Assalamualaikum. Alhamdulillah, aku kira, aku selalu dapat apa yang aku impikan.
Aku tak tahu lah, mungkin berkat doa bonda dan babah, mungkin berkat doa atuk nenek, atau doa doa orang yang iklhas mendoakan. Alhamdulillah.
Orang kata ini nikmat. Dan mungkin ada yang merasa iri. Tapi, sebagai orang yang Allah capaikan impiannya, sebenarnya ini adalah ujian dari Allah, untuk aku terus bersyukur.
Aku list beberapa impian major aku yang Allah makbulkan, apa tanggungjawab selepas itu dan apa nikmat yang aku dapat dalam menghadapi tanggungjawab itu.
1. Aku sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam perperiksaan.
Alhamdulillah. Kegunaannya adalah untuk mendapat biasiswa, dan mencabar adik, sepupu atau anak saudara supaya mendapat keputusan sebaik aku.
Selain itu, aku pula rasa malu hendak tunjuk slip keputusan spm kepada orang lain sebab malu dipuji.
(Pernah ni, hantar result untuk register degree di universiti, kakak kaunter panggil member dia suruh tengok slip. Malu. Cerita kat sini orang tak kenal saya)
Tanggungjawab: Bila cemerlang, kita haruslah bantu kawan kawan. Tak boleh kedekut ilmu, kadang2 stay up sampai tengah malam sebab nak bagi kawan faham subjek.
Nikmatnya, kawan datang ke kita kata dia dapat A. Bagusnya, doakan aku bertambah pahala ya.
2. Aku dapat masuk sekolah/ ipt yang top.
Tanggungjawab: Bila aku duduk belajar di sekolah/ ipt yang top, aku kat dalam tak rasa apa yang best pun.
Jadual yang penuh, kerja yang banyak, subjek yang susah, yuran yang mahal. Demanding teachers/ lecturers.
Aku terfikir, apa yang orang luar banggakan/kagum sangat pasal sekolah/ipt ni. Macam apa je aku rasa kat dalam ni.
Tapi mungkin itulah ya, yang orang nampak. Kita rasa macam ‘siksa’, sebab tu agaknya orang kagum, sebab kita sudi terima ‘siksa’ nya duduk di sekolah/ ipt yang top ni.
Nikmat: jumpa kawan sudah senang bersama. Sebab dah biasa tersiksa, menjadikan diri lebih tegar dengan ujian hidup.
3. Masuk bidang yang aku minat.
Tanggungjawab: terlalu banyak kerja, terlalu banyak tanggungjawab, dan bidang penyelidikan adalah bidang yang kau kalau rajin pun, kadang kadang tak membuahkan hasil pun.
Masa ni aku kenal perasaan putus asa dan tiada harapan, hilang arah.
Masa ni, ada kawan aku ingatkan aku apa tujuan aku masuk bidang tu. Yang membuat aku dengan payah bangun semula perlahan2. Dan alhamdulillah berjaya.
Cukuplah 3 ni. Impian yang Allah tolong hadiahkan dekat kita, bukanlah penamat kepada usaha usaha kita. Setiap impian yang Allah bagi pada kita disertakan dengan tanggungjawab yang besar.
Janganlah kita mengeluh dan menyesal dengan impian kita, kalau kalau apa yang kita dapat selepas impian itu tercapai, realiti tak seindah apa yng kita bayangkan.
Dan, kalau Allah tangguhkan impian kita, yakinlah Allah tetapkan laluan yang lebih baik sebenarnya.
Contohnya, kenapa kita tak dapat kerja A. Rupanya kalau kerja A, susah nak pergi solat jumaat. Atau kerja A tu buat kita terima rasuah.
Kenapa kita tak kahwin lagi, sebab mungkin kalau kita kahwin awal, kita masih belum cukup matang mengharungi ujian rumah tangga.
Jadinya, berdoalah agar Allah kurniakan rezeki yang terbaik untuk agama, masa depan dunia akhirat kita. Kalau tak dapat impian, berlapang dada.
Sekian.
– Kembang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit