I’m Done

Mungkin dengan luahan aku ni boleh redakan hati aku yang sedang dilanda badai.. Aku kalau boleh tak nak cerita buruk tentang perkahwinan aku.. Tapi aku dah penat!!! Boleh faham tak rasa nak menjerit tu!!!

Aku kahwin dah 5 tahun, tak ada anak.. Aku tak nak burukkan dia.. Tapi aku betul-betul dah penat..

Aku cerita yang baik dulu.. Bagi aku, dia seorang yang bertanggungjawab.. Rajin kerja.. Walaupun nafkah tak pernah dapat dengan rela hati dia.. Lama aku diam tentang nafkah..

Gaji dia 7k.. Bayar rumah kereta 1150 je.. Tapi nafkah aku tak ada ye.. Setahun boleh kira 2 atau 3 bulan je bagi nafkah.. Kadang ungkit semula nafkah tu..

Nafkah tu 500 ye.. Situ lah aku bayar api air, belanja barang dapur, Astro dengan duit makan.. Ahh lantak lah.. Aku bukan jenis berkira.. Tapi aku nak dia sendiri tahu nak bagi nafkah..

Awal kahwin dulu, dia tak kerja 2-3 bulan.. Aku tanggung semua.. Aku carikan kerja.. Waktu gaji 1500 aku tak pernah minta duit nafkah.. Bila gaji dah ada sikit, salah ke kalau aku minta duit nafkah?? Nak bini comei tapi kedekut.. Macam mana tu??

Duit makan hari-hari pakai duit gaji aku sendiri.. Nak beli baju ke, make up ke, skincare ke duit aku sendiri.. Dia kata, dia bagi aku makan (makan kat rumah) tu nafkah lah.. Okay aku diam.. Aku malas nak bertekak..

Satu yang aku benci dalam kehidupan aku yang aku tak boleh nak bercerita dekat orang.. Bagi orang mungkin biasa, tapi bagi aku, makan hati..

Dia bukan family man.. Tiap kali anak buah aku nak datang rumah, mula lah dia buat muka lah.. Macam-macam..

Anak buah aku sambut birthday, dia tanya ayah saudara dia, “Pakcik kenapa tak datang birthday Iman?” Dia jawab kerja.. Budak tu cakap lagi, “Takkan kerja sampai malam.” Aku yang remuk hati..

Kampung aku dekat dari kampung dia.. Tapi boleh kira berapa kali dia balik.. Sejak awal kahwin yeee…. Setahun adalah 2-3 kali.. Kampung aku tak jauh yeee…. Sejam lebih je.. Kampung dia jauh okay.. Boleh balik 2 bulan sekali.. Sekali balik 5 hari..

Yang aku terkilan raya haritu.. Turn kampung aku.. Balik 2 hari 1 malam je.. Mulut dia manis.. Kata, “Kenapa tak balik lama sikit?”.. Sebab aku tahu perangai dia.. 2 hari 1 malam pun dah macam cacing kepanasan.. Hari raya kedua, awal pagi kalut nak balik kampung dia..

Bila time turn dia, aku tak balik terus ye kampung aku.. Balik dari kampung dia kerja dulu.. Sabtu Ahad, dah raya ke-7 ke-8 baru balik hari kampung aku.. Sekadar melawat orang tua..

Hah pasal raya kedua tadi, kalut tak tahu nak kata.. Dengan buat mukanya, tunjuk aku jam tangan dia, “Dah pukul berapa ni?” Ya Allahhhh.. Boleh bayang tak kecewanya aku… Aku nak raya dengan family aku.

Kalau gaduh, dia akan cakap aku baran.. Weh, kau boleh bayang tak tangan dengan tenaga lelaki macam mana???? Aku defend diri aku, dia cakap aku mengamuk, melawan..

Weh!! Aku bukan punching bag nak diam je.. Aku manusia lah!! Mak aku single mom besarkan aku, hantar aku pergi universiti langsung tak pernah jentik aku.. Sebab status kau suami, kau boleh buat apa saja lah??

Aku sekadar nak luah apa yang aku tak boleh luah dekat orang sekeliling.. Aku pendam sorang-sorang.. Sebab aku takut dengan pandangan orang..

Aku memang tak nak apa-apa pandangan.. Aku cuma nak orang peluk aku, dan tenangkan aku tanpa perlu kata-kata..

– Tiada (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. .saya fikir yang Puan kena bertegas dengan suami..try slow talk dengan dia.cari masa bila dia tengah mood baik,lepas tu puan cakap dengan nada yang sesuai tentang ketidakpuashatian puan tu. Kalau cara tadi tak jalan jugak,saya syorkan Puan tulis surat panjang-lebar kat dia tentang semua hal yg buat puan rasa annoying tentang dia.. masukkan semua points yg buat Puan sakit hati..bab nafkah,tentang hal balik kampung time raya,tentang dia yg selalu buat muka kat family n anak2 buah Puan.
    Luahkan semuanya melalui tulisan..bagi dia baca..tulis juga apa hal yang puan nak dia ubah tentang diri dia.
    Tulis jugak yang puan ni isteri dia bukan punching beg..
    Saya sarankan puan berjaga2 selalu..padang CCTV di rumah tanpa pengetahuan dia..ini sebagai bukti kalau dia pukul puan…
    Puan tak mention adakah suami puan ni solat dan jadi imam di rumah..kalau dia tak solat,cuba tegur dia secara baik…puan sendiri..untuk dapat kekuatan dalaman,baiki solat puan.kalau tak cukup waktu,cuba cukupkan . Solat tahajud,hajat dan lain-lain. ni peringatan untuk saya juga dan semua yg baca post ni…Allah yang pegang hati 💓 kita…Dia Maha Kuasa untuk ubah apa hal pun…Doakan agar suami puan berubah.
    Juga,puan pun kena muhasabah diri..termasuk saya yg nasihatkan puan ni.list apa kelebihan dan kekurangan diri puan dan suami… try improve diri .boleh juga puan tanya suami puan,apa tentang diri puan yg dia nak puan ubah..cuba berbincang secara elok..tentang nafkah DLL..
    Ini sekadar perkongsian dari saya ..saya tau puan tak nak dengar pendapat orang lain..tapi “Berkatalah benar walaupun pahit”..Saya doa Puan diberi ketenangan dan kekuatan untuk mengharungi cabaran hidup..Hugs from me …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *