Indahnya Aturan Allah

Assalamualaikum..Firstly, terima kasih admin kalau siarkan cerita aku yg tak seberapa ni..kalau tak siarkan pun terima kasih jugak pada admin yg sudi baca..hehe..aku ringkaskan cerita ni seringkasnya..

Kenalkan, aku Ain..pada sesiapa yg rasa kenal siapa aku, senyap2 je ye..takyah la mention..shhhh..umur 31..aku nak cerita tentang takdir yg Allah dh susun untuk untuk aku..

Aku berkahwin pada tahun 2014..Alhamdulillah tersangat bahagia dikurniakan suami yg sangat sempurna di mata aku..tipu la tak ada gaduh langsung, ada tapi gaduh manja kata orang..kami diuji dengan zuriat..Allah tangguhkan zuriat untuk kami suami isteri..sebab rencana Allah terlalu indah..

Hujung tahun 2016 kami berhijrah ke utara..nak ubah angin kononnya..suami ditakdirkan dapat kerja kat sana..Alhamdulillah..nak dijadikan cerita, aku juga ditakdirkan mengandung pada bulan yg sama..AllahuAkbar..bahagia sungguh rasanya waktu tu..suami teruja sangat..apa aku nak, semua dia tunaikan..dia sangat menjaga makan aku..apa yg dia baca tak elok untuk ibu hamil,memang dia tak bagi aku makan..

Kami lalui hari-hari kami dengan penuh rasa cinta..sehinggalah usia kandunganku 28minggu..aku diuji dengan ujian yg sangat berat..suamiku kemalangan dan dijemput Maha Pencipta selepas lebih kurang 27jam berjuang..10hari sebelum ulangtahun perkahwinan kami yg ke4..gelap rasanya duniaku tika itu..kalaulah tak kuat semangat, rasanya berkali2 aku akan pengsan..tapi Alhamdulillah, aku kuat..betullah Allah akan uji pada hambaNya yg mampu..

Apa yg buat aku betul2 terasa indahnya aturan Allah bilamana ada sesuatu yg tersembunyi disebalik ujian berat yg menimpa aku..iddah untuk balu kematian suami adalah 4bulan 10hari jika tidak hamil..kalau aku tak hamil, iddah aku habis pada tarikh pertunangan kami..aku dijangka bersalin pada usiaku 31tahun 27hari, sama usia suamiku mendapat kehidupan baru..kebetulan kan?

tapi aku ditakdirkan bersalin ketika usia kandungan 36minggu 6hari..genap 2bulan arwah suamiku pergi, lahirlah zuriat arwah keesokan harinya..
21/1 arwah suami kemalangan..22/1 arwah dijemput illahi..23/1 arwah dikebumikan..21/3 aku turun tanda..22/3 kena induce..23/3 lahirlah pengganti arwah..mungkin kebetulan tapi bagi aku tersangat indah takdir hidupku..

Apa yg aku nampak, arwah selalu mempermudahkan urusan orang, Allah takdirkan urusan pengebumian arwah juga dipermudahkan..arwah tak pernah buka aib orang, aib arwah juga dijaga Allah..arwah baik dengan semua org, ramai kawan2 arwah yg melawat arwah..arwah suka bersedekah, ramai yg beri sumbangan pada aku dan keluarga..

Mungkin berkat doa dr semua, Allah permudahkan segala urusan aku..arwah juga tinggalkan kawan2 sekerjanya yg baik2 yg dah menjadi kawan aku juga..dengan ujian yg menimpa aku, aku kenal siapa sebenarnya kawan..tak sangka aku punya ramai kawan yg bagi kata2 semangat dan mendoakan aku..terima kasih ya Allah..arwah terlalu baik..sesungguhnya kehilangannya memang takkan ada pengganti..damailah engkau di sana sayang..al-Fatihah..

Itu je lah yang aku nak cerita..banyak lagi tapi macam tak penting je yg lain tu..hehe..mungkin biasa bagi orang lain, tapi indah bagiku..jadi, sesiapa yg diuji, cuba positifkan diri..yakin ada hikmah yg tersembunyi..apa yg aku selalu sematkan di hati “when Allah say YES, nobody can say NO”.. ingat, kun fayakun..terima kasih pada yg sudi baca sampai sini..Assalamualaikum..

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *