Imperfect Family

Hai semua.

Intro, aku anak pertama daripada 5 adik beradik. Parents keduanya masih ada, mak kerja kerajaan & bapak kerja swasta.

Tak tahu nak start macam mana, first time tulis confession. Sorry kalau jalan cerita berterabur & bahasa rojak.

Masa kecil dulu, family aku macam family yang lain. Aku happy masa aku kecil, masih dapat ingat happy childhood memories tu. Masih dapat ingat betapa sayangnya aku kat parents aku.

Semuanya berubah bila aku di form 5. Aku duduk asrama so jarang balik rumah. Tapi yang aku ingat, parents aku dah start bergaduh, verbally. Sampai mintak cerai bagai. Masa tu aku nak SPM so aku macam stress setiap kali balik rumah. Kat sekolah aku excellent student & perwatakan happy go lucky so orang tak pernah tahu aku ada family problem ni. (Aku pun tak pernah openly cerita sebab…entah…aku malu). Masalah parents aku tak sehaluan ni berterusan sampailah sekarang iaitu aku dah di tahun akhir degree.

Entah la. Tak pandai nak luahkan. Just, dari pemerhatian aku, parents aku ni dah macam saling membenci. Dah takda sekelumit pun rasa kasih sesama sendiri. Dah tak tidur sebilik. Macam strangers yang duduk serumah. Mak pun selalu marah2 kami adik beradik dan bila dia stress dengan bapak, dia lepaskan dekat kami (marah2 and jerit2) dan dia juga lepaskan kat barang2 dalam rumah (Dia hempas/baling barang sampai banyak barang dalam rumah rosak). Bapak pula, kalau marah, dia akan verbally marah mak, point out setiap satu salah mak (and dia akan ungkit perangai mak yang selalu rosakkan barang rumah), tapi dia tak pernah naik tangan. Bapak tak pernah lepaskan marah kat anak2. Anak2 allllllllll of us sekarang lebih rapat dengan bapak.

Selama dorang bergaduh ni, mak je yang asyik cakap nak cerai. Bapak sikitpun tak pernah sebut bab tu. Dulu masa mula2, aku sedih dengar perkataan “cerai” tu. Tapi sekarang, aku selalu rasa yang aku lebih prefer diorang bercerai dan bawa haluan hidup masing2. Kadang2 rasa macam nak suruh diorang bercerai. I mean, if there is no love anymore, why are you guys living together? Just to keep hurting one another….and kitorang anak2 ni sebenarnya yang paling terluka dan terkesan. Home sweet home? What the hell is that? Sorry \.

Aku and 3 orang adik bawah aku memang dah tak duduk rumah sebab kitorang sambung belajar. So duduk hostel. Kitorang memang tak rasa happy pun nak balik rumah, setiap kali balik mesti stress. Tapi kesian dekat adik last tu sebab dia masih sekolah so dia stay dengan parents la kan. Kesian dia, kecik2 sepatutnya ada happy memories tapi…..kesian dia. Alhamdulillah, kitorang adik beradik rapat dan saling sayang menyayangi. Tapi tu la, aku kesian adik2 aku. Ada parents macam tak ada . Jeles tengok kawan2 yang ada family yang okay. Tapi alhamdulillah aku bersyukur sebab nafkah untuk anak2 memang bapak tak pernah miss, bapak yang hulur duit tiap bulan kat aku & adik2 yang belajar di perantauan.

Oh ya, kitorang adik beradik semua sekolah agama. Lancar baca quran, dan memang baca quran, serta jenis solat semua. Mak bapak pun solat. Bapak solat jemaah di masjid jugak. Tu lah, just nak add on info je. Yelah, takut ada yang cakap suruh solat ke apa ke kan (Sorry, sebab selalu baca orang komen camtu kat masalah2 orang lain). Basically, aku & adik2 memang ada basic agama dan 2 adik bawah aku pun further study dia dalam bidang agama di negara timur tengah. Masa mula2 dia fly sana, aku bersyukur dia dapat jauh dan akan jarang balik, so aku tau dia tak akan stress dengan keadaan di rumah.

Tak tahu nak cakap apa lagi. Alhamdulillah aku bersyukur la sebab tak pernah sampai depression and ada suicidal thought semua tu. Aku tahu sebesar mana masalah aku, ada orang yang masalah lebih besar. Tapi, aku confess ni sekadar nak luahkan apa yang dah lama terbuku je.

– Jane

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *