merangkumi pelbagai bidang. Dan ingatlah, ilmu yang Allah swt berikan pada manusia ini ibarat setitis air di lautan yang sangat luas. Ilmu itu sesuatu yang kita perlu explore. Oleh itu, saya yang kerdil ini ingin menyatakan bahawa, ilmu itu bermaksud sesuatu yang kita tahu dengan izin Allah. Kita perlu ada sikap untuk mengambil tahu akan sesuatu supaya kita dapat ilmu itu. Tiada orang dalam dunia ini tidak pandai kerana Allah ciptakan manusia ini berakal. Mungkin manusia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, manusia yang ambil tahu, manusia yang belum@tidak tahu, dan manusia yang memang tidak mahu ambil tahu.
Secara dasarnya, semua manusia dilahirkan tanpa apa2 pengetahuan, ibarat kain putih tiada corak dan sangat bersih. Apabila kita mula membesar, kita menjadi lebih tahu akan sesuatu ilmu. Di sinilah peranan ibu bapa untuk mencorakkan anak2 kecil supaya mereka perlu tahu apa yang mereka patut tahu, contohnya, ilmu agama, ilmu adab, ilmu membaca dan sebagainya.
Jika mereka cepat pick up, mungkin disebabkan daya fokus mereka lebih baik berbanding anak2 yang sedikit lambat. Di sini, kita perlu mainan psikologi supaya dapat menarik minat mereka untuk mendapatkan sesuatu ilmu lebih2 lagi ilmu fardhu ain.
Kecenderungan manusia juga berbeza2. Kita tidak boleh paksa mereka untuk mengambil tahu benda yang mereka tidak minat tetapi kita ada pilihan untuk menyokong benda yang mereka minat untuk ambil tahu. Tidak perlu membuat seseorang menjadi stress untuk mengikut acuan kita.
Kesimpulannya:
1. Ilmu itu bermaksud sudah tahu dengan izin Allah. Oleh itu, sewajarnya kita bermohon pada Allah untuk mendapatkan sesuatu ilmu. Ibu bapa, guru2 dan rakan2 boleh dijadikan platform utama bagi mendapatkan ilmu.
2. Bila kita berilmu, kita perlu menyampaikan agar kita semua sama2 tahu.. xperlu kedekut ilmu.
3. Tiada orang yang tidak pandai, cuma perlu ubah sikap supaya menjadi ingin ambil tahu.
4. Setiap orang ada kepakaran masing2, ilmu yang mereka tahu lebih berbanding orang lain. Oleh itu, kita tidak layak melabel seseorang sebagai bodoh. Contoh, ada orang yang sambung ilmu engineering sampai phd tapi ilmu memasak tahap kindergarten..huhu
Terima kasih sebab sudi mendengar pendapat saya yang masih banyak perlu tahu diambil tahu. Diharap kita dapat sedikit idea untuk mengubah pemikiran kita terhadap seseorang terutama sekali dalam mencorak anak2. Apa2 pun utamakan ilmu agama sebab ilmu fardhu ain.
Maaf jika perkataan ‘tahu’ berulang2.. harap2 apa yang cuba disampaikan akan tersampai..
– Guru Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit