Ilmu Pengasih: Pesanan Untuk Wanita

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi siarkan post ni. Jemput baca terutamanya kaum hawa. Panjang sikit kot, semangat pula menaip.

Aku Mariam (bukan nama sebenar). Terlebih dahulu, aku mohon maaf pada golongan ustaz yang mungkin akan terase dengan post aku.

Aku cuma nak kongsi sedikit kisah hidup aku untuk kaum wanita diluar sana supaya lebih berhati2. Aku takde nak pukul rata semua ustaz, tapi kalau tak buat tak perlu terase ye. Chill je.

Bunyi aku agak kasar, tapi aku tuju pada golongan wanita supaya pandang serious bende macam ni. Jangan anggap bende ni ilusi atau cerita rekaan. Yang mana lagi cantik, lagi menawan tertarik jadinye lagi kena hati2. Aku biase2 jer.

Aku ni tak tahu ilmu pengasih, jin asyik ke ape ke sampai lah aku sndiri terkene. Aku tahu ringkas2 yang lain pun, santau sihir. Tapi aku bukan nak sebut bende yang aku tak tahu ni.

Aku nak cerita aku terkene tu di universiti aku. Aku pelik diri aku yang susah tidur malam, aku hampir lembik baru boleh tidur. Tu pun lepas 4 5 hari dan aku orangnye aktif.

Seharian suntuk sibuk tak sempat nak fikir hantu jin ke ape. Aku jaga yang fardhu, topup sunat sikit, join kelas talaqqi walau sesibuk aku. Aku highlight bukan nak riak, aku nak gambrkan aku orang camne yang busy dengan life sndiri je.

Nak dijadikan cerita, ade satu malam tu aku rase pelik, aku jadi terlampau teringat (angau) pada lelaki yang aku tak jumpe sangat, mesej pun tak. Aku kenal tapi aku tak rapat.

Dua tiga malam aku mimpi, aku rase macam separa sedar (rase orang datang pada aku) buatkan aku jadi takut nak jumpe dia dalam dunia realiti.

Nak tahu tak? Dia dapat hidu aku takut walaupun aku dah cover line. Aku cuba cari jalan lain tapi dah terlambat. Masa selisih jalan tu, dia cakap “nak larilah tu”. Tapi aku buat2 tak dengar. Cuma, bila aku sedar, aku jadi lagi takut.

Aku rase takut tu dalam hati, bukan aku cakap depan2. Aku jadi nangis bila tak sekelas dengan dia. Aku jadi nak jumpe dia tapi alhamdulillah Allah pelihara. Aku masih dapat kawal diri aku, aku cuba dptkan rawatan tapi orang cakap aku sihat.

Aku pun cakap ni paksa rindu. Aku datang untuk belajar, bukan cari jodoh lagi. Semangat nak belajar lagi mase tu. Aku jadi terpejam mata dalam kelas walaupun aku tak mengantuk. Aku takde nak cari orang lain sebab aku sndri rase diri aku terikat dengan dia.

Yang ni pun hafaz Quran. Aku sampai keliru dengan diri aku. Betul ke ape aku yang nampak, dengar dan rase. Aku nak cerita tapi orang takpcaye sebab dia ustaz kan. Aku jaga nama baik dia, dan juga nama baik aku.

Dia pula bukan kaki perempuan. Aku cerita karang, aku yang kena. Aku pula nampak macam tergedik nak dekat dia nanti. Aku terpaksa pendam tapi roomate aku tahu, aku marah roomate aku sebab marah dia bukan2.

Yang tu aku termakan coklat yang dia bagi, aku dah elak. Tapi aku termakan jugak bila kawan2 pmpuan hulur. Sedap borak2, aku terdetik nak tanye sape punya coklat. Barulah tahu coklat yang aku tolak rupanye.

Lebih dram4tik lagi, ade sorang ustaz ni tolong aku. Bkn tmpt yang same. Aku nak cerita pun sebenarnye rase penat. Aku penat dengan bnde2 cmni. Aku tak cerita detail, kalau korang tahu agak scary. (Tak payahlah, aku sendiri seram nanti). Aku taknak sebut dah.

Ustaz ni mesej aku cakap dia tahu aku sakit. Dia nak tolong aku. Aku pun ok, dia pnye tolong sampai aku tak ingat ustaz lama tu. Tapi aku jadi attach dengan ustaz baru ni pulak.

Kejap ajak kawin, kejap cakap kawan, kejap dia cuma perawat. Aku pun pening. Aku ni nak sihat je, tapi aku rase terhutang budi, aku ok je kalau dia sungguh nak tolong aku kan. Aku dengan dia memang rapat, aku kerap gaduh dengan dia sebab aku tak tahu status aku dengan dia.

Dia call, whatsapp, video call dengan aku macam dia takde calon lagi. Aku nak tidur pun video call. Aku lame2 fikir sendiri, daripada terus camni baik ajak kawin je terus. Tapi dia tolak.

(Aku boleh terima sebab aku tak nak hubungan yang Allah murka. Aku rase dia boleh berubah). Bila otak aku ok, aku cakap terus terang. Tapi kalau tak ok, aku tak dapat nak bayangkan dekat korang cmne.

Bila dia tak nak, aku pun ok je, aku ade pegangan aku sendiri. Aku kena fokus untuk masa depan aku. Otak aku yang stabil, lame2 jadi macam blur teruk. Aku pun tak tahu ape yang jadi dekat aku. Aku macam ikut je ape dia suruh.

Alhamdulillah, Allah memang pelihara tapi Allah izin semua ni berlaku. Aku diuji dengan banyak bende dan dia sentiasa disisi. Dia suruh aku hargai dia. Dia cakap dia dah usaha banyak dari pihak dia.

Aku pun tak tahulah dia nak aku hargai cmne. Sape ade hati dekat aku, dia akan call tanya aku ok ke tak, siap pesan jangan layan. Sudah nye, aku macam tunggu dia jelah kan.

Subhanallah, tibe2 aku dapat tahu dia kawin. Alhamdulillah. Korang mesti ingat aku sedih kan? Aku pnye lah seronok smpai sujud syukur. Same seronok dengan dia la kot. (Aku tak simpan dendam. Terlalu berat bg aku).

Maksudnye aku dah takde dalam situasi yang buatkan aku terjebak bende yang takpasti. Aku takde lah baik sangat, tapi aku takut Tuhan. Aku tak nak buat dekat orang, nanti ade kafarah. Aku rela undur diri.

Berbalik pada isu dia dengan aku, masa dia jaga aku tu, aku susah tidur malam, aku diganggu bila nak tidur dan dia akan call tanya aku ok ke tak. Aku dengan dia kenal bertahun. Aku pun tak tahu dia mungkin dah lame bertunang.

Tapi dia layan aku, bagi ruang untuk aku kongsi hidup aku, ape aku buat. Dia ok je, dia layan aku baik. Dia call, whatsapp aku. Lagilah aku tak tahu dia dah berpunya ke tak.

Alhamdulillah Allah pelihara aku. Aku ok je takde jodoh dengan dia. Aku tahu dia camni, aku lagi lah kalau boleh nak elak. Cuma, aku jadi tersentak masa tahu dia kawin tu, yang peliknya kedua2 tangan aku menggeletar sampai ibu aku perasan.

Aku panggil ibu aku, tibe2 aku dah mula gelak sorang2, campur nangis pastu dengan siap cakap “padan muka Mariam”. Keluarga aku bawa aku dapatkan rawatan. Terkejut aku bila aku sendiri pitam banyak kali.

Rupanya aku selame ni tempat ustaz tu letak “barang” dia. Patut dia selalu follow up aku. Dia buat macam aku ni dia je boleh jaga. Aku dengan keluarga pun kadang hubungan jadi keruh. Dia belajar ilmu pelik2 ni, mungkin tengah test ilmu dia lah kot.

Aku yang dah move on, rase kecewa sebab aku mmg percaye dekat dia. Selame ni aku tempat test ilmu dia jadi ke tak gamaknye. Aku memang kena teruk sampaikan aku baru dapat flashback tindakan dia dengan ape yang aku alami.

Aku perasan sebelum ni, naluri aku syak sesuatu tapi aku tetap menangkan dia. Ade orang cuba bagitahu hal sebenar pada aku, tapi aku tetap percaye dia juga.

Kalau korang tengok dia, pijak semut pun tak m4ti. Aku percaye dia, tapi dia pulak tikam aku balik. Selame ni, dia cuma nak pergunakan aku je. Aku mmg terkilan bab tu. Tapi bagi aku, Allah Maha Berkuasa. Aku serah pada DIA. Yang ni aku minum air yang dia bagi.

Jadi wanita2 diluar, jangan minum/ makan sebarangan. Kalau ramai2 makan/ minum tu boleh lagilah kot. Pandai2lah korang, aku mase tu blur teruk. Aku selalu rase serba salah dekat dia, aku je yang salah. Aku tinggal pun aku jadi patah balik.

Pesan aku untuk wanita dekat luar, kalau nak cari tempat rawatan, tengok dulu baik2. Yang aku jumpe ni hafiz Quran. Pastikan ade ibubapa yang jadi peneman kite.

Aku ni mungkin berdikari tak kena tempat, nasib baik mase dia datang jumpe aku pun, angin aku tak stabil jadi aku tak masuk dalam kereta dia. Dia nak ajak aku masuk dalam kereta dia untuk tengok aku camne. Korang bayangkan dia nak kawin dah mase tu.

Aku pun tak tahu dia dah nak kawin. Dia tak pernah bagitahu aku langsung. Alhamdulillah Allah jaga aku. Terlindung daripada segala fitnah. Aku pun tak tahu dia cerita ape pasal aku dekat orang. Ikut suke dia jelah kan.

Prinsip aku, aku tak ambil hak orang,orang jangan ambil hak aku. Aku tak kacau kepunyaan sape2. Aku ade impian aku sndri. Aku yakin Allah uji ni bersebab. Ade hikmah yang aku tak nampak lagi.

Aku takdelah pakai cantik2 dekat luar, tapi aku jenis jaga penampilan. (Korang jangan bayangkan aku macam Neelofa ke ape ke). Situasi aku pula, ibarat keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau.

Pesan aku, korang tengok same calon korang, minat dorang cenderung ke arah mane. Ade belajar pelik2 ke tak. Aku tak tahu lah kalau dia ade buat dekat perempuan lain ke tidak. Tapi aku tahu kalau aku kawin dengan dia juga, aku akan makan hati. Aku pandang jauh kedepan.

Moga Allah lindungi kaum hawa yang mudah terdedah kepada bahaya dan penipuan lelaki. Doakan aku juga. Jadinye, jangan tertipu dengan sikap “caring” lelaki, kalau dia takut Tuhan, dia tak suruh korang buat bende pelik2. Sekian. Terima kasih.

Aku nak cerita pendek2 je tapi terpanjang pula. (Ampun ye teman2 pembaca). Moga diambil iktibar oleh yang lain. Aku harap sesape yang terlibat bende2 camni, bertaubatlah.

Aku harap kite same2 koreksi diri, cari Allah balik. Same2 cari redho DIA. Dosa syirik tu dosa besar. Aku maafkan untuk ketenangan diri aku. Aku pun takde baik sangat. Tapi aku harap jangan jadi pada orang lain.

#kitajagakita #wanitaseharusnyadilindungi

Yang Benar,

– Mariam (yang sayangkan saudara perempuan seIslam yang lain) (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *