Assalamualaikum, nama saya Iman berumur 23 tahun. Harap pembaca boleh dengar situasi saya dan cadangkan apa yang saya boleh buat.
Situasi family sekarang, ibu bapa dah tak bekerja. Dan mereka tak ada achieve apa-apa, jadi kami adik beradik tengah sambung untuk sara keluarga. Kami masih duduk di rumah sewa. Tak pernah cukup tempat tidur. Bilik sendiri jauh sekali.
Saya rasa macam semua orang dalam rumah tu tak ada kesedaran yang kami ni miskin. Saya bukan lah tak bersyukur tapi saya percaya kita pun kena usaha untuk ubah nasib.
Kami lima beradik semua belum settle down. Breadwinner nya kakak saya nombor 2. Gaji besar, ada kereta, tanggung kebanyakan kos di rumah. Tapi bukan lah career yang stabil. Dia overworking sampai makan tak terjaga. Mudah jatuh sakit.
Semua orang nasihat suruh berhenti kerja. Tapi saya tahu dia fikir, siapa pula nak sara kami satu keluarga.
Kakak sulung menyewa lain. Kerja siang malam untuk gaji minimum, bulan ke bulan. Tiap-tiap tahun tukar kerja. Tak ada yang lekat. Ada je masalah. Nak sara diri sendiri pun tak cukup. Bukan hantar duit ke kampung, siap mintak duit lagi dari yang di kampung.
Abang pun dah bekerja. Masih duduk sekali di rumah tu. Dia pun ada kongsi bayar komitmen. Tapi tak jugak serius fikir nak settle down. Dia tengah sibuk dengan hobi dia. Saya cuma risau kan lifestyle dia, malas nak cerita tapi memang tak boleh buat suami.
Saya dari dulu fikir macam mana nak ubah nasib keluarga. Saya pun belajar tak cemerlang mana sampai boleh jadi doktor tapi saya pastikan saya masih boleh sambung bidang yang professional walaupun bukan di ipta yang gah, bukan penerima biasiswa atau anugerah.
Sengaja saya pilih bidang ni walaupun saya ni bukan lah bijak. Sebab saya nak parents saya ada sesuatu boleh dibanggakan. At least diorang tak rasa gagal dalam membesarkan kami.
Alhamdulillah saya dah berjaya tamatkan pengajian dan baru je nak mulakan career jadi gaji masih sedih jugak.
Saya bukan nak cakap yang adik beradik saya gagal, saya terpaling berjaya. Saya tak salahkan diorang langsung sebab saya tahu. Cara kami membesar jugak adalah faktor. Kami hidup serba susah dari kecik.
Saya sedar saya pun dapat sambung belajar atas pengorbanan adik beradik lain. Saya memang berjanji tak akan mulakan keluarga sendiri. Cita-cita saya memang nak berjaya dalam career saya dan tanggung family saya. Tolong setiap seorang adik beradik saya.
Mentaliti saya sekarang adalah semua ni akan berakhir bila saya dah berduit. Saya berangan nak belikan rumah untuk keluarga, cukup bilik untuk semua. Dekat dengan masjid, mungkin dapat buka hati ayah saya untuk solat.
Masa tu mungkin kakak kakak saya juga dah boleh berhenti kerja duduk rumah kami dan mungkin mulakan rumah tangga sendiri. Umur mereka bukan lah muda lagi. Tapi masing masing belum jumpa pasangan. Lagi pun saya tahu, ayah saya belum boleh jadi wali untuk anak dara dia.
Sekarang parents dah uzur tapi tengok anak anak masih belum hidup berdikari. Saya tahu mereka risau.
Mak pernah luah yang dia salahkan diri dia atas keadaan keluarga sekarang. Mak rasa dia dah gagal. Dari pilih suami sampailah cara besarkan anak. Tunaikan umrah pun belum dapat.
Saya takkan maafkan diri saya kalau parents saya hembuskan nafas terakhir sebelum saya sempat berbakti pada mereka.
Hari-hari saya fikir, sempat ke saya berjaya dan bantu mereka. Mampu ke saya bertahan dalam bidang ni sehingga berjaya. Sampai saya doa jauhkan lah saya dari lelaki sebab saya takut lepas kahwin saya akan abaikan keluarga saya dan tak tunaikan janji.
Betul ke angan-angan saya ni. Ataupun tak realistik langsung. Tapi apa lagi pilihan yang saya ada. Saya cuma terlalu sayangkan dan nak yang terbaik untuk keluarga saya.
Kepada yang sudi baca, terima kasih dan saya harap boleh doakan impian saya tercapai.
From a girl with a big dream,
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalam dek, pernah melalui apa yg adik lalui. Adek perlukan sandaran yg kuat utk impian adek. Sandarkan pada Allah, jaga hak Allah insya allah, Allah akan jaga segala keperluan adik. Itu jer kunci kejayaan kita. Jgn menyerah sebelum mencuba. Rahmat Allah tu luas. Bagi semangat kat org tua adek, dan adik beradik, bangkit berusaha semula. Mulakan perubahan drpd diri adek sendiri, sebab kita tak dpt nak ubah org lain. Stay with yourself, and do good to your parents. Insya allah, jalan yg sempit akan luas, yg kelam akan jadi terang. Semoga diberikan kemudahan utk melaluinya. aamiinn allahumma aamiinn
Dik,niat adik baik nak bantu keluarga tapi satu je nak bagitau. Put yourself first before others. Dah cukup keperluan sendiri baru panjangkan pada keluarga. Kenapa kakak-kakak awak kene berenti kerja. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap hidup mereka. Jodoh mereka? Bukan dalam kawalan awak. Untuk parents ok je untuk awak ambil tanggungjawab jaga mereka ok. Beli rumah ajak mereka dduk bersama. Tapi untuk belikan rumah….think twice,ni dh 2025 kalau setakat gaji bawah 10k nak bayar rumah dgn indah water,cukai taksiran,maintenance etc …perit dik…
Kalau rumah dah kita declare rumah keluarga,sampai parents tak ada pun jangan harap awak nak dapat hak rumah tu..jadi mampu ke awak nak ada another house untuk diri sendiri?
Sorry dik tapi kita bercakap pasal realiti Dan hidup yang lebih ke depan. Berkongsilah smapai tahap yang awak mampu ikhlaskan sebab jika satu hari pengorbanan awak tak dihargai awak takkan rasa kecewa..it’s just my 2cent untuk orng yg dah berumur 40 thun & I did all I could for my family.
Jika ada lebih, sila la berkongsi tapi kalau sampai awak perlu hidup macam B40 walau gaji awak tinggi… Itu menzalimi diri sendiri dik…