Assalamualaikum Admin & Para pembaca yang baik serta budiman. Moga Allah merahmati & memudahkan segala urusan kita semua duniawi ukhrawi
Maaf sangat2 buat siri ke 3 & thanks admin sebab approved. Sebab nak sambung sedikit lagi perkongsian mengenai tips2 yang pernah saya amalkan untuk lancarkan rezeki & mudah setiap urusan. Cumanya, ingin saya tekankan di sini, memang Allah berjanji kepada hambaNya yang meminta padaNya, pasti akan ditunaikan. Cuma masanya tu, cepat atau lambat je. Kita yang meminta ni kena banyak sabar lah.
Seperti pengalaman saya lambat jodoh. Jodoh, pertemuan, maut dan ajal tu kan pasti tiba, masanya Allah je yang tahu. Tak salah kita minta percepatkan jodoh. Tapi, masyaAllah percaturan dan rencana Allah maha maha hebat. Allah bagi saya pasangan di saat saya well prepared-dari segi mentally, physically & financially. Alhamdulillah.
Kadang2 saya terfikir, andainya saya kahwin cepat(muda) dalam keadaan belum benar2 bersedia, tak cukup matang, hutang bertimbun dsb. Macammana saya nak hadapi alam perkahwinan yang lebih-lebih lagi hebat cabarannya kan… Allah memang maha mengetahui had kemampuan hambaNya yang lemah ni. Syukur sangat2.
Benarlah, setiap apa yang berlaku memang ada hikmahnya yang Allah sediakan. Tinggal lagi kita sebagai manusia yang berakal diberi pilihan untuk berfikir hikmahnya dari aspek positif.
Untuk tidak menyimpang jauh dari tajuk asal, suka saya nak share hikmah lain yang saya dapat dgn amalan sunat dhuha dan tahajjud yang hebat ini. Macam yang kita sedia maklum, Allah bukan sahaja bagi rezeki dalam bentuk wang ringgit dan kemewahan fizikal.
Lepas kahwin ni saya ada kenal si A & si B yang berkawan rapat semasa belajar di satu kolej. Entah macam mana mereka bertemu jodoh dengan dua bersaudara, abang dan adik, maka menjadilah mereka biras sesama mereka.
Dipendekkan cerita, disebabkan satu insiden, mereka tak bertegur sapa selama lebih setahun sejak si B berkahwin. (Si A berkahwin dgn C, si abang sulung, si B pula berjodoh dgn D, si adik. Saya yang jadi orang tengah ni mendengar cerita & keluhan kedua2nya. Apa masalah mereka tu xpenting di sini. Setelah lama xbertegur sapa, si B cuba nak berbaik-baik dgn si A. Tapi si A ni egonya tinggi melangit. Sulit juga saya nak menyatukan kedua pihak ni. Puas saya nasihatkan kedua2nya,macam2 cara saya cuba, namun masih xnampak jalan penyelesaian disebabkan ego je.
Jadi, saya minta bantuan Allah yang maha menyatukan. Saya pohon dalam setiap doa selepas dhuha dan tahajjud. Saya sedeqahkan al fatihah dulu kepada keduanya. Then mohon agar Allah menyatukan kedua hati ini seperti sediakala. Sambil2 tu saya berusaha juga memujuk si A supaya berlembut/ berbaik dengan si B. Ya, sesungguhnya Allah lah yang memegang hati2 kita, Dia juga Ya Latif(maha pelembut) yang melembutkan hati2 yang keras… Sahabat berdua ni pun saya ajak buat sama2. Doa sama2. Maha suci Allah, dengan kuasa Allah, setelah sekian lama, akhirnya mereka berbaik semula. Menangis saya.
Saya memang terharu sangat dgn kuasa Allah. Saya sedar kerdilnya diri ini. Bukan nak kata doa saya makbul sebab saya rajin solat sunat ni. TAK. Saya cuma hambaNya yang lemah lagi hina. Saya cuma ikhtiar sebaiknya je. Hasilnya semua atas rahmat dan kasih sayang Allah. Dia nak kasi, Dia kasilah. Saya menangis mengenangkan kebaikan Allah. Sebab tu saya kata, dhuha ni bukan untuk rezeki je. Macam2 kita boleh minta, Allah yang maha baik akan bagi jika itu yang terbaik buat kita. Jika Dia tak bagi tu, sila jgn sedih ya. Pasti Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat kita, Dia telah sediakan yang lebih baik untuk gantikan apa yang kita minta. InshaAllah.
Sejujurnya, di saat saya menaip confession ni, saya tersenyum gembira dan menangis terharu dapat sebarkan dan kongsikan kebaikan2 kepada pembaca budiman diluar sana agar sama2 dapat mengamalkan yang baik2 yang Allah dan rasulNya anjurkan. Doakan agar kita semua dapat terus istiqamah dijalanNya yang penuh liku ini.
Semua sedia maklum, hidup ni memang tak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Perkahwinan & perniagaan kami pun ada pasang surutnya. Saya anggap itu semua ujian yang menunjukkan kasih sayangNya pada kita. DIA nak tengok cara kita handle semua masalah dengan bergantung sepenuhnya padaNya. DIA nak kita selalu mengadu padaNya setiap kali sujud semasa tahajjud. Maha baik Allah… MasyaAllah.
Sebenarnya saya tak pernah ceritakan masalah peribadi, keluarga dan perniagaan kami kepada sesiapa pun even keluarga saya sendiri. Hanya padaNya tempat saya mengadu. Di sini saya bukan nak mengadu, cuma ingin berkongsi rasa je. Sebab tu saya pilih untuk confess di sini. Terima kasih kepada semua sudi membaca perkongsian saya ini.
Macam yang pernah saya beritahu sebelum ni. Suami saya mewarisi perniagaan keluarganya. Beliau memang sejak dahulu hidup senang dan tak pernah hidup susah. Tak seperti saya yang pernah berhempas pulas mencari rezeki menimba ilmu dengan berkuli bagai.
Jadi jangan ingat senang berkahwin dengan lelaki kaya ni sebenarnya. Hehehe… Saya pun bukannya bersenang lenang goyang kaki lepas kahwin. Saya kena berusaha juga untuk kemaslahatan saya dan anak2.
Benar bak dikata, lelaki diuji disaat dia memiliki segalanya. Lepas setahun kami berkahwin, bapa mertua melepaskan perniagaan sepenuhnya kepada beliau tanpa sebarang campur tangan. Beliau tolong bapanya pun sejurus selepas habis SPM (lebih 10tahun). Saya lak, lepas SPM, sambung ngaji 4tahun. Bukan nak kata saya pandai sangat. TAK Sama sekali. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan akal dan sedikit kebijaksanaan yang boleh saya gunakan dalam perniagaan dan kehidupan ini. Ini semua milik Allah, bila2 masa je Allah boleh tarik balik nikmat ni kan.
Balik semula kisah perniagaan beliau ni. Allah uji lepas kami urus sendiri sepenuhnya perniagaannya. Entah macam mana beliau menyatakan hasrat nk beli kereta kecil(2nd hand je). Beliau memang dah dikurniakan dari bapanya sebuah kereta yang agak mewah juga masa tu. Tapi alasannya kononnya sayang nak dibawa jalan2 jauh. Kami selalu juga pulang ke rumah abah saya, pun sebenarnya tak jauh sangat, cuma lebih kurang setengah jam je dari rumah parent beliau. Saya ni jenis tak kisah, ikut je keputusan beliau. Apa yang baik, saya turutkan. Lau nampak tak baik memang saya argue.
Alkisah, selepas dapat kereta kecil 2nd hand tu, rupa2nya beliau memang dah lama plan nak modified kereta tu. Jadinya, banyak juga modal dihabiskan untuk modified kereta aje. Mana nak dapat modal kalau bukan dari perniagaan kami ni kan. Saya tak tahu nak cakap apa sebab beliau macam lupa diri lepas urus sendiri perniagaan ini. Saya sangat sedih, perniagaan pula semakin merosot sebab tak dapat pusing modal.
Tapi saya berusaha juga tolong pulihkan perniagaan kami dgn tambahkan modal sedikit dari simpanan saya masa kerja dahulu. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perniagaan kami pulih seperti sediakala.
Memang Allah je tempat saya mengadu masa tu. Saya cuba think positively. Nasib baiklah beliau cuma habiskan duit kat kereta je. Bukannya berhabis ke perempuan lain atau buat beli benda yang bukan2 dsb. Na’uzubillah…
Saya cuba cari point2 positif lain yang boleh timbulkan kesyukuran pada kurnia Allah yang maha baik. Beliau memang baik, tak lokek dgn saya dan anak2. Tak pernah berkasar apatah lagi memukul saya. Makan pakai saya terjaga. Banyak lagilah yang baik2. Syukur sangat2. Beliau sentiasa menjaga kebajikan ibunya yang uzur. Itu point yang boleh saya terapkan dalam mendidik anak2 saya agar mereka juga menjadi seperti ayahnya kelak. Bila fikirkan yang baik2 inshaAllah hati kita tenang dan fikiran kita pun sentiasa positif je.
Saya dapat tips ni dari ustaz Ebit Lew untuk amalan tenang hati bila dilanda musibah. Saya amalkan surah at taubah 2ayat akhir. MasyaAllah.. Kesannya memang sangat menenangkan. Di samping itu mudah dan lancar je rezeki yang Allah nak beri. Beliau ajar baca 7x pagi, 7x petang. Tapi saya baca je banyak kali. Tak salah kan? Pahala pun lebih kan.
Macam perkongsian dari seorang pembaca, mengenai istighfar. Tiap2 hari saya istighfar mohon Allah ampunkan segala dosa & khilaf saya serta ahli keluarga saya. Di samping berselawat ke atas nabi. Tiap2 hari tanpa missed. Tanpa mengira waktu. Ada masa sibuk kadang2 terlalai juga. Maka, saya pasangkan zikir n ayat al quran di laptop. Jadi lidah ni mudah terikut nak berzikir. Ya Allah.. Benar bak firmanNya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Memang rasa sangat2 tenang, walaupun ditimpa badai dan masalah yang berat. Saya selalu cakap dengan diri saya, Allah maha besar berbanding masalah duniawi yang kecil ini.
Sedikit coretan tambahan, kami sekeluarga baru je berjinak2 nak hidupkan amalan ta’lim selepas isyak (pun atas saranan ustaz Ebit Lew). Tapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Mohon doa dari kalian agar kami dapat istiqamah ye.
Sedar tak sedar banyak juga saya taip ni ye. Yang baik semua dari Allah. Saya ni cuma hamba yang kerdil lagi hina. Jika ada yang terasa dgn penulisan ini saya mohon maaf atas segala kekhilafan diri ini.
Cukuplah sampai disini, Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada diri kita semua. Didoakan agar kita semua dapat istiqamah melaksanakan amal ibadah kepadaNya. Amin..
Sekian, salam sayang dari fee.. Moga bertemu disyurga kelak. Amin…
Wassalam.
– fee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit