Im At Lowest Point In My Life: Perlukan Bantuan

Assalamualaikum reader IIUM Confession,

Harapnya confession ni dapat disiarkan supaya reader boleh bagi nasihat & alternatif untuk improve situasi aku.

Aku rasa pada umur sekarang (awal 30-an) and situasi sekarang aku feels at the lowest point of life. Aku rasa down and feeling tu bottle up tak boleh nak luah.

Sedikit perkenalan, aku Kusyen, seorang suami/ ayah & pekerja swasta (eksekutif). Masing2 ada sebiji kereta & aku ada + motor untuk pergi bekerja.

Baiklah, terus ke main point, aku ada beberapa masalah yang perlukan pandangan & cadangan korang.

1) Kegagalan money management / personal loan/ credit card loan

Aku bergaji 4k++ & wife pun bekerja tetapi lain kilang, kedengaran macam banyak gaji tetapi lepas tolak komitmen at the end of month zero.

Komitmen aku :

Beli Rumah – Loan selama 35 tahun dengan bulanan RM 850. Bank berkonsep Islamik.

Personal loan yang konon2 untuk renovate rumah but end up scammed & burned in failed crypto – RM 60k (end up total bayar RM 110k dalam 10 tahun), RM 770/ month selama 10 tahun. Bank berkonsep Islamik.

Pinjaman kad kredit – RM 13.5k, selama 4 tahun dengan bulanan RM 340 *wife tak tahu. Bank konvensional.

Lain2 – bil letrik air, susu pampers(+/- RM 200), petrol & servis motor (RM 280/ month), taska, nafkah (RM 200 – 300/ month) & parent (RM 100/ month)

Aku signed up dengan AKPK baru2 ni & ejen contact cakap semua loan2 masih baru and perlukan 6 bulan at least baru boleh proposed action. Example proposal diorang macam reduce komitmen for first 2 years.

2) Krypto

Macam kat atas, aku cuba investment kononnya nak improve life. Tapi aku masuk semberono & masa waktu yang salah (May 2021) crypto crash.

Jujurnya aku lost terlalu banyak hilang saving dengan krypto, Salah satu punca sebab tak de ilmu & fomo.

Selain tu, duit kwsp 10k awal covid dahulu & 10k kemudian burned dalam failed crypto investment.

Latest one, 10k duit untuk renovation rumah, aku dah f**ked up 5k failed crypto semalam and to be worse renovation rumah dah nak siap *wife tak tahu.

Niat hati nak gandakan duit supaya ada lebihan untuk beli barang lain tapi end up makin teruk situasi. last choice aku boleh buat jual motor untuk tampung tak cukup duit.

Total lost RM 80-90k (duit personal loan + kwsp + saving sikit2).

3) Ketagihan p*rnography

Aku sedar ada masalah ketagihan pornografi sejak belum kahwin lagi, and on*ni tu macam dah rutin.

Macam2 cara cuba untuk tak nak open laman web lucah tapi end up failed and feeling sangat miserable/ down lepas buat aktiviti terkutuk.

Hubungan dengan wife sihat sahaja tapi bila ada waktu bersorangan (contoh masa wife berpantang) aku aggresively hanyut dengan nafsu.

Bila wife ada, aktiviti terkutuk ni berkurang tapi still ada buat.

4) Semakin obesiti & gemuk

Aku seorang yang pernah BMI normal sebelum kahwin and sekarang dah mencecah 100kg dengan ketinggian 170cm.

Kebanyakan 2 minggu ja bertahan diet siap beli indoor bicycle but end up gagal teruk (makan lagi banyak) lepas tu. Semua baju2 dulu aku dah tak boleh pakai and end up dalam plastic hitam.

Aku tak pasti adakah disebabkan kawalan makan selepas kahwin tak terurus, atau nafsu makan yang macam si*l.

Wrap up,

Aku dah lama tak menulis, so point macam berterabur. Harapnya reader boleh faham penulisan aku. Jujurnya aku sangat2 nk berubah and this is one way to seek help from korang.

Hal2 macam failed investment and pornografi aku tak selesa nak dapatkan bantuan kawan2 sebab malu. Aku harap dengan cara ni aku dapat ilham & cara nak berubah. Tolong aku.

Aku nak bebas hutang.

Aku dah tak nak invest dalam crypto.

Aku dah tak nak layan p*rn/ on*ni.

Aku nak rajin baca quran and solat on time.

Aku nak BMI normal and sihat.

Aku nak jadi ayah yang baik, suami yang baik and anak yang baik.

Sekian,

– Kusyen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *