Terima kasih admin, jika cerita ni dapat disiarkan :)
Assalamualaikum & hai admin dan para pembaca sekalian. Aku selalu jugak baca confession dkt page ni. Hehe dan Aku tertarik dengan cerita sebelum ni, brkenaan tipu helah penjual produk kecantikan, sbb aku dh lama nak luahkan perkara yg sama tp berat je rasa..finally! Ada insan yg sama mcm aku. Ramai yg beranggapan kalau produk yg buat iklan telan kos puluh2 ribu ni, best kerja dkt office produk tersebut. Huhu jadi, aku cuma nak kongsi pengalaman yang ‘tak berapa nak best’ lah masa bekerja kerja di office minuman kesihatan secara online (xperlu mention nama lah eh, biarlah rahsia..hehe). Sbb apa tak best? Ni dia :-
menipu
Yes. Masa training, mcm2 pekerja baru sebagai consultant ni diajar untuk ckp dkt customer, harini hari terakhir promosi rugi tak beli. Padahal dr 1st day aku kerja sampai dh beberapa bulan pun, harga maintain sama je. Celah mana yg harini last promosi sgt tu?? keluar iklan sape nak stok percuma cepat contact no office. So brduyun2 laa yg nk stock free. Sape xnak benda free kan. Consultant ni pun gigih laa explain dkt customer kena beli 2 botol baru dpt yg free tu. Aku pernah kena marah dgn customer “dkt iklan ckp lain, ni ckp lain. Kalau kena beli tkpelah! Saya percaya apa yg dicakap sebijik2 dkt iklan, ni kena beli plak. Dkt iklan xde pun ckp kena beli”. Org tua weh. Serba salah kita ni ha. Bila sales xde, yg atasan ni marah consultant sbb kata kita x pandai twist! Kena marah customer tu dah biasa, tapi ak kesian sgt2 dgn org yg umur lebih kurang mak & nenek ak je. Sumpah rasa serba salah menyelubungi diri ini.. Hah! Trainer ada ckp ‘ni bukan menipu, ni ayat marketing yaa’. Kalau dah bg info x betul, tetap menipu. Kan? Org dungu je percaya tu. ayat marketing kalau x menipu tak sah. Mmg seronok kalau dpt achieve trget, tp bila fikir hari2 duk menipu org, hidup takkan tenang, tp taktau punca. Serius. Serba salah nak bg duit tiap2 bulan dkt parents. (btw, x semua org bisnes guna ayat marketing menipu ni , sebahagian je. Ada je org bisnes tp xde guna ayat untuk tipu menipu ni. Respect sgt!). Kadang trfikir jgk, sape lah yg reka ayat2 marketing mcmni.
kerja lebih masa
Dah lah trpaksa tipu, lepastu kena kerja lebih masa dan tak berbayar. Ya, tak berbayar. Sbb apa kena kerja lebih masa ? Sbb kena close sale banyak (achieve target). X achieve, xboleh balik. Masa interview huih manis je. ada shift. Dlm kontrak tulis digalakkan OT. Ni bukan galak, paksa adalah. Kadang aku fikir agak2 la sampai buat mcmni dkt pekerja.. Ak kesian dgn budak2 office yg da kawin, ada anak2, laki, bini. Hari2 9pm baru balik, kdg lmbt. Sabtu pun smpai 9pm kau tahu tak. Kalau ot tu dibayar kitorang ni ok je! Cari duit lebih kan.ini tidak. Prnah ada sorang budak ni ada mslh family, minta nk balik awal ikut shift dia yg sebenarnya (shift pagi, so balik office hour). Kau tahu org atas budak ni ckp apa? ‘tak achieve lg mcm mana nak balik awal”. Ya allah. Budak tu bukan x pernah achieve trget lgsg!
Call malam2.
Oh ya, aku ada terbaca 1 komen “bos mana yg hantu sgt tu buat meeting mlm2?’ dkt cerita pocong dkt ayer hitam di page ni jgk. Tgn ak da gatal je nk komen pasal tmpt ak keje ni. Huhu meeting dkt office ni ok lg. Kalau ada meeting mlm, xdelah smpai 11pm & keatas. Kalau ada pun tu org atasan je, bwhn xkena. Yg ni lain mcm sikit, pasal call customer mlm2 jual produk. Kau rasa? Org lain da balik keje nk rehat2 dgn anak bini, ingat nk beli & dgr penerangan psl produk?? Pernah ada yg kena stay smpai pukul 12am sbb kena jugak dptkan target! Sampai mcmtu sekali kan.. Korang fikir la sendiri bak kata nabil ahmad. Org kata bisnes ni x kira masa. Betul tu. Tapi jenis bisnes yg x kira masa ni, selalunya customer yg akan cari seller. Tp office ni seller yg call customer. Bg aku, waktu malam ni, waktu yg berharga untuk family. Yelah seharian bekerja, malam lah waktu nk spend time laki bini anak2. So kena hormat lah masa org lain. kalau call malam ni kebanyakkan nya x berminat pun
Kerja dkt mana2 @ apa2 kerja sekalipun, mesti ada tahap stressnya yg trsendiri, betul tak? Ada org atasan office ni, baru beberapa mggu masuk keje. Keje dia, Dia kena monitor consultant2 buat sales ni. Kalau sales xde @ sales kurang mmg dia la kena maki dulu. Nk dijadikan cerita, Doktor suruh dia amik cuti, sbb darah tinggi dia naik mendadak! Nampak tak? nak gelak ke nak simpati nih. Haha Ish ish ish. Tp betul lah , stress bila asyik kena push je. Kalau dah mmg xde nombor untuk consultant call, Kena push call nombor2 repeat order yg dah mmg sah2 org taknak order.
Dari pemerhatian aku, office ni terlalu byk sgt pekerja yg turn over (masuk keje kejap je, pastu hilang) sbb tak tahan. Mana tak nya, dalam kontrak lain, realitinya lain. Bukan x bangga dengan produk bumiputera, usahawan nya anak melayu. Tp please do something untuk elakkan dari terus menerus ramai yg masuk kerja kejap, lepastu choww takda khabar berita. Kata penubuhan office tu dah lama, takkan nak selamanya mcm ni kot kan?.
So peasanan dari insan yg kerdil dan lemah ni, bisnes apa pun korang buat, please jujur. Jgn sampai semata2 menipu sbb nak lariskan jualan. Mcm mana hasilnya nnt.. Berkat ke? Wallahualam.. Dan kalau ada bos, ceo office @ syarikat mana2 yg baca ni, ambik beratlah dgn staff2 anda. Paksa kerja xbayar ot, jgn ok!? Walaupun aku dah tak kerja dkt situ, aku masih lagi rasa bersalah dkt ex2 customer yg ak pernah gunakan ayat merketing (menipu) dekat diorang :( aku minta maaf sangat2..
Mintak maaf ya semua, kalau ada salah dan silap dalam cerita panjang lebar ni, atau penggunaan kata yang tidak menarik. Maklumlerr 1st time. Hihihihi
Sekian
-insan serba salah-
– Hannah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit