Assalamualaikum kepada para pembaca IIUMC.
Memandangkan ramai sahabat dan orang dikenali mengadukan masalah kewangan mereka kepada saya, nampak perlunya pengisian perancangan kewangan peribadi secara komprehensif. Saya berharap perkongsian ini dapat membantu kalian semua…Insha Allah.
Saya kurang gemar menonjolkan diri, oleh itu saya memilih IIUMC sebagai medium nasihat. Sebagai memenuhi syarat sebuah confession dan integriti perkongsian ini, saya akan ceritakan secara ringkas saya mengumpul aset hampir 1 mil sebelum 28 ya.
Saya melabur saham sejak umur 18 tahun, membeli rumah berumur 22 tahun dan merupakan rakan kongsi 2 buah perniagaan. Disamping itu saya hanya seorang eksekutif cabuk di sebuah syarikat korporat dan saya patuh kepada pematuhan percukaian ya. Ok cukup.
Terus kepada poin penting
1. Tunai
Simpanan tunai perlu sedikit sahaja. Hanya sekadar bayar komitmen kenderaan, telefon, elaun mak ayah dan lain2 untuk hidup. Selebihnya untuk mana2 dibawah.
Elakkan menyimpan terlalu banyak wang tunai. Nanti gatal tangan shopping lazada atau angkut kereta mewah level civic 1.5TC .
2. Emas
Boleh beli emas secara sedikit ie. 2 gram setiap bulan. Transaksi ni bukan untuk untung ya. Cuma simpanan kemudian hari jika tunai dah hampir habis.
Cukup 84 gram atau 20 mithqal, zakat 1/40 wajib dikeluarkan ya.
3. Insurans
Mohon beli insurans takaful yang komprehensif. Bincang baik2 dengan agen insurans takaful. Dibimbangi insurans takaful dilanggan hanya lebih kepada mengambil kesempatan. Kadang2 ada yang tidak meliputi penyakit yang kita jangka atau pembayaran hanya sekali seumur hidup.
Jika insurans takaful komprehensif, Insha Allah ringan beban di hari kemudian.
4. Unit Trust
Jika bekerja, tentu sudah ada EPF. Jika ada lebihan wang, pasti sudah melanggan unit ASB. 2 unit trus ini pun sudah mencukupi. Jika was2 dengan ASB, boleh letak di Tabung Haji ya.
……………………………………………………………
Ok, 4 poin tersebut hanyalah sebagai bentuk penyerapan risiko (hedging) dalam pengurusan aset. Risiko yang rendah serta boleh dilakukan sesiapa sahaja.
3 poin seterusnya memerlukan pengkajian ilmu lebih mendalam ya kerana mempunyai risiko tersendiri.
………………………………………………………………
5. Saham Ekuiti (bukan forex)
Ni merupakan aset yang paling diminati saya. Dengan ilmu kewangan, perakaunan dan psikologi barulah seseorang dapat melabur secara berkesan.
Saya mengesyorkan menjadi seorang pelabur fundamental.Tidak perlu menjadi trader, itu dipanggil jual beli saham & manipulasi pasaran, bukan melabur ya.
Sekadar analisis, buy & hold. Cukup.
Berkenaan forex. Saya cenderung kepada pendapat Dr. Zaharuddin. Elakkan jual beli forex kerana ada unsur riba & gharar.
Yang paling penting sumber rezeki halal & berkah.
6. Hartanah
Teknik2 membeli hartanah bergantung kepada niat.
– Jika berniat membeli rumah sebagai tempat tinggal, maka rumah atas tanah lebih selesa.
– Jika dijadikan rumah sewa, lebih sesuai apartment, flat, kondominium & studio yang dibeli.
Selain itu lokasi, deposit muka, jumlah loan diluluskan perlu diambil kira. Peguam berkaitan conveyancing (beli rumah) juga perlu diupah.
Hal ini kerana pembelian rumah melibatkan banyak akta perundangan.
Pembelian rumah under construction, subsale atau lelongan masing2 punya risiko dan proses tersendiri. Sila bertanya yang lebih pakar. Terdapat ramai pelabur hartanah yang sudah berkongsi ilmu di facebook ya.
7. Perniagaan.
Berkenaan perniagaan. Tidak ada manusia yang berkesempatan melakukan semua benda sekaligus.
Oleh demikian, pemilihan pasangan rakan kongsi niaga amat penting. Pastikan memilih orang yang punya pengalaman serta selok belok perniagaan.
Elakkan mengambil orang terdekat yang tidak punya pengalaman ie adik beradik, atau sahabat sebagai rakan kongsi. Selayaknya orang tersebut tidak dikenali tetapi punya kredibiliti perniagaan.
Kita boleh menyumbang pelaburan dari segi aset, tunai pinjaman, ekuiti dan lain2. Insha Allah selamat dan pulangan memberangsangkan.
Kita sebagai peniaga & pelabur haruslah bertolak ansur dan elak hanya fikir keuntungan sebelah kita sahaja.
Create win2 situation and value for long term growth.
Oklah, sekian sahaja ringkasan coretan yang diharapkan bermanfaat.
Assalamualaikum.
– Silent Man
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit