In Between Job

Salam buat semua. Tujuan saya menulis cuma ingin menceritakan pengalaman dan juga sedikit luahan perasaan.

Aku seorang lelaki yang boleh dikategorikan bujang terlajak juga lah. (Umur sekarang pertengahan 30-an)

Alhamdulillah sudah bekerja hampir sembilan tahun di tempat ni. Memang aku kuat bekerja dan betul betul komited terhadap tanggungjawab di tempat kerja.

Bila sudah lama di situ, ramai orang yang mengenali aku di tempat kerja, dengan sikap aku yang ramah suka menegur sapa staff sesama syarikat dan staff syarikat lain yang bekerja di bawah satu bumbung.

Tempat kerja aku besar juga, jadi banyak bahagian dan syarikat yang berbeza. Sehingga kawan sesama syarikat aku menggelar aku YB disebabkan setiap kali mereka berjalan bersama aku di tempat kerja, pasti ada orang yang aku tegur sapa atau orang itu yang menegur sapa aku.

Group whatsapp tempat kerja pula memang meriah kadangkala disebabkan staff department lain mengusik aku di dalam grup whatsapp tu. Namun, bukan lah dari awal bekerja suasana ni berlaku.

Setelah lama bekerja, staff senior berpindah maka aku sudah menjadi antara senior di department aku. Jadi, banyak benda yang aku uruskan dan ramai staff merujuk kepada aku sesuatu hal yang sukar di tempat kerja.

Oh lupa hendak beritahu, aku bekerja dalam industri servis. Jawatan secara rasmi ada lah customer service officer. Memang aku tak ada pengalaman sangat pada mulanya, namun hasil kesungguhan aku, aku dapat capai semua ni dalam tempoh selama aku bekerja.

Dengan kerja ni aku berjaya selesaikan hutang study aku, berjaya beli satu unit kos rendah, berjaya survive zaman covid dengan pekerjaan ini.

Pekerjaan ini juga berjaya mengubah aku menjadi lebih disiplin dari sebelum aku masuk ke syarikat ini.

Permulaan, aku sering mendapat surat tunjuk sebab kerana masalah kedatangan. Namun, aku berjaya mengatasi masalah itu perlahan lahan walaupun ada juga hari yang aku terlewat sikit kadang kadang.

Aku bukan lah kaki MC, cuma aku perlahan sikit buat kerja kerana aku orang yang cermat dan berhati hati. Aku lebih mementingkan kualiti bila membuat sesuatu tugasan.

Ada je aku perasan kawan sekerja yang cincai saja tugasan nya, tapi sering mendapat reputasi yang lebih baik di mata boss.

Masalah kelewatan aku sering di ungkit ungkit pada awalnya supaya nampak aku ni orang yang bermasalah. Sakit hati juga, tapi aku teruskan pekerjaan ni.

Sehingga sudah bertukar boss hampir setahun yang lalu, aku masih sama kekal buat yang terbaik dalam tugasan aku. Sampai lah suatu hari ada peluang untuk naik grade. Cuma bukan di tempat kerja sekarang, di tempat kerja cawangan lain.

Aku mula mula buat tak tahu, sebab aku baca je iklan tu di staff portal, aku tak apply pun sebab aku perlu berpindah untuk jawatan itu..

Setelah iklan di staff portal tamat, aku memang tak apply sebab aku sudah selesa kerja di sini. Kalau tidak selesa, mana mungkin aku stay sehingga hampir sembilan tahun kan..

Tiba-tiba aku kena menghadiri kursus disebabkan ada pembaharuan cara bekerja yang melibatkan bahagian tempat kerja aku tu.

Sewaktu kursus, ada rakan sekerja aku (perempuan) bertanya kepada trainer tentang jawatan naik grade di cawangan lain itu dan dia dipelawa. Trainer itu meminta email nya dan aku buat tak tahu sajalah sebab aku tak ada niat nak pindah cawangan..

Setelah kursus habis, rakan sekerja aku follow up dengan trainer tu dan waktu itu lah aku cakap pada rakan sekerja aku tu untuk selit email aku sekali.

Dipendekkan cerita, aku dapat menghadiri temuduga dan berjaya untuk jawatan itu bersama dengan rakan sekerja perempuan aku tu. Maka kami berdua akan meninggalkan tempat kerja sekarang, untuk ke cawangan lain yang lebih besar.

Di sini lah aku terpanggil untuk menulis luahan hati ini.. situasi nya aku sedang berpindah cawangan, dan dalam beberapa hari perlu melaporkan diri di tempat baharu.

Ya, pasti nya penuh dengan cabaran, semestinya. Cuma jujur aku katakan, aku memohon untuk berpindah bukanlah untuk jawatan yang memberikan aku naik grade itu. Aku kecil hati dengan sikap pengurusan di tempat kerja aku.

Aku bersungguh sungguh bekerja namun tidak di nilai dengan baik oleh pihak pengurusan bahagian aku. Aku memang jenis lurus, jujur. Aku tidak sukakan budaya.mengampu seperti yang di buat oleh orang lain.

Pihak pengurusan terlalu teruk bagi aku, sehingga ada yang berbunyi seolah olah meminta aku mengampu diri mereka. Aku memang tidak pandai nak menipu lebih lebih untuk mengambil hati pihak pengurusan, aku takutkan di akhirat nanti, dipersoalkan kata kata mengampu itu tadi.

Ya, aku sering ke surau sewaktu bekerja, bukan lah cakap diri aku ni sempurna, cuma aku cuba jaga perkara wajib dalam agama aku. Kebanyakan staff yang aku jumpa di surau, adalah staff department lain. Department aku tak ramai yang jaga solat. Sedih aku.

Kesan nya, aku sering dipinggirkan jika ada perkara yang sesama staff sendiri baik dari segi tugasan atau lingkungan kawan.. aku sabar dan cuba lalikan diri dengan perkara ini, bagi aku, biarlah aku terlepas dunia yang penting akhirat aku cuba kejar.

Jadi bila di hari hari terakhir aku, ada juga majlis perpisahan jamuan makan potluck. Aku syukur sangat. Dapat lah hamper juga. Dan yang membuat aku benar benar menulis untuk luahkan ialah perasaan aku sekarang.

Aku tulis di semua whatsapp grup tempat kerja (ada 6 grup lebih kurang) yang aku minta maaf dan terima kasih pada semua..

Setelah menulis, aku cepat cepat left grup kerana tak sampai hati nak baca feedback staff lain nanti, bagi aku membuatkan aku sedih. Aku bukan lah nak bersifat sombong, cuma aku ingin mengelakkan drama berlebihan.

Bila dah left semua grup tempat kerja, aku benar2 rasa kosong. Sebab selama ini, ini lah life aku hampir sembilan tahun di sini. Aku harus cepat recover dan siap sedia untuk menghadapi cabaran di tempat baharu nanti.

Doakan aku ya pembaca semua. Terima kasih sudi luangkan sedikit masa baca tulisan luahan aku ni. Harap ada sinar di tempat baru.

– Badrul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *