Ilusi Ciptaan Sendiri

Assalamualaikum semua. Hai, nama saya Bella (bukan nama sebenar). Saya akan ceritakan sedikit latar belakang kehidupan saya. Saya anak ke 2 daripada 6 adik beradik.

Mak dan ayah sibuk bekerja, disebabkan itu Bella dan adik-adik yang lain akan ditinggalkan sejak kecil lagi di rumah nenek. Dalam adik beradik, Bella bukannya bijak cuma keputusan daripada upsr sampailah spm sangat baik jika dibandingkan dengan adik-adik.

Sejak umur dua tahun lagi, nenek Bella ni dah macam ayah dan ibu Bella. Ayah Bella akan amik kami bila cuti sekolah sahaja. Kadang-kadang Bella rasa tidak rapat dengan mereka dan terasa asing. Berkemungkinan besar disebabkan Bella jarang jumpa dan membesar dengan mereka.

Masa Bella kecil, Bella selalu tengok keluarga kawan-kawan Bella nampak gembira dan sempurna. Bella tidak salahkan ibu-bapa Bella. Jangan salah faham dengan cerita Bella. Bella faham situasi kami yang serba kekurangan.

Bella pernah cakap kat ibu Bella yang Bella nak masuk asrama yakni sekolah cemerlang, tapi berdesup ibu Bella tampar muka Bella. Bella terpinga-pinga kenapa ibu Bella buat macam tu. Bella balik umah nenek, Bella takde cerita apa-apa dan Bella diam sahaja.

Bella rasa disebabkan abang Bella gagal UPSR. Disebabkan itu, ibu merasakan kami pon akan mendapat nasib yang sama. Bella tekad belajar sungguh – sungguh dan alhamdulillah 5A dan Bella berjaya.

Bella sangat gembira dan ibu macam tidak percaya. Ibu peluk Bella dan itulah detik yang sangat Bella akan tunggu. Rasa macam sangat disayangi. Sejak itu, apa sahaja yang Bella nak semua ibu ayah turutkan. Bella cemerlang sampailah spm.

Cerita bermula masa Bella kena tampar, Bella rasa sangat sunyi dan kemurungan sebab Bella rasa Bella ni hanya menyusahkan ibu dan ayah. Bella ciptakan ilusi yang seperti sosok lelaki yang datang dalam kehidupan Bella. Bella tiap kali sedih ilusi akan datang pujuk Bella dan tersenyum pada Bella.

Sepanjang Bella bersekolah, ilusi itu akan selalu ada dengan Bella. Sampailah Bella masuk universiti, Bella selalu bayangkan ilusi tu seperti kekasih yang akan memberikan kebahagian kepada Bella.

Sampailah satu masa, Bella berkenalan dengan seorang lelaki bernama Ahmad. Lama jugak kenal akhirnya kami bercinta. Ilusi ciptaan Bella terus terpadam.

Setiap kali Bella tertekan, ahmad lah datang bagi semangat dan dorongan. Betul kata orang, bercinta lama tidak semestinya berkahwin. Ahmad bermain kayu tiga dan akhirnya dia bernikah dengan orang lain.

Bella tersangatlah kecewa apabila ahmad bagitahu yang Bella ini hanya tempat dia nak buang bosan sahaja. Pedih sangat rasa tu, Bella kemurungan lagi sekali dan kemurungan. Bella rasa mahu bvnvh diri.

Hasutan syaitan yang membuatkan Bella rasa Bella b***h dan dungu serta keseorangan sampailah Bella tua. Dua semester berturut-turut Bella dapat pointer yang rendah.

Mesti korang fikir Bella b***h sebab lelaki. Bella tahu tidak sepatutnya Bella sedih sampai Bella tidak serius belajar. Bella cuba bangun tapi sakit sangat bila orang yang kita sayang hanya mempermainkan kita.

Bella tidak pernah merasa begitu lemah. Bella demam kerana masih terkejut dan tidak percaya yang semua ini tsrjadi. Ilusi ciptaan Bella datang serta merta selepas Bella cuba bangkit daripada kemurungan Bella.

Bella rasa amat bersalah kerana Bella tidak mampu cemerlang. Bella tahu nanti ibu Bella akan marah dan kecewa dengan Bella.

Alhamdulillah Bella bangkit dan sambung master. Ilusi ciptaan Bella berjaya Bella hidupkan semula. Dia selalu ada datang support dan pujuk Bella bila Bella kurang semangat.

Bella membayangkan sebuah kehidupan yang Bella cipta sendiri. Bella rasa disayangi sangat, kadang-kadang Bella tersenyum seperti orang yang hangat bercinta. Bella pernah bercakap seorang diri seperti Bella bercakap dengan ilusi Bella.

Keluarga Bella sejenis yang tidak kisah dan anak-anak boleh bebas. Bella jarang bercerita dekat ibu sebab Bella pernah banyak kali diperlekehkan dan ibu tersengih sinis. Ibu kata orang kemurungan adalah orang yang tidak cukup iman.

Mungkin korang akan fikir yang Bella sangka buruk kan? Bella merupakan pelajar sekolah agama. Bagi ibu, dimatanya Bella harus sempurna. Bagi ibu, pelajar sekolah agama tidak boleh melakukan kesilapan.

Bella pernah terlupa sidai kain, ibu marah dan merajuk sehingga dua minggu. Puas Bella pujuk sampaikan adik-adik Bella bergelak ketawa. Apa yang Bella belajar, ibu tidak boleh sedih kerana kita, hidup akan selalu kesulitan.

Disebabkan ego ibu, adik-adik membesar dengan sentiasa melawan dan memberontak. Dalam minda adik-adik, Bella seorang kakak sekolah agama dan perbuatan mereka tidaklah besar dosa berbanding Bella. Bella hidup dalam keluarga yang berbeza dengan orang lain.

Sampailah hari ini, Bella masih ciptakan ilusi Bella seperti pasangan hidup yang akan selalu memberi kekuatan untuk Bella.

Bella sentiasa membayangkan ilusi sosok seorang lelaki yang baik dan selalu ada dimana-mana. Disebabkan itu jugak, Bella mampu kuat untuk teruskan hidup. Salahkah cara Bella seperti ini?

Bella kemurungan kembali sejak pkp, kerana Bella banyak menangis dan sedih. Malam pulak Bella akan cuba bercakap dengan ilusi itu. Bella akan bayangkan yang ilusi tu datang dan mengesat air mata ini. Bella membayangkan kehidupan yang sangat indah.

Salahkah Bella hidup dengan ilusi? Sedangkan ilusi itu menjadikan asbab Bella terus berjalan…

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *