Assalamualaikum dan hi. Terima kasih dekat admin kalau sudi approve confession saya ni. Dah lama saya pendam apa yang saya rasa. Saya hanya nak share apa yang saya rasa.
Dekat Malaysia ni, ada ramai orang kaya. Ada ramai orang sederhana, ada jugak orang miskin yang saya sendiri tak tahu ramai ke sikit. Tapi saya terkilan sangat dekat orang2 kaya atau sederhana ni. Pernah nak korang bagi secubit kekayaan korang tu dekat orang miskin. Kalau ada, Alhamdulillah sangat2.
Saya ni biasa2 je. Rumah PPRT. Mak ayah saya tak kerja. Saya masih belajar. Saya ni budak PTPTN. Setiap sem dapat lebih kurang 3500, 2000 yuran universiti. Baki saya bahagi dua dengan keluarga saya. Adik2 saya sekolah lagi. Saya memang tak ada duit nak tolong orang yang lagi miskin dari saya. Saya cuma mampu kumpul 10sen @ 20sen setiap hari. Bila dah banyak baru saya mampu sedekah.
Bukan saya nak cakap dekat sini yang saya ni baik sangat. Tapi saya nak sangat semua orang dapat makan dan hidup sihat. Saya selalu tengok orang cerita dekat FB, keluarga ni susah, susu baby tak ada, sehari tak makan, tak pernah tukar baju, kasut, beg sekolah. Saya sedih sangat bila baca cerita2 macam tu.
Bukan saya nak cakap saya baik, tapi saya selalu doa supaya saya jadi kaya raya. Sebab saya nak tolong semua orang miskin. Orang cakap duit bukan segalanya. Tapi pada orang miskin, duit tu sangat penting. Kalau saya berduit, InsyaAllah saya akan belikan kasut, baju sekolah dekat anak2 orang miskin. InsyaAllah saya akan belikan barang dapur untuk orang miskin. InsyaAllah. Ni impian saya. Quote ayat orang MLM, saya tak nak kaya sorang2. Hehe.
Kalau orang kaya pergi kedai, lepas bayar selalu cakap keep the change. Apa kata kumpul duit baki tu, lepas tu belikan beras,gula untuk orang miskin.
Saya percaya sangat2. Kalau setiap keluarga kaya @ sederhana ni tolong belanja keperluan harian untuk keluarga miskin, walaupun sikit, kita tak akan kurang jumpa orang yang merayu minta belikan makanan dekat kedai2 mamak, tepi2 jalan.
Orang golongan sederhana mungkin akan cakap, aku bukan ada duit sangat, untuk diri aku pun tak cukup, nak bagi mak ayah aku lagi. Percayalah. Kalau kita bersedekah ni walaupun sikit sangat, InsyaAllah rezeki kita akan sentiasa cukup. Saya tahu sebab benda ni memang jadi dekat saya. Alhamdulillah mak ayah saya sihat. Cuma dah tua, sebab tu mereka tak boleh kerja.
Saya pun, kalau dah kerja nanti, nak beli handbag, baju, kasut cantik2. Tapi bila fikir semula, ada orang tak ada kasut pun. Tergamaknya saya nak membazir. Saya harap dan doa saya tak tergoda dengan hasutan dunia yang selalu buat kita nak berbelanja dan membazir.
Saya cuma takut, dekat akhirat nanti kena soal kenapa kita biarkan saudara kita hidup susah, sedangkan kita mampu tolong ringankan beban mereka. Ingat ye, dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain jugak.
Saya harap impian saya menjadi impian setiap orang jugak. Maaf kalau rasa annoyed bila baca. Sebab saya ni cerita macam saya ni baik je. Harap saya tak dikatakan ujub atau riak. Terima kasih sudi baca.
– Shay
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit