I’m Trying To Let It Go

Hai. Aku Dira (bukan nama sebenar), perempuan, awal 30-an. Panjang sikit confession kali berbanding sebelum sebelum ini. Kali ini benar adalah berkaitan hidup aku.

Aku sedang cuba belajar untuk melepaskan beban dalam hati aku. Dan di sinilah adalah tempat pertama percubaan aku.

Adik beradik aku 9 orang. 7 lelaki, 2 perempuan. Aku adalah anak yang ke-8. Amalan ibu aku adalah anak perempuan bukan lah anak ibu, anak lelaki adalah anak ibu. Dan bermula daripada sini layanan ibu berbeza.

Anak perempuan harus belajar tinggi, anak lelaki tidak mengapa. Anak perempuan tidak boleh disambut hari lahir, anak lelaki wajib disambut.

Anak perempuan harus cari duit sendiri, anak lelaki tidak mengapa dinafkahi walaupun sudah berkahwin. Kesemua layanan adalah anak lelaki yang utama.

Bak kata ibuku, dia tidak kisah membuang anak perempuan kerana nanti anak lelaki yang akan menjaganya.

Jika dulu, ya, aku sedih dengan perbedaan ini. Sehingga perkara paling sedih adalah ketika separuh tangan aku melecur 2nd degree akibat memasak untuk keluarga. Tapi tiada yang membantu.

Paling sedih bila ibu sendiri hanya menjeling ketika aku mengerang kesakitan. Sedih bila teringat.

Tapi ini bukanlah beban yang berat untuk aku bawa. Beban yang berat aku bawa adalah aku adalah mangsa dera seksual abang-abang aku selama 2 tahun sejak berumur 8 tahun.

Perkara yang berulang-ulang berlaku setiap hari adalah beban bagi aku untuk simpan. Dan beban paling berat aku bawa adalah kejadian pernah berlaku di mana ibuku berada di katil yang sama.

Baring di sebelah aku sambil abang aku melakukan perbuatan terkutuk. Takkan ibu tak rasa katil bergerak? Takkan ibu tak dengar segala-galanya? Takkan ibu tak terfikir nak bangun untuk halang?

Bapak aku dan kakak aku cuma tahu pada 2018. Itupun mereka tidak tahu abang yang mana, berapa lama, apa yang mereka buat. Cukup aku kata aku pernah disentuh. Mengenai ibuku, tiada siapa yang tahu.

Belum aku cerita pak cik – pak cik aku dan sepupu aku yang ada cubaan mencabul.

Ketika bapak aku tahu, dia cuma mengatakan ‘lupakan.’ If only i can, dad. I wish and i pray and i try so hard… but it just won’t..

Paling sedih, tahun 2018 adalah tahun aku jatuh. Aku bekerja keras nafkahkan diri sendiri hanya untuk dipanggil anak yang useless.

Sebabnya hanya aku bergaji rm1.5k sahaja ketika itu. Sedih kerana ketika ini adik beradik lelaki jobless dan mengharapkan harta bapak aku sahaja.

Masa ni juga ibu aku sebarkan segala fitnah dan umpatan mengenai aku kepada bapak aku dan saudara mara keluarga besar.

Hanya kerana ibu aku terlalu takut harta bapak aku jatuh ke tangan anak perempuan. Dan perkara fitnah dan umpatan ini sehingga ke hari ini ibuku masih melakukan ke atas aku.

Ditambah pula tahun 2018, kawan baik aku sendiri tinggalkan aku. Dia memilih keluarga dia yang memfitnah aku. Aku masuk fasa depresi ketika ini. ‘Suicidal ideation & thoughts’ setiap hari ada.

Kadang duduk di ruang tamu, nampak diri sendiri tengah tergantung kat siling. Kadang jalan kat tepi penghadang bangunan, ada suara suruh terjun.

Semua ni buat aku benci untuk hidup. Takut untuk keluar. Aku jadi takut nak pergi bangun tinggi seorang diri. Sanggup guna tangga sebab takut terjun dari eskalator. Jalan pun tunduk je sebab serabut nampak diri sendiri yang tengah tergantung.

Jika ketika zaman aku sekolah, aku akan korek kerongkong setiap pagi supaya muntah sebab rasa ada benda tersekat kat tekak.

Ada tu aku rasa ada tali tergantung kat leher. Realitinya, tiada. Masa ni berat sangat leher aku. Rasa nak patah. Menangis sebab terpaksa tahan. Nak hilangkan tali ghaib adalah dengan cekik diri sendiri. Tulah rutin aku dari sekolah menengah sehingga zaman bekerja.

Paling teruk, bila aku rasa ada lubang pada badan aku. Tapi badan aku cantik lengkap. Rasa nak hempas badan kat lori. Jadi tiap kali aku rasa benda ni, aku akan hempas badan aku ke dinding batu sekuat hati. Aku akan garu badan aku sampai luka.

Tapi sekarang aku tahu dan aku nampak aku bertambah baik. Lebih bahagia. Semakin tenang. Bila aku mula daftar sebagai penderma organ, Jun 2021 adalah bulan terakhir aku melakukan percubaan bunuh diri.

Januari 2022 bermula hidup baru aku yang aku dah tak benci ‘suicidal, intrusive, distorted, negative thoughts’ . Bukan tiada, ada sahaja.

Tapi aku dah boleh layan dia sebagai ‘passing friendly thoughts’. Bak kata aku kepada diri sendiri, nak derma kena meninggal kat hospital bukan kat dalam sungai terjun jambatan.

Ada beberapa perkara sebenarnya dah setel. Selain tiada lagi cubaan bunuh diri, aku dah semakin pulih ‘scrupulosity’. ‘Panic attack’ dan ‘anxiety attack’ masih ada cuma tidak sekerap dulu.

Jika dulu ketika drive pun boleh kena ‘panic attack’, sekarang aku dah boleh kawal sedikit sebanyak. Mimpi ngeri masih ada seperti mana insomnia. Cumanya aku bersyukur sekarang ada malam aku dah boleh tidur lena.

Walaupun dalam 7 hari mungkin 3 hari aku akan takut untuk tidur. Berbanding dulu setiap malam aku tak akan tidur.

Kadangkala bila aku terbaca confession yang mangsa zina ditinggal kekasih kemudian bahagia bersama suami atau trauma diperkosa kemudian dapat berpaut di bahu suami atau ahli keluarga, sedikit hati ada terdetik cemburu.

Bukan kerana aku tidak bersuami, tapi aku sedih kerana jalan ini aku terpaksa bangun seorang diri. Bahu yang berat hanya berpaut pada tangan sendiri. Semua ini buat aku penat kadangkala.

Ada hari aku boleh senyum. Ada hari gembira seperti biasa. Ada hari aku akan putus asa dengan usaha sendiri. Ada waktu aku rasa bazir segala masa, tenaga dan duit. Semuanya aku korban untuk rawat trauma yang bukan salah aku.

Tapi aku sedang mencuba. Aku nak cuba untuk bebas. Aku sedang cuba untuk rasa bahagia. Seronok bila rasa bahagia kerana bebas dari rasa terlalu ingin membunuh diri. Tenang bila dapat bebas dari perasaan ingin membunuh keluarga sendiri.

Dan aku nak cuba untuk bebas dari trauma ini. Walaupun cuma 1% bebas selepas confession ini disiarkan, sekurangnya ada perubahan. Dan jika tiada, sekurangnya aku dah cuba jalan ini.

Untuk apa yang keluarga aku lakukan, aku tak tahu jika aku sudah maafkan atau redha. Aku masih pulang ke rumah ibu bapak aku. Adik beradik aku masih aku layan seperti biasa. Dan cukup sekadar itu.

Yang aku pasti, aku dah mula redha akan ini adalah takdir aku. Aku dikurniakan takdir bukan kerana aku kuat atau aku mampu atau kerana Dia sayang aku. Tapi kerana aku adalah milik Dia.

Seluruh hidup aku dan segala apa yang ada pada aku adalah milik Dia. Aku adalah hamba Dia, kepunyaan Dia.

Aku tak minta untuk keluargaku dikecam. Pada dasarnya, aku berkongsi darah mereka juga. Pastinya aku akan sedih juga jika mereka dikecam di sini.

Tapi aku faham. Ia adalah luar daripada kawalan aku. Aku harap pembaca di sini dapat memberi sedikit doa buat aku atau jika ada cadangan bahan bacaan atau cara lain untuk aku cuba.

Oklah. Tamat dah. Lepas ni nak mula karang cerita apa nak goreng kat therapist. Hari tu aku dah goreng kat dia aku nak ubah career path aku yang entah apa-apa ketika inflasi ini. Kalau ada idea apa nak goreng, beritahu kat komen.

For all of the readers, may all of you find peace and bliss in happiness or sadness.

Untuk mak abah….

Kasih sayangmu umpama bayangan purnama di air tasik.

I love both of you. And i still do. I will exchange my heaven spot just for you. That will always be me and will never ever change.

– Dira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *