Assalamualaikum, firstly saya nak ucapkan terima kasih admin sebab sudi siarkan perkongsian saya yang tak seberapa ni. Moga menjadi panduan kepada saudara-saudari yang rajin membaca confession ni.
Saya bukanlah insan yang baik dan sempurna, tapi saya sedang berusaha untuk ke arah kebaikan walaupun tidak sesempurna mana.
Sebenarnya dah lama saya dengar tentang keindahan keajaiban solat sunat dhuha & tahajjud ni, tapi entah kenapa hati ini lambat betul terbuka untuk mengamalkannya.
Semasa di pengajian tinggi 12-16tahun lepas, saya mempunyai beberapa teman, result memang power. Tengok cara mereka study takdelah rajin sangat, tapi selalu dapat Dean List. Cemburunya rasa hati ini. Bila diselidiki, rupa2nya mereka sentiasa amalkan solat dhuha. Solat tahajjud wallahu’alam. Mungkin diorang rajin amalkan juga kot sebab saya memang tak rajin bangun malam masa tu, so tak nampaklah kan..
Agaknya hati ni gelap sangat, saya ni susah betul nak amalkan solat-solat sunat ni. Tu sebab dapat result biasa2 je. Walaubagaimanapun, alhamdulillah berjaya juga saya tamatkan pengajian dengan 2nd class.
Mula-mula saya terbuka hati nak amalkan amalan2 sunat ni lepas saya dapat job ke3 yang agak stabil, tapi jodoh tak sampai2 lagi… Siapa yang tak risau. Umur dah nak cecah 30. Family dan sanak saudara asyik bertanya bila nak kahwin. Kawan2 rapat saya pun kebanyakannya dah beranak pinak.. Cemburu lagi rasa hati ini…
Entah macammana Allah gerakkan hati saya yang lemah ni untuk amalkan solat2 sunat & amalan2 sunat yang lain. Alhamdulillah dapat istiqamah melaksanakan solat dhuha setiap hari. Solat tahajjud, alhamdulillah walaupun tak dapat setiap hari, ada juga lah saya menangis mengadu padaNya malam2 hari.
Saya mengaku, saya yang dulu banyak dosa padaNya. Menangis sedu sedan mohon Allah ampunkan dosa saya dalam setiap solat taubat.
Apa yang saya belajar, sebelum kita berdoa meminta apa yang kita hajati, kita hendaklah membersihkan diri dan hati kita dari segala dosa sama ada besar, kecil, nyata ataupun tersembunyi, sengaja atau tidak.
Mula2 saya solat dhuha, saya cuma berdoa ikut macam lagu kumpulan UNIC tu. Dah beberapa lama rasa tenang dapat amalkan solat2 sunat ni, Saya tambah dalam setiap doa saya (2hajat utama);
1) saya berdoa agar dikurniakan suami yang baik & kaya yang mampu menyara saya dan anak2. Saya nak berumahtangga dan memiliki serta menjaga zuriat saya sendiri. Hati kecil saya selalu berkata, Kalau dah ada dapat jodoh kelak, saya taknak tunang lama2.
2) saya mohon juga agar segala hutang piutang saya selesai sebelum saya berumahtangga. (Masa tu saya ada pegang 2kredit kad, hutang 1kereta perodua-ikat 9tahun) bila pikir bab hutang2 ni, memang tak tenang hidup, tak lena tidur)
Untuk pengetahuan semua, pekerjaan saya yang ke3 ni saya dapat bertahan hampir 6tahun (walaupun kerja kilang je milik cina singapore). Alhamdulillah merasa juga 2x naik pangkat & hampir setiap tahun ada kenaikan gaji. Alhamdulillah cukup makan, simpanan dan belanja famili selalu. Serta menjadi orang kepercayaan majikan saya.
Namun, Dalam pemikiran saya, sampai bila saya nak duk makan gaji, dengan org asing pula tu. Dah kahwin dan beranak pinak kelak, xkan nak pergi kerja tinggalkan suami dan anak2 kan. Saya nak ikut jejak langkah arwah mak saya, besarkan sendiri anak2 dgn jadi surirumah sepenuh masa. Sebab tu saya simpan & mohon 2hajat utama tu. Tambahan lagi saya teringin nak usahakan perniagaan saya sendiri.
Alhamdulillah… Syukur sangat2… ALLAH maha baik… Sangat2 baik…
Apa yang saya hajati pun dah tercapai sekarang.
Saya diperkenalkan dengan suami saya(dirancang oleh seorang kenalan- sebab saya ni jenis tak reti berkawan dgn lelaki) sebab tu saya lmbat jodoh agaknya…
Syukur Alhamdulillah, hajat saya nak lelaki kaya(punya perniagaan sendiri walaupun milik famili beliau) & baik(Alhamdulillah, beliau pun jenis xpandai berkawan dgn perempuan). Sehingga sekarang kami solat jemaah & mengaji bersama.. Alhamdulillah. Doakan moga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. Amin.
Syukur Alhamdulillah, kami cuma berkenalan 3bulan, bertunang cuma 4bulan sebelum bernikah. MasyaAllah,memang seperti yang diimpikan.. Baiknya Allah yang maha Mendengar permintaan hambaNya. Lepas 10bulan kami dianugerahkan cahaya mata yang pertama. (Kini dah memiliki 3cahaya mata, dan pernah keguguran, moga mereka disana menanti & menyambut kami masuk ke syurga bersama2, amin…)
Syukur Alhamdulillah juga, macam tak percaya hutang piutang saya dapat diselesaikan sebelum saya bernikah. MasyaAllah, ajaibnya Allah Maha Kaya… Dia maha memberi kepada hambaNya yang meminta padaNya…tapi dengan cara yang tak disangka2 (seperti dalam ayat seribu dinar- ayat ni juga saya selalu zikirkan di samping zikir2 harian yang lain)
Allah tarik kereta saya selama2nya (kereta saya total lost dalam satu kemalangan jalan raya…Sedih memanglah sedih, sebab itu kereta pertama saya beli dgn titik peluh sendiri dan baru je renew roadtax pertama(baru guna setahun) Tapi bila fikirkan hikmah disebaliknya, saya tak perlulah menanggung hutang selama 9tahun. Syukur alhamdulillah… Insurans tolong langsaikan hutang kereta saya. Syukur juga tiada nyawa terkorban dalam nahas jalanraya tersebut.
Magicnya, Kad kredit saya pun ditarik balik (saya dapat langsaikan semua hutang kad kredit saya) alhamdulillah… Serta merta saya suruh banker tu potong kad kredit saya… Hihi.. Tapi 1 je saya potong. Lagi 1 saya keep untuk kecemasan masa hadapan) moga kuat semangat saya tak tergunakannya pada saat2 xcemas. Amin..
SYUKUR PADA ALLAH, zero hutang sebelum bernikah. Saya pun berjaya meletakkan jawatan saya 2minggu sebelum majlis pernikahan berlangsung. Mudahnya Allah bantu mudahkan urusan hambaNya yang lemah ini.
Alhamdulillah, sampai sekarang saya cuba istiqamah dgn amalan solat dhuha dan tahajjud(walaupun kuat dugaan & cabarannya dalam alam rumahtangga ni) doakan moga Allah kurniakan kami khusyuk,ikhlas, dan istiqamah dalam beramal kepadaNya.
Kini, saya bantu suami menguruskan perniagaan beliau dan dapat menjaga & mendidik sendiri anak2 seperti yang diidam2kan. Alhamdulillah.
Akhir kalam, disamping kita bersyukur dengan nikmat yang kita miliki, jangan kita lupakan saudara2 kita yang tertindas di luar sana. Marilah sama2 kita doakan agar saudara seislam kita terutamanya di Aleppo, rohingya, palestin dan Malaysia serta di mana sahaja diseluruh dunia agar Allah rahmati kita semua dan diselamatkan dari kejahatan musuh2 islam.. Mari kita sampaikan doa ini dalam setiap tahajjud kita…moga Allah makbulkan.. Amin…
Terima kasih kerana sudi baca perkongsian saya ini. Bagi semua pembaca terutamanya yang mendoakan dan mengaminkan doa2 diatas, Saya doakan yang lebih baik lagi Allah kurniakan buat kalian. Amin..
Sekian. wassalam
– fee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit