Salam semua. Aku Malang, umur aku 30 an, disini aku nak cerita perihal kisah aku semasa aku kecil.
Aku anak tengah tengah dari berbelas adik beradik, lelaki ramai perempuan sikit.
Kisah pertama aku, aku ni masa kecil memang bebas ke sana sini, sebab mak bapak jenis nak anak tapi tak nak jaga, dibiar kesana sini macam tak ada mak bapak.
Oh kami berbelas beradik ni, keluar je dari rahim dan kena cari makan sendiri ye. Mak pak tahu buat anak dan lahirkan je selain dari tu, pepandai la nak survive, dan saya survive.
Kisah 1.
Satu hari ni aku ada la ikut sorang lelaki aku namakan dia Amin. Amin ni da macam keluarga sebab dia selalu makan kat rumah kami. Aku ikut sebab aku ingat dia nak mandi laut, so aku follow je dia.
Masa sampai tempat yang dia nak mandi tu tiba tiba dia buka seluar, menampakkan alat sulit dia. Nasib baik masa tu kawan kawan abang aku nampak dan dia panggil suruh aku balik, aku pun balik.
Kisah 2.
Aku kan anak terbiar, aku masa kejadian pertama masa tu umur 7 tahun kejadian kedua pun tahun yang sama, duduk di setinggan.
Kisah 2 ni pasal jiran aku, dia ni memang jenis luaran orang nampak dia baik happy anak sulung pandai jaga adik. Masa tu dia da besar dalam tingkatan 4 /5, aku follow dia pergi bandar. Masa tu jalan kaki, sebab jarak rumah setinggan dengan bandar tak jauh.
Masa lalu kat area kedai, bertingkat, kawasan tu sunyi. Tiba tiba dia angkat aku, tutup mulut, dia londehkan seluar dan baring kan aku. Masa tu aku da tahu benda ni tak betul.
Masa dia nak londehkan seluar dia sebab masa tu pakai tali pinggang, aku terus lari laju laju. Aku pergi gerai nenek aku area situ tapi aku tak cerita. Allah selamatkan aku juga dikejadian kedua. Aku diamkan cerita ni sampai sekarang, keluarga aku tak tahu.
Kisah ke 3.
Ini pasal incest di tahun yang sama, memang tahun tough untuk aku. 3 kejadian, ni abang aku no 7, dia mungkin baru lepas tengok blue kat rumah kawan dia, dia terus balik, rumah memang tak ada orang sebab aku tak ingat kemana semua orang.
Abang aku panggil aku, aku pun pergi, lepas tu dia buat aksi tak senonoh kat aku. So da 2 kejadian aku lalui, ni pun konfirm tak betul. Aku terus lari laju laju keluar rumah, aku tak balik sampai ada orang dekat rumah.
Kisah ke 4.
Masa ni aku dah pindah sekolah dari borneo ke semenanjung, sebab duduk borneo, aku macam anak yatim piatu ada mak bapak tapi terabai. Kakak aku ambik duduk dengan dia dan sekolah. Sebab sebelum ni aku memang malas ke sekolah, sebab faktor kemiskinan yang tegar.
Bila di semenanjung, aku duduk sorang dengan abang aku no 5. Abang aku masa tu 18 tahun aku 12 tahun. Kakak aku kerja, masa aku pergi toilet, abang aku terus terjah pintu toilet dan cuba nak buat tak senonoh.
Nasib baik aku sempat tolak dan keluar rumah, macam biasa, aku melilau merayau sorang sorang sampai kakak aku balik.
Aku cerita tapi ajaib nya dia tak marah pun abang aku, dia senyap je. Aku ingat bila aku buka mulut adalah tindakan, sebelum2 ni kalau aku cuba nak cakap kat mak bapak aku, aku tak rasa dorang faham, rupanya kakak aku pun sama.
Kisah ke 5.
Panjang kan perjalanan aku. Abang yang sama, masa tu rumah ramai orang. Tapi dia punya berani, masa aku tidur, dia masuk bilik. Aku tidur dekat katil, dia boleh melancap kat kaki aku sambil tengok dalam kain aku. Aku terjaga terus aku keluar.
Nenek aku ada dekat ruang tamu, aku bagitahu nenek aku. Pastu nenek aku cakap kat kakak aku, no respon, padahal 2 kali dah aku kena. Yang kali kedua ni masa form 2, masa ni memang sial nyaaaaaa la, dalam rumah yang ramai pun masih berani ye.
Kisah ke 6.
Masa aku mandi, abang ipar aku skodeng aku. Hmmm aku nak bagitahu kakak aku? Malam sikit, jenis tak boleh hidup tanpa lelaki ni kalau aku cakap entah2 aku kena halau, macam biasa nenek suruh aku diam.
Kisah ke 7.
Aku dah masuk asrama, sekali sekala je balik. Oh abang aku yang buat cubaan dua kali buat benda tak senonoh tu dah balik kampung sebab nya? Anak sedara aku kena, baru kakak aku bertindak. Masa aku, adik dia yang kena, dia diam je. Masa anak dia kena 24 jam terus beli tiket hantar balik.
Ok kita sambung, so aku ni balik sekali sekala, ada satu cuti sekolah ni aku balik. Masa tu aku tidur dekat ruang tamu, aku pelik kenapa ada tangan ni, sekali aku sedar abang aku no 4 tengah pegang dada aku.
Sial nyaaaaaa, aku bangun terus masuk bilik dan aku terus doa, “ya Allah, kau matikan lah orang yang buat tak elok kat aku” sebab aku penat dah lalui semua ni.
Aku balik asrama, lama aku tak balik rumah sebab aku letih ketakutan. Sampai lah 1 hari masa nak buka puasa, kakak aku datang kat asrama. Pastu pergi hkl untuk pengesahan mayat, abang aku meninggal. Aku punya happy dalam hati, ya Allah terima kasih, aku da boleh balik rumah.
Penat kan, kenapa aku selalu jadi mangsa? Aku gedik? Pakai baju singkat? Tak ye, aku kat rumah pakai baju longgar besar dan seluar panjang.
Tapi Allah rezekikan aku badan jenis chubby dan dada besar ada punggung. Dari sekolah aku benci bentuk badan aku. Masa darjah 6 dada dah tumbuh besar. Aku benci, aku nak dada leper aku nak punggung leper orang nak panggil papan pun aku ok. Aku rasa selamat macam tu.
Sampai sekarang aku terfikir nak buat breast reduction tapi dekat malaysia tak ada, duit pun tak ada. Oh lagi satu, mungkin sebab aku ni diam tak berbunyi nampak bodoh bodoh so orang nampak aku ni calon sesuai untuk jadi mangsa.
Cerita selingan.
Rupanya adik aku pun pernah kena sekali je dengan abang aku no 7. Lepas tu dia cerita dekat nenek aku, nenek aku cerita dekat kakak aku.
Korang tahu apa balasan dorang? Dorang cakap adik aku gedik, taaaaaaak kan lah abang aku nak buat macam tu.
Sesungguhnya kakak aku ni pun tak boleh pakai, dia ada mentaliti macam nenek dan mak aku yang merajakan lelaki dan lelaki tak salah, aku ingat dia berbeza.
So aku sekarang dah kahwin, cuma dalam semua cubaan dan ujian aku, allah berikan suami yang menguji betul mental aku sampai aku tertanya, besar sungguh ke dosa aku.
Bila aku da jadi mental, perasaan aku tak valid, orang kata aku tak kuat iman, kuat tak dorang kalau diuji macam aku? Aku rasa mental juga kot
“Saya survive tapi dengan mental yang teruk”
– Malang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam wahai Malang yg dirahmati Allah. Saya doakan malang awak selama ini akan bertukar menjadi hikmah yg besar. Yg Allah ganjarkan dgn sebesar2 pahala. Dan semoga selepas ini Allah berikan awak bahagia yg tak putus². Syukur selama semua kejadian itu awak tidak [email protected] pencabulan berlaku. Syukur sebesar syukur di situ. Allah sygkan awak. Jgn bersedih lagi ya .