Ilmu Pengasih Vs Tahajjud

Kalau sebelum ni graf hidup aku normal, tahun ni tidak.

Bila aku pergi mana-mana tempat awam, aku tengok orang sana-sini mostly ada partner and they look happy, ceria, muka berseri, penuh gelak tawa, dalam hati aku:

“Aku pun pernah hidup bahagia macam diorang juga, tapi tu dulu.”

Tahun ni, aku hilang seseorang yang aku sayang sangat. AKU yang tinggalkan dia, tapi dalam keadaan aku TAK SEDAR.

Dia crush sejak aku darjah 6, aku mula bercinta dengan dia waktu aku hampir habis ijazah dan bila kami hampir nak bertunang, aku tinggal dia.

Waras ke aku nak tinggal lelaki yang aku suka sejak aku darjah 6?

100% ciri-ciri yang ada pada dia, memang aku suka dan kena dengan citarasa aku. Dari zaman berhingus sampai masing-masing dah 25, perasaan aku tetap sama – aku suka dia.

Tak ada sebab aku nak tinggal dia. Dan dia lelaki yang paling faham aku, sentiasa layan aku macam puteri raja.

Waktu aku tinggalkan dia, langsung aku tak rasa bersalah. Missed call dia yang berduyun aku malas angkat.

Dia pernah tunggu aku dari malam sampai pagi dekat luar pagar rumah sebab dia nak cuba selamatkan hubungan kami, dia terkilan kenapa aku tiba-tiba nak buang dia.

3 bulan lepas aku tinggalkan dia, aku dan family baru tahu rupanya aku mangsa sihir pengasih.

Demi sembuh macam sediakala, aku sanggup buat apa sahaja dan alhamdulillah ala kulli hal, aku akhirnya betul-betul sembuh walaupun kesihatan aku dah drop sebab aku terlalu restless fight dengan benda ni.

Sakit dia bukan kepalang. Mental aku dah hampir out.

Allah yang izinkan aku kuat dan sembuh walau sebenarnya aku tak kuat dan hampir putus asa untuk teruskan hidup.

Tamparan hebat bila aku dapat tahu orang yang aku tinggalkan dah pun move on dari aku.

Dia dah ada orang lain yang mukanya iras-iras muka aku. Betullah dia cakap – dia akan cuba cari orang macam aku kalau aku tinggalkan dia.

Rupanya, sepanjang detik-detik terakhir kami, aku selalu agungkan seorang lelaki lain depan dia. Aku tak boleh bayang apa dia rasa waktu tu.

Aku pasrah sebab benda dah pun jadi. Aku dah pun agungkan seseorang yang sebenarnya iblis, di depan orang yang paling banyak berkorban & menjaga aku.

Tahajjud demi tahajjud aku buat. Aku cari kekuatan dalam tahajjud. Aku nak cinta sejati aku balik. Tapi aku tak nampak jalan.

Walaupun aku dah terangkan semua sekali melalui kenalan rapat kami sebagai orang tengah, dia cakap – dia dah lama maafkan aku, cuma dia masih tak boleh lupa dengan luka yang aku bagi dan dia harap aku terima yang kami tak ada jodoh.

Walaupun aku tahu dia block aku, aku keep whatsapp dia setiap hari. Aku tak kisah satu tick, asalkan hati aku terubat dapat chat dia walau hakikatnya aku chat sorang-sorang.

Aku bercerita tentang hari-hari aku pada dia walaupun aku tahu semua mesej tak dibaca dan hanya sia-sia.

Aku cakap aku sedih dan masih tak dapat cari kebahagiaan yang pernah aku ada waktu dia wujud dalam hidup aku.

Tak sangka – seminggu sekali semua whatsapp yang aku send mesti bluetick. Aku rasa dia masih ada empati untuk unblock aku dan tengok sama ada aku masih bersedih ke tak.

Tapi, setianya dia, dia tak layan aku sebab ada hati yang dia nak kena jaga. 100 whatsapp aku hantar, satu pun tak berbalas. Hanya bluetick.

Aku tak salahkan dia langsung, malah aku respect. Betapa susahnya nak cari lelaki setia macam dia. Sebab tu aku suka dan sayang sangat dia selama ni tapi sekarang dah tinggal kenangan.

Setiap hari, aku termenung dan menangis bukan sebab aku tak redha, tapi rasa terkilan belum mampu padam.

Aku hilang seseorang yang dah banyak tolong aku. Dia satu-satunya lelaki yang pandai bawa diri untuk cuba masuk dalam keluarga aku yang super mencabar.

Waktu aku praktikal, aku sewa rumah biasa. Rumah tu agak usang dan tak selesa. Dialah yang offer nak carikan aku rumah sewa lain. Bersungguh dia nak aku pindah. Dia taknak aku duduk rumah yang tak selesa and tak selamat.

Siang malam dia usaha sampailah dapat rumah yang bebetul aku suka sangat! Apartment yang full of facilities.

Aku bahagia sepanjang praktikal walaupun jauh dari family sebab dapat duduk rumah selesa, housemate semua baik.

Urusan pindah angkut barang semua dia uruskan. Dari pantai timur ke selangor, dia sanggup berulang walaupun esoknya dia kena masuk kerja. Hanya semata nak uruskan hal aku.

Sungguh, untung siapa yang sedang menggantikan tempat aku di sisi dia sekarang.

Tapi, aku percaya keputusan akhir di tangan Allah. Tahajjud aku takkan terhenti disini. Kerana aku masih berharap.

Apapun, aku sentiasa kena redha nak lalui jalan hidup ni. Sebab… Ini bukan jalan aku, ini jalan Allah. Dan aku percaya Allah adalah sebaik-baik perancang.

– A Normal Human (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *