Salam semua pembaca. Nama aku siti (bukan nama sebenar) . Umur aku dalam lingkungan pertengahan 20 an . Apa yang aku nak kongsi dekat sini adalah kisah diri aku sendiri. Btw, terima kasih admin kalau confession ini disiarkan. Harap dapat memberi pengajaran dan manfaat kepada pembaca.
Ceritanya bermula begini. Aku ni boleh dikatakan seorang anak yang baik. Kira nak kata melawan mak ayah tu memang tak lah. Aku juga ada background agama yang baik atas didikan yang mak ayah aku berikan sejak dari kecil. So, secara ringkasnya bab aurat aku jaga. Solat aku jaga. Mengaji selalu and selalu jugak bangun tahajud.
Jangan kecam aku cakap aku riak. Sebab aku nak bagi gambaran menyeluruh sahaja. Sebab itu semua DULU. Ya, dulu. beberapa tahun yang lepas sebelum aku bercinta. Nak di jadikan cerita, aku mula buka hati aku untuk seorang lelaki. Lelaki yang memang baik (secara luaran lah). So memang kami bercinta lah. Then after 1 tahun selepas tu, aku tak sedar yang aku mula berubah.
Solat aku kurang khusyuk. kadang-kadang tinggal solat. Lepas solat cepat je lipat telekung. Aku jugak dah tak nak minta izin mak aku sebelum keluar dengan lelaki tu sebab mak aku asyik larang. So, aku selalu dating tanpa pengetahuan dia. Aku da kurang baca alquran, takde dah solat tahajud and so on. Kadang-kadang, aku sedar apa yang dah jadi dengan aku. Dan aku selalu berdoa ‘kalau dia jauhkan aku dari Kau, pisahkan aku dengan dia’ . Tapi, hubungan kami kuat je. Kadang-kadang aku tertanya apa sebenarmya yang Allah rancang untuk aku. Kadang-kadang fikiran aku serabut sebab aku banyak dengar tazkirah and baca yang kalau seseorang tu bawa kita jauh dari Allah, jauhkan diri dari dia. Tapi, aku tak mampu buat macam tu.
Sebab aku fikir, dah buat dosa sama-sama takkanlah sebab nak berubah jadi baik aku tinggalkan dia. Lagipon, ramai kawan-kawan baik aku yang tinggalkan aku bila mereka nak berubah jadi lagi baik (pakai tudung labuh n so on) . So, aku tahu perasaan sedihnya tu. Tapi, bila aku tak tinggalkan dia, aku selalu gagal untuk berubah menjadi aku yang dulu.
Sehinggalah suatu saat yang mana kami masing-masing dah matang. Kami fikir nak hubungan yang lebih diberkatiNya. So kami masing-masing cuba berubah. Aku cuba untuk buat semula macam dulu. Yes. Sehingga sekarang kami masih berjaya. menjadi lebih baik. mengingati antara satu sama lain. Kadang-kadang, dulu aku selalu wonder, kalau lelaki tu teruk kenapa Allah temukan kami sedangkan Dia tahu yang aku akan berubah. Tapi sekarang, aku dah ada jawapannya.
1. Bila sekarang aku dah ada dosa yang aku merasakan diri aku teruk dengan dosa tu, Doa aku, solat aku, sujud aku lebih bermakna. Sebab dulu, kadang-kadang aku rasa aku ni baik. sebab aku takde buat maksiat macam orang lain. Mungkin ada jugak perasaan riak wujud dalam diri aku yang aku tak sedar tapi Allah itu Maha Tahu.
2. Bila aku penuh dengan dosa, aku tak membanding diri aku dengan orang lain memikirkan siapa yang lebih baik. Malah aku lebih risaukan diri aku bagaimana untuk survive di akhirat sana.
3. Setiap hari aku makin menyayangi lelaki itu kerana kami sama-sama sedang cuba untuk berubah kembali ke jalan yang diredhai. Aku jugak tak pernah teringin berjumpa dengan lelaki yang lebih baik sebab aku sedar tahap diri aku.
4. Hubungan yang dibina semakin kuat kerana berkatnya. Aku bersyukur kerana berjumpa dengan orang yang boleh berubah sama-sama dengan aku kerana aku tahu kami punyai tujuan yang sama iaitu bersama sehingga ke akhirat sana.
Kesimpulannya, tiada satu pon yang Allah dah rancangkan untuk kita itu sia-sia. Dulu aku menyesal jugak jatuh cinta dengan orang yang salah. Tapi, sekarang tak lagi. sebab sekarang aku lebih rasa manisnya ibadah aku. So, korang kat luar sana yang rasa pasangan korang tu teruk ke apa..try check dulu diri korang. Sebab pasangan itu cerminan siapa diri kita. Kalau korang tengok dia teruk, ubahlah diri korang dulu nescaya perkara yang baik akan datang. And, kalau betul sayang daripada tinggalkan pilihlah untuk berubah bersama-sama.
Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku dan pasangan dapat mencari serta mencapai redhaNya.
– Hamba pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit