Ilmu Karakter

Dulu aku rasa susah nak faham orang, rasa macam orang tak faham kita & kita pun susah nak faham orang. Lepas belajar ilmu karakter ini, aku lebih faham diri sendiri & orang lain.

Aku selalu baca IIUM Confession, aku fikir klau aku share ilmu ni harap-harap apa pun masalah kita terutamanya dalam hubungan dapat menjadi lebih baik.

Sebelum mula, aku nak highlight satu benda. Sampai bila-bila tak boleh nak betulkan orang lain, kita hanya mampu memberi inspirasi sahaja. Inspirasi yang tercetus inilah hanya membuatkan orang hendak berubah.

Stop be sad because of people, stop too much complain and start to learn yourself before you learn to understand others.

Aku nak share ini berdasarkan ilmu aku dengar daripada Kamalia Kamal. Ilmu karakter ini beliau & team buat kajian daripada pattern karakter orang Malaysia.

Setiap dari kita ada karakter dominan ini, sama ada cuma sedar atau tidak sahaja. Berlainan karakter adalah berbeza cara untuk kita bond relationship/komunikasi dengan orang tersebut (pasangan, kawan, keluarga dan sebagainya).

1. Karakter Woody Woods Pecker (wwp)

Kalau kita tengok karakter wwp adalah burung belatuk yang mengetuk sebatang pokok tanpa berhenti dan laju sampai pokok tu tumbang.

Kelebihan 1: Siapa ada karakter ini, dia adalah orang membuat kerja laju atau laju membuat tindakan berbanding dengan orang lain.

Kekurangan atas kelebihan: Dia akan rasa orang lain agak lembap dan tak laju untuk menyiapkan sesuatu. Contoh dia berkahwin dengan honey bee, dia akan rasa nak marah sebab slow sangat.

Kat sini, dia akan tend untuk missed out atau tak sedar kebaikan orang lain/pasangan dia buat untuk dia. (yelah semua benda nak cepat, result oriented).

Kelebihan 2: Kalau passion dia masak, dia mampu untuk spend masa dan tenaga berjam-jam lamanya.

Sebagai pasangan, support dia untuk maju contoh buka bisnes. Kalau wwp tak minat, dia akan pergi cari jalan lain untuk tak masak atau buat secara paksa rela dalam keadaan sangat letih, sangat mencabar dan penat.

Kelebihan 3: Dia adalah orang yang buat dahulu tanpa berfikir lama. Hasilnya cepat nampak hasil.

Orang macam ini kita akan nampak hasil cepat. Kesannya, ada kemungkinan tindakan dia betul, ada kemungkinan tindakan dia salah. Klau swan, dia adalah orang yang berfikir dan berfikir sebelum membuat keputusan.

Kadang dia buat tu, tak tahu betul ke tak dengan penuh yakin. Kalau salah dia tak sedar sampailah benda tu menyakitkan hati (memenatkan) dia. Masa tu dia baru berfikir, “apa salah aku?”.

Kelebihan 4: Kalau dapat task, dia mampu untuk bangunkan atau mulakan task

Dalam company A memerlukan untuk menyiapkan projek dan perlu disiapkan dalam tempoh 2 bulan. Wwp ini mampu utuk ensure projek ini bergerak dan berjalan as expectation.

Kekurangan atas kelebihan: kawan-kawan kena bantu untuk dia sustain that momentum, contoh honeybee akan tolong untuk sambungkan bahagian yang dia tak mampu siapkan.

Kelebihan 5: Wwp bagi arahan ringkas & laju.

Contoh: “Tolong ambil kasut hitam kat belakang.” Kalau pasangan karakter swan, dia akan fikir, belakang mana? kasut hitam yang mana? Swan ni kena fill in the blank sendiri. Pastu kalau lambat, wwp ni jadi marah bila tanya macam-macam.

Ada masa bila orang lain tak faham, wwp ni guna ayat yang menyakitkan hati tanpa dia sendiri sedar tapi dia dah tak ingat pun lepas tu, contoh: “dah kahwin, tak kan lah tak faham-faham lagi tempat biasa kasut hitam tu…”

Cara wwp menghafal ke dia susah dalam keadaan yang tenang terlalu lama, jadi ada yang akan hafal sambil bercakap berulang kali. atau klau belajar/kerja sambil dengar lagu.

Cara kita untuk inspirasi wwp: Rephrase ayat dia semula untuk wwp menjadi rasional. Sentiasa motivate/sedapkan hati wwp ketika dia dah lesu untuk mencuba, wwp ada kekuatan cepat untuk berusaha lagi.

Contoh: bawa cerita-cerita kebaikan wwp, untuk dia bangkit semula. Wwp akan rasa pasangan dia adalah terbaik.

Kalau perangai wwp ni teruk sangat, back off sekejap, sbb wwp ni akan jadi tak keruan. Masa itu wwp baru berfikir. Sebagai pasangan, masa itu baru rasional kan dia.

Tindakan wwp untuk berubah: Kena faham laju tak semestinya ada hasil yang bagus, kalau lambat tak semestinya tak bagus. Kita adalah orang yang laju tapi kena ingat untuk kerja kita yang memang tak ada passion langsung, seperti lipat baju, siapa yang bantu? Belajar untuk jadi teliti.

2. Karakter penguin

Penguin kan comel…

Kelebihan 1: Orang yang ada karakter ini adalah happy go lucky dan suka berkawan dengan semua orang.

Dia adalah orang yang senang nak mulakan perbualan dengan orang yang tidak rapat. Kalau orang stres, dia boleh buat orang rasa happy bila bercakap dengan dia.

Kelebihan 2: Dia suka orang acknowledge dia, suka orang ‘fame’ kan diri dia.

Contoh kalau dia pekerja, bos dia puji depan semua orang dalam meeting. Itu kegembiraan dia. Kalau kawan dia post gambar kat social media dan say thank you walaupun tak ada orang like, dia akan rasa gembira dan bahagia.

Kelebihan 3: Dia orang yang meriah.

Kalau dia minat fashion, dia adalah orang outstanding dengan fashion, berpakaian extravagaza daripada orang lain.

Kelebihan 4: Dia tahu benda yang updated dan trendy dulu.

Dia kalau dengan geng-geng yang lain, dia tahu cerita-cerita yang terkini dulu daripada kawan dia.

Contoh: Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (benda yang kelakar, terhibur).

Kelebihan 5: Bahagia penguin adalah perkara-perkara kecil.

Contoh: tolong dia bukakan pintu, hadiahkan pen walaupun harga seringgit. Contoh: suami dia bagi tau kat anak-anak sambil dia dengar, “abah, belikan kuih untuk sayang”.

Cara kita untuk inspirasi penguin: Belajar untuk tunjukan emotion dengan penguin dalam tindakan. Push penguin dengan cara berhikmah, dia boleh berjaya lagi jauh kalau kena dengan cara.

Macam mana nak pasangan penguin sayang pada kita?

Ambil gambar dia tolong kita sapu rumah dan puji dia dalam group wasap keluarga. Sampai malam dia akan senyum, mood baikkkkkkk sepanjang hari.

Tindakan penguin untuk berubah: Belajar untuk memilih kawan, penguin adalah orang yang mudah terpengaruh. Klau ada persekitaran vibes negatif, dia boleh terikut-ikut dan ada emotion jahat. Kurangkan membebel yang merewang-rewang especially bila bercakap dengan karakter eagle.

3. Karakter eagle

Kelebihan 1: Sharp, berfikiran jauh. Moto dia adalah plan & buat.

Karakter yang bukan jenis sembang dan gebang jer lebih. Seorang move-forward person.

Kelebihan 2: Bijak menguruskan emosi antara personal dan lain-lain.

Dia macam ada wall portable emosi. Kalau dia gaduh dengan family, bila sampai office dia boleh tolak emosi keluarga dan fokus pada kerja (kira sangat professional).

Definasi small matter eagle tak sama dengan orang lain.

Kelebihan 3: Ada aura WOW tak kisah sama ad cara dia berjalan dan bercakap.

Dia ada aura untuk fire up people untuk orang setuju dengan point dia.

Kelebihan 4: Orang hitam putih.

Kalau benda itu salah, dia akan cakap salah dan straightforward. Kita belajar jangan kecil hati.

Kelebihan 5: Dominant & independent.

Boleh buat kerja sendiri tanpa pertolongan.
Kekurangan atas kelebihan: Kalau wife karakter eagle, jadikan suami ketua keluarga.

Kelebihan 6: High standard.

Ada satu vision yang jelas dan tepat.

Macam mana nak pasangan eagle sayang pada kita?

– Jelas objektif, contoh hari ini nak pergi mana & nak balik pukul berapa. Kalau nak ubah plan kena bagi tau dan be rational with the point.

– Kalau dah buat silap, say sorry & terus buat action untuk berubah. Kalau tidak, dia rasa pasangan dia tak sayang dan not work hard in relationship.

– Banyak puji credibility dia.

4. Karakter Swan

25 ribu bulu, tapi kalau kita perasan bulu dia kita tak pernah nampak kotor ke apa.

Swan membelek diri dia dan sangat conscious tentang dirinya. Jangan nak main komen directly. Boleh moody dia seharian.

Kelebihan 1: Merancang masa depan. Rancang segalanya sebaik mungkin, nothing is small. Deep thinker.

-Disebabkan swan ini deep thinker, dia akan memilih kawan, dia tak kawan dengan semua orang. Kadang dia pun tak sedar dia tengah scan orang (tak bagi taula).

-Bila sembang ngan karakter swan ini, dia tetiba akan selitkan benda yang kehadapan. Contoh sembang pasal persiapan puasa, dia boleh cerita pasal raya haji.

-Kalau benda tu tak jadi, dia dah malas nak layan unless dia semangat lagi lah.

-Kalau dia dalam bidang kira-kira, dia adalah orang financial.

-Kalau dia buat lawak, dia berfikir, tapi selalunya tak kelakar. Perasan tak karater ini jarang buat lawak bodoh.

-Deep thinker ini lah, dia tidur dengan fikir masalah, bangun pun dengan fikir masalah. King overthinking. Sebab tu kalau ada pasangan karakter swan, jangan nak cerita semua benda. Dia akan fikir punca & sebab. Swan kena belajar, kalau tu masalah orang lain, tak perlu fikir too deep and let go the issue.

Kelebihan 2: Researcher.

-Kalau dia minat nak beli kasut, dia akan research dan identify quality jenama A B C , kat mana nak beli walaupun makan masa yang lama sampai puas hati.

Pasangan yang tak faham akan tend not to listen and care apa yang swan ini nak bercerita.

-Bila dia nak tahu satu rahsia, dia boleh ambil masa yang lama untuk korek rahsia.

Kelebihan 3: Detail.

-Orang nampak macam fussy, tapi dia hanyalah nak benda tu details. Jadi dia akan banyak mempersoalkan sesuatu tindakan bagi sesuatu perkara. Dia bukan kaki gaduh, dia cuma nak cari punca dan sebab.

-Karakter swan yang nak detail, contoh: kawan dia datang rumah, dia tanya, “nak minum air sejuk kosong ke air lemon?” pastu kawan dia jawab tak kisah. Jawapan tak tepat ini, menyebabkan swan tak suka tapi dia tak cakap.

-Nak bercakap dengan karakter swan, jangan cakap bahasa general. contoh: “kenapa eh hari ini panas?”. Dia akan ambil masa untu hadam soalan.

Other way to improve, kita lah yang kena detail sikit bila nak cakap. contoh: “perasan tak 5 hari lepas panas terik (ada data), rasanya petang ini hujan tak?”.

-Orang karakter swan suka nombor.

-Kalau dia beli mesin basuh ke tv, kita akan perasan dia akan tengok buku manual.

Kelebihan 4: Planning.

Dia teringin sangat nak masak ayam masak merah tapi bahan tak cukup. Walaupun dia nak hari ini, dia akan beli barang esok, bukan asal apa yang ada jer kat dapur. Kalau dia masak, dia akan ikut sukatan yang tepat.

-Kalau dia pergi sesuatu tempat, dia akan beli apa yang dia nak sahaja. Yang bukan dalam planning dia tak akan singgah.

Dia tak suka kalau orang terjah rumah dia tak bagi tau. contoh, “kebetulan aku lalu kawasan rumah ko, tu yang ak nak singgah.”

Tindakan swan untuk berubah: Belajar untuk outsourced, walaupun orang lain tak perfect macam anda. Belajar terima kekurangan orang lain.

5. Karakter Mama lion

Kelebihan 1: Suka membangunkan manusia, suka memberi inspirasi kepada orang lain untuk berjaya, suka bantu orang untuk berjaya.

Kelebihan 2: Berdiplomasi.

Kalau ada orang bergaduh, dia mampu tenangkan semua orang dan mendengar pandangan orang lain.

Kelebihan 3: Ambil berat.

-Dia akan care pasal orang, bukan takat orang tu, siap adik beradik & mak ayat orang tu dia ambil tahu. Suka meraikan orang contoh kalau orang datang rumah, dia akan sediakan masakan yang the best.

Kalau pergi holiday, sibuk teringat nak beli hadiah untuk orang lain. Kalau beli tu, 4 luggage tu semua barang orang, 1 jer luggage dia punya. Entah-entah tak beli pun untuk diri sendiri.

Kalau pasangan tak faham, pasangan rasa macam karakter mama lion ini suka menyusahkan diri sendiri untuk sediakan keperluan orang lain.

-Bila kawan dia sakit, dia adalah orang yang akan keep asking kesihatan kawan dia sampai ok. Tapi kalau kawan dia banyak merengek, dia akan rasa rimas. Selalunya, dia akan bagi possible solusi.

Macam mana nak pasangan mama lion sayang pada kita? tengok cara dia layan kita, macam itulah dia nak kita layan dia. Tengok apa yang dia korbankan untuk kita.

Tindakan mama lion untuk berubah: Belajar untuk sayangkan diri sendiri dulu. Tidak perlu untuk puaskan hati semua orang. Belajar juga ada me time, sebab banyak masa me time karakter mama lion adalah untuk orang lain.

6. Karakter Honeybee

Kelebihan 1: Suka memberi semangat kepada orang lain.

Karakter ini juga suka menerima kata-kata semangat dari orang lain juga.

Kelebihan 2: Suka banyak bertanya untuk lebih faham.

Contoh kalau di sekolah, dia akan bertanya, tengah buat soalan dia akan tanya. Orang akan nampak macam blur, tapi karakter ini sangat bagus sebab dia nak kurangkan risiko kesalahan yang dia lakukan.

Dia suka informasi yang sangat lengkap sebelum membuat sesuatu keputusan. Tanpa ifo yang lengkap, dia agak kelihatan lost not found. Hehe…. Karakter ini, tak marah sekiranya kita follow up dan update satus (tanya elok-elok la ya dengan karakter ini).

Kalau dunia pekerjaan, dia suka benda yang ada SOP atau dalam accounting.

Kelebihan 3: Sistematik.

-Sangat detail dalam pengurusan dokumen.

-Sekiranya mahir sesuatu bidang, kerja sangat teratur dan tepat.

-Kalau dalam meeting:

Honeybee adalah orang yang tak bagi idea terus jika ditanya pada masa tersebut. Sebagai bos, kena bagi tau awal-awal untuk dia fikir idea sebelum datang meeting.

Macam mana nak pasangan honey bee sayang pada kita?

Cakap dalam keadaan tenang, dan jadi orang terlampau push. Kalau pasangan wwp, belajar untuk terangkan satu-satu jangan laju dan bagi info tak lengkap.

Nota: Kelebihan kita, adalah kekurangan juga. Jadi jom baiki diri! Cakap bahasa karakter untuk orang itu respond lebih baik dan sayang kita.

Kadang kita memberi kepada orang lain adalah expectation dan assumption kita, bukan apa yang diperlukan orang tersebut.

– Chin Up woman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *