I’m Confused About My Marriage

Salam semua. Nama aku Mun (bukan nama sebenar). Hujung Mei ni genap dua tahun perkahwinan kami. Aku kenal suami aku masa Disember 2021. Kenal setahun lebih, Mei 2023 kami kahwin.

Aku masa tu fresh graduate dan dia senior aku di pejabat. Umur kami beza 6 tahun. Dia cinta pertama aku sebab aku memang tak pernah bercinta masa kat universiti dulu. Hanya seorang gadis biasa yang simple, tak ada pengalaman bercinta.

First time aku nampak suami aku, aku terus jatuh cinta. Handsome. Hitam manis. Sangat berpendidikan. Ada karisma.

Masa mula nampak dia, aku ingat dia suami orang sebab masa tu dia dah 30. Rupanya bujang. Aku tertanya juga, elok macam ni takkan bujang lagi. Aku assume mesti dah ada girlfriend, so aku tengok dari jauh je lah.

Dipendekkan cerita, aku di bawah team dia. Jadi aku banyak tanya dia dan dia sangatlah helpful.

Pernah sekali kami stay dekat office lepas waktu kerja dengan fresh grad lain. Sambil kerja tu ada lah kami sembang-sembang.

Dia cerita dulu dia pernah study area Seremban lepas SPM sebelum dia fly sambung belajar ke Australia. Kebetulan tempat dia study tu dekat sangat dengan rumah aku.

Lepas tu dia offer, dia cakap, “Eh nanti I nak lalu lah kat tempat study lama I, alang tu boleh ajak you lepak.”

Itu kali pertama dia approach aku dan kami rapat sejak tu. Kami tak bercinta pun, just kawan-kawan sampai lah dia ajak kahwin 7 bulan lepas kenal.

Sepanjang kenal, dia sangat baik. Tak merokok, jaga solat, soft spoken, tak pernah berkira kalau kami keluar. Perfect 10. Dan dia anak yang sangat baik. Boleh dikatakan setiap hujung minggu balik kampung jaga mak dia sebab mak dia sakit (sekarang dah arwah).

Bayangkan tak pernah bercinta, masuk kerja pertama terus jumpa jodoh yang baik, a good provider, complete package. Sampai mak aku cakap dia tu lelaki kiriman Tuhan untuk aku. Aku sayang dia sangat-sangat.

Lepas hampir setahun kami kahwin, suami aku dapat tawaran kerja di Dubai. Aku decide resign dan ikut dia kerja sana. Semuanya berlaku terlalu cepat, dan segalanya indah macam dalam cerita novel.

Sekarang aku jadi suri rumah sepenuh masa dan suami aku memang terlebih mampu nak sara kami. Rutin aku memang masak dan buat kerja rumah je.

Aku buat yang terbaik tapi suami aku mula komplen perkara-perkara kecil. Bersihkan tandas tak ikut expectation dia, aku vacuum tak bersih. Macam-macam komplen dia. Sedangkan aku rasa dah ok dah.

Bayangkan dia balik kerja dia terus vacuum. Aku rasa bersalah, tak bersih ke aku kemas tadi? Sebenarnya aku dah nampak karakter dia ni dari awal kahwin lagi tapi masa tu sama-sama kerja jadi tak obvious sangat.

Sekarang sejak jadi suri rumah, makin nampak yang kerja rumah aku buat tak penuhi expectation dia. Sampai bila aku dengar dia balik kerja dah sampai depan pintu rumah, aku dah nervous.

Aku slow talk tanya dia memang OCD ke? Dia kata dia normal je cuma memang tak suka kotor. Aku cakap ok, aku try lebih bersih lepas ni. Dia kata tak apa, dia tak marah. Memang dia tak tinggikan suara, tapi body language dia dan raut wajah dia aku tahu dia kurang selesa.

Kedua, tahap pembersih dia tu buat aku rasa teruk sangat ke aku ni? Aku terasa. Pernah sekali lepas dia balik kerja, dia ajak aku jog sama-sama. Lepas jog tu kami lepak-lepak di kafe.

Esoknya dia WhatsApp aku masa office hour, “Balik ni siap-siap I balik kerja sharp kita jog. Tapi make sure kali ni bawa baju spare, lepas jog kita singgah mandi kejap dekat masjid then baru pergi cafe.”

Aku terdiam. Eh busuk ke aku semalam? Haha. Dia kata tak adalah, just tak selesa kalau lepas jog terus lepak tapi badan berlengas. Aku faham lah maybe dia pembersih. Mungkin aku overthink.

Ketiga, aku paling terasa bila kami ‘bersama’. Nampak macam dia tak suka badan aku seadanya. Susah nak explain. Tapi aku rasa aku dah cukup bersih dan cantik. Ingat ya, aku wanita yang lebih muda, masih cantik dan kurus. Tak tahu slack kat mana. Self-esteem aku makin lama makin jatuh.

Tapi dalam masa yang sama, dia masih layan aku baik. Cuma ada bahagian yang buat aku rasa dia tak sepenuhnya serah hati dia pada aku. Terutama masa kami ‘bersama’.

Aku pernah tanya, so far aku ok ke, ada apa-apa yang tak kena ke. Jawapan dia, “I tak cakap sayang tak bagus, takkk. Normal lah manusia tak ada yang perfect, I pun tak perfect.” Apa maksud dia? Aku tak faham. Macam ayat jaga hati. Dan tergantung macam tu je. Dia tak nak discuss further.

Selama hampir dua tahun kami kahwin, masih belum ada zuriat. Aku ada cakap soal ni, kot-kot nak ambil inisiatif apa-apa ke sebab period aku pun kadang-kadang tak ok. Dia cakap tak apa, belum rezeki. Tapi dalam masa yang sama dia ada bagi hint yang buat aku down,

“Sayang lagi 2 tahun nak 30. Percentage nak ada baby lagi susah. Kakak I cakap possible tinggi dapat anak Down syndrome kalau anak pertama masa umur atas 30.” (Kakak dia doktor).

Apa maksud dia? Dia tak ada usaha, tapi dalam masa yang sama kata-kata dia menyakitkan hati. Aku keliru. Kenapa suami aku macam ni?

Keempat, sebelum kahwin aku tahu beberapa tahun sebelum ni dia ada ex, tapi katanya perempuan tu curang dengan dia. Lepas kena tinggal, dia cuba kenal perempuan lain tapi feelings dia masih dekat ex dia, jadi dia tinggalkan perempuan tu.

Tapi itu cerita dulu. Lepas jumpa aku dia kata everything change dan dia betul sayangkan aku. Tapi aku check IG dia, dia masih follow ex dia tu sampai sekarang walaupun ex dia tu dah kahwin pun.

Dan aku lagi tak sedap hati, ex dia kahwin beberapa bulan sebelum kami kahwin. Aku mula fikir bukan-bukan. Entah-entah dia cepat-cepat ajak aku kahwin sebab ex dia nak kahwin ke? Dia masih sayang ex dia ke? Aku tak tahu.

Setiap kali aku tanya baik-baik, “You tak nak remove ex you ke?” Dia jawab, “Tak ada apa lah sayang. Masing-masing dah kahwin.” Tapi kenapa susah sangat nak remove?

Layanan dia serba-serbi buat aku rasa aku tak cukup baik. Kadang-kadang aku rasa bersalah, aku ni overthinking ke? Tapi perasaan aku valid, kan?

Kelima, kadang-kadang aku rasa dia layan aku hot and cold. Hari ni dia buat aku rasa berbunga-bunga, esoknya dia bad mood dan komplen. Dan benda ni jadi berulang-ulang. Setiap kali aku ajak discuss heart to heart, dia akan shut down dan stonewalling aku.

Sampai pernah sekali dia cakap kat aku, “I feel bad layan you teruk lately ni, but I need space.” Lepas tu dia akan shut down berhari-hari.

Kejap dia layan aku baik, tapi bila ajak heart to heart dia shut down. Jadi isu-isu tu tak pernah settle. Aku banyak diam dan berharap dia berubah satu hari nanti.

Am I a bad wife? Am I overthinking? Am I just a rebound?

Aku ada hak untuk kehendak emosi aku dilayan dengan baik oleh suami aku sendiri. Is it too much to ask for? Is he an avoidant husband?

Aku tak sangka perkahwinan kami akan jadi macam ni. Aku rasa menyesal tak kenal suami lama sikit sebelum kahwin. Aku tinggalkan kerjaya aku yang baru nak mula, aku tinggalkan keluarga dan segalanya untuk dia.

Batin aku terseksa sebab dia buat aku sentiasa rasa aku tak cukup baik. Aku banyak pendam, menangis sorang-sorang. Aku tak pernah cerita pada keluarga aku, walaupun dekat mak aku. Aku tak nak dia susah hati.

I’m confused about my marriage. Aku tak pasti normal ke tak? Memang awal 5 tahun perkahwinan macam ni ke? Apa akan jadi kalau selamanya dia macam ni?

Really need pandangan dan nasihat dari pembaca semua. Terima kasih in advance.

– Mun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. First and foremost, I’m really sorry you have to go through this. I feel you. Honestly, when I read your story, it hit even harder when you mentioned his ex-girlfriend. I can genuinely see that your husband loves you — that much is clear. But my advice is: it’s time to step up! Kalau dia rasa u tak power on bed, u belajar and goda dia. Lelaki sometimes are like that. They won’t tell us whats wrong. You try je buat benda baru and see how’s his reaction. Also, be more aggressive and stand up for yourself. You jadi housewife and for what? Diam dan patuh je? Please don’t. Patuh yes tapi u bukan bibik. Don’t lose yourself trying to be a perfect nobody for him. Faham? Itu pun tak cukup perfect untuk dia sebab obviously apa u buat, dia masih tak puas! Dia tak akan puas kalau hati selagi fikiran dia tak redha dengan apa dia ada. Don’t feed his ego by keeping quiet and obey. Jangan jangan. React and interact girl. If not, u akan sedih and murung. It’s not good for your mental health sebab you duduk rumah and you’re not working. Also, fon’t ever stop doa. Minta apa saja u nak from Allah. He never sleeps

  2. what u feel is valid. Satu jer cara nak jaga hati you, “don’t ask for his attention” instead focus on you. Contoh, kalau dtg fikiran yg sedih2 or apa2 yg dia buat, triggers your overthink or bad thought terus fikir, “what i need to do to make myself feel ok? what do i need right now? ” Shift everything to yourself, instead of thinking, dia ni x syg aku dah ke? is he avoiding me? is he ignoring me? u see all of this question is all about him. Why dont u think about yourself? …. Trust me this thing help me to ease my thought too.

    I know someone else gonna comment about your husband, so i dont bother to explain about him hehe…so, focus on you, take care of your health, thought and happiness should come from yourself, not others, ok thanks bai…

  3. Dari apa yang puan ceritakan, seems like suami puan ada covert narcissist personality-moodiness, hot & cold treatment, silent treatment, stonewalling, coldness, gaslighting, disloyalty, devalue dll. OCD adalah salah satu mental disorder bagi individu yang mempunyai narcissistic personality. Victim, normally the partner akan hilang self esteem sebab hidup dalam kekeliruan. No communication, no discussion to settle issues sebab narcissist akan mengelak dari bincang perkara yang berkaitan isu dengan diri dia. Lama-lama victim sebagai partner akan hilang keyakinan diri dan mula take all the blames dan salahkan diri sendiri walaupun bukan salah victim. Narcissistic victim akan selalu menangis dan mula jadi murung. Tak kira lah banyak mana pun pengorbanan victim sebagai isteri, narcissist tidak akan menghargai. It sounds like you don’t know who your husband really is and you’ve been dismissing the many red flags from the begininng sebab puan dah jatuh suka dengan dia. Victim sentiasa harap narcissist akan berubah tetapi a narcissist often remains as a narcissist malah in time commonly jadi lebih teruk lagi. Puan perlu baca tentang narcissistic personality ni untuk lebih faham tentang what you’re dealing with right now. All the best puan and seek Allah’s guidance for what is best for you…

  4. Yang anxious person is u bukan dia..
    Dia tak nak layan anxious u Dan play detachment game..

    Stop ask him anything mcm I ok ke?I ada buat salah ke?

    Dia bukan ocd dia cuma pembersih..ocd tu kena faham betul betul apa maknanya.

    Dan sense I rasa dia masih stuck dgn ex dia..so dia bandingkan body ..sebab apa?maybe dia pernah tidur dgn ex dia…jeng jeng jeng

    Love yourself cukup…jgn nak insecure sgt bila suami cuba jatuhkan self esteem u…bila u love yourself I takkan sibuk nak cari validasi orang lain even Tu laki u…

    Jangan anggap dia suami yang u kena sembah mcm Tuhan…

    • op tanya dia sama ada u ok ke tidak atau u best ke tidak. Obviously manusia tak akan perfect terutamanya suami u. Dia pun tak akan puas selagi dalam fikiran dia asyik membandingkan. Nampak memang tak get over ex dia lagi. At least dia tak downkan u or dia cakap dia tak puas depan muka u. But i do understand that u feel that there’s something wrong. Nasihat i, u belajar la macam mana sekali pun tips untuk goda suami dan jangan terlalu kaku and boring on bed. Be wild. Don’t be that same boring wife that he expected u to be. BE DIFFERENT AND BE BETTER. U ada advantages kot. Muda and berbadan kurus. Use that advantage wisely.

      Suami u berduit dan bekerjaya. Bila dia balik rumah, dia akan hadap wife dia yang tak bekerja. Be agressive and jangan buat dia layan/anggap u macam bibik. Dia tak ada benda nak insecure terhadap diri u. Sebab u tak bekerja and u tak bergaul dengan orang2 luar sangat. Don’t ever feed his ego. I tak ajar u derhaka dekat suami u, tapi u need to have a bit of a power untuk dia respect u.

    • Cuba fahami pasal narcicism. Lepas tu cuba kenalpasti adakah dia betul2 narcicis. Kalau betul narcicis. Berpisah jalan terbaik. Cuma sblm berpisah kena bersedia utk tindakbalas respon dari narcicis. Sbb narcicis pantang ditinggalkan. Hanya dia yg boleh tinggalkan org.

  5. Ye perasaan awak tu valid. Memang lama2 awak boleh jadi insecure.

    Nasihat saya awak kena keluar bekerja ataupun join apa2 akitviti supaya self esteem awak naik dan awak xde masa nak overthinking pasal suami awak. Biar balik rumah tu nanti dia yang sapu sampah hahaha.

  6. meh hakak nk ckp yg sbnrnye hadik bukan pilihan dia. hadik ibarat rebound girl je lepas dia frust dgn ex dia tu layan nk xnk je, xpela dik, hadam jela yer. ada duit byk tu pergila upgrade mne yg patut yer

  7. you are a rebound girl. hence the mixed feelings and he keeps sending you mixed signals. he couldn’t treat you bad because it would make him feel bad and he refused to feel bad about himself so dia cuba baik dgn you. tapi gitu la. benda yg kita buat sbb terpaksa, susah nak sustain. i think you should focus on yourself more. if he changes , it’s on him. not you. stop asking him what’s wrong with you. ask him what’s wrong with him instead. you deserve to be treated with love, as a wife whom he loves dearly. bukan sebagai isteri atas dasar tanggungjawab je.

  8. Your husband might be a narcissist. Or avoidant attachment. Or belum move on. Whatever it is, he’s not good for you. He’s toxic for you. But depends on you nak fight for your love, or protect your mental health. There’s no wrong and no right. Every choice has its own consequences. The option is in you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *