Indah Khabar Daripada Rupa

Terima kasih admin sebab siarkan penulisan cabuk ni. Assalamualaikum semua. Aku terpanggil bila terbaca cerita ‘Indah Khabar Dari Rupa’ oleh Hannah. Jadi tajuk aku pun lebih kurang jugak la ye. Nak cerita pengalaman di tempat kerja. Aku malas nak describe sangat dekat mana tempat ni. Nanti kecoh pulak..haha.

Kerja aku tak ada kena mengena dengan produk kecantikan tapi lebih kepada produk cenderamata di kawasan pelancongan. Alah, senang cerita, kerja aku ni jual gambar. Dari gambar, kami akan letak dalam album, mug, keychain, magnet dan macam-macam lagi. Contohnya, ada satu booth gambar di tempat masuk. Setiap gambar akan dihantar ke sales team di booth yang berdekatan dengan tempat keluar. Sebelum pelancong keluar, mereka akan tengok gambar-gambar yang telah siap diproses.

Dah kata pelancong, kebanyakkan mereka memang berduit. Kalau tak berduit, mana boleh bawak keluarga jalan-jalan kan. Yang kaya, kaya sungguh. Aku cerita ni bukan nak kata negara yang ekonomi bagus, nilai matawang tinggi yang sibuk beli cenderamata. Tapi orang-orang Asia Tenggara seperti Indonesia, Philippines dan lain-lain. Kadang-kadang, kalah orang Arab berbelanja. Beli gambar keluarga je dalam RM1300. Ye, bukan typo, seribu tiga ratus. Dari jauh boleh tengok yang mereka ni berduit. Aku ni buta brand, jadi tak pandai nak tengok orang tu kaya ke tidak. Tak semestinya bergaya, berpakaian kemas dan cantik tu berduit. Percaya tak aku pernah ada customer dari China beli gambar solo sampai RM750. Dia pakai selekeh je. Biasanya, solo traveller ni memang on budget. Tak beli sangat souvenirs ni. Tapi siapa kita nak judge kan. Bukan boleh nampak poket mereka tebal ke tak. Lain la kalau family yang bawak baby guna stroller jenama Stokke, paling murah di pasaran pun dalam RM 900 lebih. Boleh cecah sehingga RM6000 lebih. Tapi sebab mak zaman sekarang ni jenis yang terlebih membaca, anak-anak yang masih kecil terutama setahun ke bawah tak boleh guna flash langsung. Jadi, kadang-kadang beli, kadang-kadang tak. Macam mana nak beli kalau tak nak ambil gambar langsung kan? Alamak jauh pulak melalut. Kesimpulannya, semakin banyak gambar, semakin tinggi sales pada hari tersebut. Bergantung juga pada kualiti gambar yang diambil.

Berbalik kepada apa yang aku nak cerita, marketing kami tak la hardcore macam geng-geng jual produk kecantikan. Sebabnya boleh kata semua orang tak kisah nak bergambar. Kecuali sesetengah bangsa yang pernah ditipu semasa bercuti. Penipuan yang macam mana? Bila dah ambil gambar mesti beli. Modus kami tak paksa orang beli, tapi lebih kepada dapatkan seramai mungkin pelancong untuk bergambar. Di samping tu, cuba target orang-orang Arab, Indonesia, Philippines yang jenis bercuti bawak atuk, nenek, sepupu-sepapat, sedara-mara sampai la ke pembantu-pembantu domestik. Sebab apa, kalau mereka beli, mereka akan beli dengan banyaknya. Pernah satu ketika, waktu petang.. kami dah nak tutup. Datang keluarga Arab ni beli gambar sampai RM3000. Macam tak percaya kan?

Biasanya bila jumpa highly potential pelancong, sales team akan up sell kaw-kaw. Setiap barang akan naik harga dalam 18%-20%. Jika ada harga pakej atau bundle, memang tak ada la untuk mereka kan. Boleh kata, setiap pelancong yang datang tu beli dengan harga yang berbeza-beza. Ikutlah sales team nak bagi harga berapa. Jadi tak payahlah percaya bila jurujual tu cakap, ni harga promosi, harga paling murah ke apa ke.. Kalau aku, aku tak kuasa nak buat kerja up sell ni. Aku jual je ikut harga biasa. Kadang-kadang juling mata boss aku bila nampak aku bagi harga biasa. Selalu bagi signal suruh up sell. Aku buat muka tak bersalah je. Lagi satu, kalau dah hari-hari kerja menipu je, membelit je, jangan harap aku nak percaya kau cakap apa. Banyak-banyak manusia, aku susah nak percaya jurujual, bukan la nak kata semuanya penipu dan tak jujur langsung. Jangan sebab ‘ayat marketing’ kita jadi tak jujur. Antara ayat-ayat tak jujur yang kerap diguna;

Ni harga promosi untuk hari ni (padahal itulah harga standard. tak pernah naik atau turun pun)

Sebab encik pembeli pertama untuk hari ni kita bagi special discount (mana discount, kena up sell lagi ada la)

Sebab encik beli yang ni, jadi kita kasi lagi offer untuk encik (jurujual nak naikkan hasil jualan je, tak ada kena mengena nak bagi kau best price)

Jangan kembang semangkuk pulak bila dia kasi ayat-ayat yang aku kasi contoh tu. Pendek kata, berbelanja la dengan bijak bila pergi bercuti. Tu je nak cakap. Doakan aku supaya terhindar dari kerja yang macam ni.

-Flower Bloom

– Flower Bloom

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit