Assalamualaikum. Terima kasih sudi siarkan apa yang akan ditulis.
Aku Maya, 20-an. Kerja stabil. Alhamdulillah masih cukup makan, masih mampu bagi duit dekat ibubapa tiap bulan. Ada rumah dan kereta sendiri (rezeki yang paling aku rasa nikmatnya sebab berjaya capai 2 benda impian sebelum umur 30).
Satu je belum lengkap, perkahwinan.
Suami. Orang yang aku perlukan untuk bina hidup sama-sama. Ada sesetengah makcik-makcik yang prihatin rasa aku berlagak dan poyo sebab aku boleh dikategorikan ada semua benda kecuali belum bertuah bab cinta.
Biasa dah digelar andartu setiap kali raya. Sedangkan belum 30. Apalah agaknya yang 30-an rasa kalau mereka berhadapan dengan keluarga aku.
Aku bukan tak suka lelaki. Jauh sekali. Aku juga bukan anti perkahwinan. Nauzubillah. Aku cuma takut.
Aku juga pernah bercinta dengan beberapa lelaki. Bercinta, putus, bercinta, putus. Nak kata fobia pun tidak. Takda masalah untuk aku berkawan lagi. Aku anggap tiada jodoh.
Cuma. Aku banyak baca dah 2020 pun masih ada lagi lelaki-lelaki yang memanfaatkan isteri @ awek. Aku tak cakap semua. Tapi aku seram. Aku jadi takut nak masuk ke alam perkahwinan. Terlalu banyak dalam kepala fikir macam-macam.
Macam mana kalau tersalah pilih, hiduplah bertahun dengan orang tu. Kalau orang baca awal-awal ni mesti cakap kau ingat kau perfect sangat. Manusia kan tak sempurna. Tak, aku tak perfect. Semua orang tak.
Aku cuma nak cakap yang kita semua ni banyak dimomokkan dengan cerita instafamous, kononnya influencer, kononnya selebriti kahwin tunjuk sweet-sweet alah manisnya kau pandang aku. Aku pandang kau. Kau laki aku, aku bini kau.
Sedangkan kita tahu, kahwin tu tanggungjawab besar. Aku sendiri dikelilingi kawan yang dah kahwin (ramai juga).
Aku juga melihat depan mata ahli keluarga sendiri bercerai. Yang terbaru, kawan aku bercerai masa musim pkp. Sebab suami dia hutang keliling pinggang.
Tanggungjawab kahwin bukan setakat dah lafaz akad, buat anak. Lahir. Hidup bahagia and live happily forever after. Tak. Kahwin ni perkara suci.
Sayang aku tengok ramai pasangan muda kahwin kerjanya tunjuk sweet, tunjuk pegang tangan, tunjuk lelaki bagi hadiah, isteri bagi hadiah balik, laki dia senyum dekat dia, dia senyum balik.
Lepastu aku geram ramai juga yang lagi muda share erm sweetnya, erm nak kahwin juga lah. Erm bestnya ada lelaki. Seriuslah?
Adik-adik. Kalau bilik sendiri pun tiap hari kena tunggu mak jerit kemas. Check balik.
Kalau baju pun mak basuh. Mak sidai. Mak lipat. Check balik.
Kalau makan kerja kau tengok tv, terperap dalam bilik acah hari ibu ucap sweet sedangkan mak kau terbongkok-bongkok menyapu rumah. Check balik.
Dan lelaki, kalau pubg, ml, tak lepas dari tangan. Mak panggil minta tolong pun buat tak dengar. Check balik.
Paling penting, yang rajin bergelek buat slow-mo macam coki dekat tiktok tu check balik. Okay tak kalau kahwin lepastu nak kekalkan perangai macam ni?
Dan, aku sendiri belum rasa nak kahwin sebab aku solat pun kadang culas (kadang khusyuk kadang tak), mengaji quran pun bukak sehari sekali, nak selesaikan masalah pun aku kerja nak menang je.
Aku sendiri rasa aku kena gali ilmu (bukan seluruh memang ke sudah aku tak kahwin tapi secukupnya) sebelum aku boleh jadi isteri orang lain. Sebagaimana kita nampak besarnya tanggungjawab lelaki nak jaga anak perempuan orang lain.
Macam tu tanggungjawab isteri. Isteri kena jaga maruah suami, kena pergi mana-mana izin suami, nak cakap apa-apa lepasni suami redha ke tidak. Belum bab saling tolerate, sabar and susah senang sama-sama.
Kahwin ni, kau nak bina keluarga tahu tak. Kena ready, ajaran dan didikan macam mana laki bini nak bagi dekat anak-anak. Nak bina generasi. Sampai macam tu aku fikir.
Complicated kan, nampak macam buat teruk bukan.
Aku tulis ni untuk ketuk diri sendiri juga. Wake up! Nak kahwin bina ilmu, bina kemahiran, memasak, kemas rumah, cara komunikasi, cara layan orang, dan banyak lagi ilmu lain.
Aku tak suruh kau belajar sekaligus. Sekurangnya biar nampak usaha nak kahwin tu. Ingat. nak kahwin bukan dengan sayang dia je. Seluruh family sayang tu dia kena kahwin. Faham tak aku tulis ni?
Dan yang lelaki, jujur aku takut kini. Terlalu banyak aku baca abang pemalas. Adik lelaki kerja tidur main game, ayah tak kerja. End up ibu, isteri, kakak dan adik perempuan terkontang kanting banting tulang macam diorang yang jantan.
Maaf kalau ayat aku kasar, aku sendiri pernah tengok depan mata suami dia main handphone sepanjang makan, isteri penat suap anak. Anak seorang lagi main sudu garfu, bila barang jatuh. Cuba teka? Dia marah isteri dia.
Speechless.
Satu sahaja, cari ilmu sebelum kahwin.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit