Assalamualaikum semua. Aku hendak berkongsi pandangan mengenai ilmu suami isteri. Yang mana ia berkaitan ilmu2 yang mereka wajar pelajari @ fahami @ amalkan.
Okay. Tak kisah lah kahwin AWAL ke kahwin muda ke. Tapi yang penting ada ilmu dan persedian. Bila sebut pasal ilmu suami isteri kita mudah terus fikir pasal hal di bilik tidur. Sebenarnya ilmu dalam rumah tangga sangatlah luas. Selagi bergelar manusia selagi itulah perlu pelajari.
Sebagai pasangan memang wajar ada ilmu. Ibarat kapal.Jika tiada nakhoda bagaimana mahu berlayar?
Sebelum berkahwin seeloknya sama sama usaha :
1) Duit Majlis nikah.
2) Duit kenduri sambut menantu.
3) Tempat tinggal. Rumah mentua @ menyewa ?
4) Duit deposit rumah sewa jika menyewa.
5) Duit hantaran.
6) Duit hidup selepas berkahwin.
Baik si lelaki atau si perempuan wajar sekiranya masing2 belajar fahami rukun solat, mandi wajib, bab haid nifas, bab perancangan keluarga. Dan yang paling penting berkaitan ilmu kewangan masing masing. Sekurang-kurangnya ketika bujang semailah sedikit ilmu2 ini didada. Tak lupa juga si lelaki perlu tahu azan dan iqamat. Nanti anak lahir si ayah wajib azankan jika bayi lelaki dan iqamatkan jika bayi perempuan.
Si lelaki wajar pelajari dan fahamilah bab berkaitan haid, PMS, nifas, ovulasi, hal2 berkaitan baby. Dan tak lupa juga bab berkaitan keadaan isteri ketika Hamil, selepas beranak, semasa berpantang. Dari segi makanan sehinggalah penjagaan diri diorang.
Si perempuan juga wajar tahu hal hal seperti mandi wajib, haid, nifas, rukun solat, dan sebagainya. Sama2 lah belajar. Dunia moden segalanya dihujung jari jadi cari dan install je apps di Google play. Mudah !
Selepas berkahwin :
Contoh keadaan isteri ketika mengandung,
1) Food cravings.
– Craving makanan pelik pelik atau susah cari. Atau makan itu itu je.
– More to sugary food – baby perempuan. Tapi kawal lah sebelum dapat diabetes mellitus.
2) Mood berubah ubah. Happy sad happy angry like that.
3) Overdose manja. Huhu. Layan je.
4) Selalu letih, sakit pinggang, sakit tumit kaki, sakit perut, sakit ari ari.
5) susah tidur, selalu panas.
6) Orang nampak seperti mengada2, pemalas. Sebenarnya tak.
7) Morning sickness in early pregnancy.
8) Perangai pelik (suka cium ketiak suami, bau suami, tidur tepi katil, dll).
9) Baju tak muat. Disebabkan perut menonjol ke depan, Baju tak muat dan nampak kecil.
10 ) Kerap lapar, dahaga dan buang air kecil.
11) Mudah tersinggung, terasa hati.
12) Banyak stretch marks.
13) ketika kurang tendangan baby.
Contoh keadaan isteri selepas bersalin,
A) Baby blue.
A) Makanan pantang, urutan pantang, bertungku, bertangkas.
B) Baby jaundice (kuning)
C) Susu ibu kurang lah, baby confuse nipple lah, susu ibu ada darah lah, bayi tak kenyang susu, poops baby sikit lah.
D) Sakit nak buang air besar. (Luka bersalin normal)
E) Confuse nak duduk rumah ibu sendiri @ mentua atau rumah sendiri je.
F) Masalah kewangan jika suami saja bekerja.
G) baby asyik nangis jadi mood si isteri tak ok.
H) Masih tak tahu nak jaga baby sebab first new born.
F) Breast pain sebab bengkak susu, keliru alat pam terbaik.
G) Baby nak ngenpeng je.
Dan macam macam lah masalah. Tapi jika si suami ada usaha nak tolong isteri lalui semua kesulitan ini maka kuranglah sikit beban si isteri.
Contoh keadaan isteri ketika Haid,
1) Food cravings.
2) Emosi tak stabil.
3) Rasa diri gemuk.
4) Asyik sakit perut (cirit birit@ sengugut)
5) Breast pain.
6) Muka suddenly naik jerawat.
7) kerap lapar.
8) Kerap ke toilet.
Contoh keadaan baby,
– Kuning baby.
– Makanan baby 6 Bulan ke bawah dan 6 Bulan ke bawah.
– Cuci poops baby.
– Pampers, lampin, mainan, botol susu, alatan ubat baby.
– Baby Kerap menyusu Malam.
– Baby Kerap nangis.
– Baby batuk @ selesema.
– Baju baby.
Jadi begitulah beberapa contoh. Maka sebagai suami wajarlah peka dengan keadaan isteri. Disamping itu si isteri wajar memahami keadaan suami. Dan wajar masing2 peka dngn keadaan bayi.
Keadaan suami,
Contoh ketika hujung bulan. Makan telur, sardin, ikan masin.
Contoh ketika si suami belum mampu menyediakan sepersalinan baju buat si isteri bulan tersebut.
Contoh ketika si suami hint minta berjimat atau tunggu gaji.
Contoh jika si suami hanya berdiam diri kerana tak hendak kongsi masalah. Maka, fahami sifat lelaki juga. Ada setengah lelaki bab duit diorang malu nak kongsi.
Contoh ketika suami excited sambut bayi.
Maka, rancanglah kewangan dengan betul. Beli apa yang perlu. Bukan apa yang hendak. Jika mampu belilah jika tidak berjimatlah. Fahami juga keadaan suami.Jika sudah punyai anak, wajar tahu ilmu menjaga anak. Ikut sahaja cara luqman Hakim.
Jadi sebelum berkahwin pastikan sama sekufu, tidak meletak kan harap pada sidia, saling melengkapi kekurangan.
Contoh sama sekufu,
– Boleh menerima dan bertukar pendapat dalam suatu perkara. Bukan tahu gaduh, perang mulut je.
– Mencapai kata sepakat walau berbeza pendapat.
– Boleh menerima seadanya sisi kelemahan si dia.
– Ada titik keserasian yang sama.
– Sama sama itik. Jika berlainan seperti angsa dan itik tapi boleh sekufu juga.
Contoh tidak meletakkan harapan yang tinggi pada si dia,
– Fahamilah manusia luaran tak sama seperti dalaman.Apabila sudah tidur sebantal, makan semeja. Jadi baru kenal sisi lain.
– Sedar lah diri semua manusia ada kekurangan dan kelemahan masing masing. Sempurna bila melengkapi kekurangan.
– Walaupun luaran dia baik sekalipun jangan berharap tinggi sangat.
Perempuan sekurang-kurangnya ada simpanan sendiri @ punca pendapatan sendiri sebelum berkahwin. Langit tak selalu cerah okeys.
Sekian dari saya seorang bonda bersama 3 orang boyboy saya.
– J (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit