Indahnya Berumahtangga

Assalamualaikum. Terdetik nak confess kat sini sebab rasanya follower iium confession ni ramai yang muda -muda.

Straight to the point akak sebenarnya nak bagi tips sikit untuk pasangan yang nak mendirikan rumah tangga. Tak kisahla kau bercinta bertahun tahun ke atau baru setahun jagung ke atau semalam bercinta terus decide nak kahwin.. Ni akak nak pesan!

Jangan pernah ada high expectation pada pasangan kau. Serious ni. Kau just go with the flow jelah. Yang mana baik sama-sama kekalkan yang tak baik sama-sama tegur dan ubah.

Akak bagi contoh kau bercinta 5 tahun ,bercinta bagai nak rak sweet tahap potong kaki. Tapi lepas kahwin rupanya pasangan tak ada gula langsung siap dapat habit berak tak flush tidur berdengkur volume 10 tiada lagi kata kata manis dan manja bagai tu.. Hah korang jangan meroyan dik! Bukan pasangan kita berubah tapi dia sedang menunjukkan siapa dia yang sebenar.

Menyesal? Tak guna dik non! Terima saja. Tapi bukan bulat-bulat je. Benda selagi boleh bincang cuba berbincang sehabis daya. Dah tak berdaya kau pergilah pejabat agama try kaunseling pulak. Ingat jangan sampai meroyan tau!

Sebab itu perkara paling penting dalam memilih pasangan ialah agama! Carilah yang jaga agama. Jangan ingat panas tu berpanjangan. Nanti hujan ditengah hari kau tak tahu mana nak berteduh.

Orang yang jaga agama ni seburuk buruk dia inshaaAllah dia boleh u turn semula ke jalan yang benar. Hakak tak suruh kau tinggal bf /gf kau yang nan hado pastu kau pergi cari ustaz/ustazah.please fahamkan disini yang jaga agama. Kaki futsal ke gamer ke kaki ig ke kalau dia jaga agama kenapa nak cari lain?

Ingat perkahwinan bukan untuk sebulan dua. Setakat bini kau tak reti masak bini tak boleh mengandung laki tidur lasak laki malas tolong buat kerja Rumah.. Benda boleh settle tu. Jaga agama lepastu inshaaAllah boleh control marah control emosi kuat jiwa dan mental.

Macammana pulak kalau dapat yang dulu berlakon macam alim rupanya perangai syaitonirrojim. Okey kat sini dah jadi antara kita dan Allah. Allah aturkan sesuatu bukan saja-saja. Kita lah pulak main peranan didik bimbing pasangan selagi boleh. Tak boleh dah?? Pergi kepada yang pakar. Ingat! Jangan meroyan taw dik!

Semoga adik -adik yang ingin berumah tangga dapat pasangan yang terbaik dan bahagia hingga syurga. Ingat taw, selagi pasangan tak membelakangi agama tak mensyirikkan agama tak bertentangan dengan agama ,kita just except whoever he/she is. Selalu lah berdoa moga Allah datangkan jodoh yang baik dan keluarga mertua yang baik. Penting tu!

Peringatan terutama kepada isteri/bakal isteri.. Kalau marah suami @ tak puas hati dengan suami jangan bersuara ketika marah. Kau pergilah main dengan anak ke main masak masak ke main tidur-tidur pun boleh atau lebih afdhol ambil wudhu’ solat atau baca quran atau zikir. Haa.. Jangan lepas masa api tengah membara.ibarat curah minyak petrol dalam bara api.. Lelaki is egoistic! That’s the fact. Cara terbaik nak lepaskan apa terbuku di dada.. Tunggu dua-dua dah tenang baru on hati ke hati. Jangan sesekali kita kalah dengan permainan syaitan.

Tapi kalau suami makan luar ( faham kan?) or nak tambah cawangan. Akak pun tak setuju. Hahahahaaha.. Panjang gelak kalau bab bermadu ni sebab kebanyakan kes nak bagi madu pada isteri tapi ada seorang pon tak berapa mampu. Opss! Ingat yang penting jaga agama. Kalau suami faham konsep bermadu dalam islam inshaaAllah hidup berpoligami ni sebenarnya indah.

Panjang pulak kan. Selamat pengantin baru kepada bakal pengantin dan pengantin lama macam akak selamat jugakla melayari bahtera. Selamat selamat!

– Akak Akak sangat ~

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit