Terima kasih admin.
Saya baru melangkah ke alam university. Dan hidup saya di universiti jauh berbeza dgn alam persekolahan. Zaman sekolah dulu, saya antra student yg ramai kawan dan mudah mesra dgn semua org. Cikgu2 mostly kenal saya . Saya ada kawan baik yg ada utk dgr masalah n complaint saya , kawan rapat yg almost everytime dgn saya, geng2 yg masuk dgn saya. Boleh ckp alam persekolahan merupakan satu yg sgt indah buat saya. Saya seronok utk pulang ke asrama sbb ada kwn2 yg best,yg hargai dan perlukan saya. Saya dikatakan idola buat mereka sbb academic bagus,pandai menghiburkan,sikap yg boleh masuk dgn smua org, sejahat2 kawan hingga ke kwn yg paling baik, semua sy berkawan, bukan jenis yg pandai tapi tak reti bergaul. Saya seronok ada kawan yg saya perlukan dan rasa diperlukan. Seronok apabila kita saling memerlukan
Tapi semua berubah bila ke university. Pada awal saya baik dgn semua org, dan saya ada beberapa kwn rapat baru . Tetapi sejak daftar asrama baru, masing2 agak terpisah. Kwn2 yg rapat dgn saya ada yg di bilik lain dan aras lain. Sy baik dgn rumet sy cuma dia bukanlah kwn yg rapat. Masing2 ada kwn rapat masing2. Tp saya terpisah dgn kwn2 rapat saya. Ada diantara mereka mendapat bilik yg sama.
Jujur, saya jenis yg perlukan kawan rapat walaupun seorang. Bagi sy, kawan rapat lah yg buat hilangkan rasa homesick, rsa bosan, dan bg smgt study. Tp sejak terpisah dgn kwn rapat saya, saya rsa terpinggir. Kadang diorang masak sama2 sbb satu bilik, beli brg sama2. Saya rasa mcm saya tak diperlukan lg .
Sy cuba utk cari kwn rapat baru, tp kelihatan semua dah ada kwn masing2. Dan ada yg selesa utk sentiasa berseorangan. Saya buntu. Saya tidak biasa berseorangan sbb bila berseorangan, saya mula homesick, takde semangat dan takde tmpat utk meluah. Dulu sy seorang yg sgt happy go lucky, tp skrg tidak lagi. Sy mula jadi pendiam dan tak bnyk kerenah. Saya sedih. Saya perlu kawan rapat yg saling memerlukan utk bagi support dan teman bercerita. Sy sedih bila tgk kawan2 keluar dgn kwn rapat, lepak sama2, sdgkan kwn rapat saya yg sy rapat pada awal, tidak memerlukan saya. Tapi satu perkara yg saya bersyukur, kwn2 saya wktu sekolah masih ada dgn saya sehingga skrg. Tp tidak boleh selalu contact kerana masing2 busy dgn activity masing2.
Setiap kali bgn pagi, saya sedih sbb rasa takde siapa hiraukan saya, ya roommate saya baik tapi dia sendiri sudah ada kwn rapat sejak awal. Kdg beli makanan sorg2, study sorg2. Saya cuba utk lepak di bilik kwn2 rapat saya dulu , tp hnya sekejap saja kerana tidak mahu ganggu study mereka. (saya sedih sbb rasa saya hnya lah seorang yg menumpang)(mereka jarang pergi ke bilik sy) . Jujur, diri ini perlukan kawan yg saling menghargai antara satu sama lain.saling memerlukan dan Saling bg sokongan. Saya tak tahu nk buat apa memandangkan surrounding saya disini, masing2 sudah ada kwn rapat yg sekepala. Academic saya merudum kerana hal peribadi ini. Sy perlu kwn utk bagi sy smgt study,study sama2 seperti di sekolah dulu . Sy tidak pernah mengadu hal ini kepada kwn2 kerana sy hanyalah seorang stranger dimata mereka. Harap kalian dpt bantu saya. Saya buntu. Hidup saya berubah 360. Saya bukanlah jenis yg memilih utk berkawan ttpi memandangkan semua sudah ada kwn sekepala sejak dari awal, awkward utk saya yg secara tiba2 mahu menyertai mereka , dan ada yg memilih utk bersendirian kerana lebih selesa, saya lost. Harap yg membaca ini membantu saya. Perjalanan saya di universiti ini masih jauh, ditambah pula dgn course yg tough, i really need one.
Saya tahu ada yg akan berkata, hidup ni kdg perlu utk kita jadi lone ranger, tetapi memandangkan saya jenis yg perlu support utk study dan sebagainya , mudah koyak, dan jauh dari fmly, saya sgt perlukan teman rapat . jauh di sudut hati saya, sy mahu kwn2 rapat saya tahu yg sy rasa dipinggirkan dan saya mahu kami saling memerlukan. Hampir setiap hari saya tidur bertemankan air mata, fikir sampai bila saya harus berseorangan utk satu journey yg full of challenges . Semoga allah merahmati setiap dari kalian yg cuba membantu dan mendoakan saya. Terima kasih!
(alangkah indah kalau jadi lelaki, tak pernah tewas utk hal2 emosi seperti ini, hehe #sisgurauje )
– Rose
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit