Salam. Nama aku Saerah (bukan nama sebenar), berumur 24 tahun dan baru sahaja tamat degree bulan Mei yang lalu. Sebelum ni, aku pernah juga hantar satu confession dekat IIUM Confession mengenai aku kena extend satu semester masa aku last sem nak habiskan degree.
Aku pun tak tahu nak mula dari mana sebenarnya, tapi takpelah. Sepatutnya hujung bulan 12 tahun lepas merupakan tahun akhir pengajian aku. Tapi disebabkan kecundang satu subjek pada semester lepas, aku kena extend untuk satu lagi semester memandangkan subjek ini takde sub-paper & diwajibkan untuk menghadiri kelas. Aku yang tengah praktikal masatu, terpaksa balik ke kampus dan habiskan pengajian aku, dan dikehendaki untuk memulakan praktikal pada semester baharu yang akan datang. You know what i feel?
Aku rasa kenapa aku mesti ada repeat paper saat-saat hujung pengajian aku ni? Aku punya lost dengan diri sendiri tu tak payah cakaplah. Murung teruk. Macam orang tak betul pun ada gak. Yelah, kita dah plan macam-macam dah untuk diri kita. Kejap lagi, tup tup kena extend lagi satu semester. Hm i’m lack of motivation. Sampai satu tahap, rasa macam diri ni useless betul. Aku jadi marah dengan semua benda.
Masatu, aku punya kecewa tak payah cakap. Duduk dalam bilik pun menangis, sebab fikir nak jawab apa dengan mak ayah, pakcik makcik semua. Yelah, orang semua tahu kita dah nak habis belajar masatu, eh tetiba kena extend semester pulak. Kiranya, classmates aku semua grad on time lah, aku dengan ada beberapa orang kawan je yang tak lepas. So, kitaorang ni pun teruskan lah hidup macam biasa dengan perasaan yang tak macam ada takde je masatu.
Habis satu semester untuk kelas (untuk satu paper sahaja), then ada lagi satu semester untuk buat praktikal balik semula. Kiranya awal bulan Februari haritu, aku start praktikal kat negeri aku. Fyi, aku belajar kat Selangor dan asal daripada Johor. Kiranya masatu, adalah sorang dua classmates yang sanggup bagi semangat kat aku, tolong tenangkan aku, suruh sabar. Masa macam ni, aku syukur sangat ada jugak kawan-kawan yang boleh ada sama-sama dengan aku. You know, kawan-kawan yang baik dan supportive ni pun satu bentuk rezeki dari Tuhan.
Dalam masa aku hujung-hujung nak habis praktikal tu, aku pun sambil-sambil cari kerja jugak. Hari-hari balik kerja mesti mengadap laptop, hari-hari ok. Aku rasa dalam sehari tu ada dekat 5-6 (atau lebih) company aku hantar resume. Yelah, masatu aku fikir kena cari kerja cepat. Umur pun dah berapa kan. So, awal bulan Jun (bulan puasa) aku dah tamat praktikal aku. Masatu rasa bersyukur sangat, rasa Alhamdulilah, akhirnya habis belajar jugak!
And one day tu, aku dapat call dari satu company ni. Panggil aku untuk interview, position as Account Executive then Alhamdulilah aku dapat. Kiranya, next week tu aku dah kena start kerja. Kiranya tempoh tak sampai sebulan pun lepas aku habis belajar, aku dah dapat kerja. Perasaan aku tu, tak tahu nak ungkapkan macam mana. Blessed!
Wow, aku rasa macam indahnya percaturan, cantiknya perjalanan hidup yang Tuhan aturkan. Siapa sangka, kena extend satu semester, terus dapat kerja. Kau bayangkan, aku diterima kerja dengan takde transkrip (masatu result final semester tak keluar lagi), konvo tak lagi, tapi dibayar gaji mengikut degree level. Sekarang dah tiga bulan aku kerja kat company ni. Dapat bos yang sangat baik, sangat prihatin. Tak kedekut nak bagi cuti, tak kedekut untuk semua benda. Alhamdulilah! Tempat kerja pulak 30 minit daripada rumah. Sebelum ni, aku lapan tahun belajar merantau kat negeri orang then akhirnya dapat balik kerja kat negeri sendiri, dapat duduk rumah dengan mak ayah lagi. “Nikmat Tuhan yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?” – Surah Ar-Rahman
See, kalau aku tak extend satu semester, mungkin rezeki aku bukan macam sekarang ni. Siapa sangka.. Kerja Tuhan tu semuanya baik-baik belaka. Walaupun pada awalnya aku macam tak boleh terima perjalanan hidup aku macam tu, tetaplah bersangka baik dengan Tuhan. Sungguh, cakaplah apa je dengan Dia, Dia dengar dan Dia lebih tahu. Dia akan bagi something yang lagi istimewa kemudian hari.
Kalau kau rasa apa yang Dia bagi tu berat untuk kau terima, kau kena ingat satu. Dia takkan uji melebihi kemampuan hamba-Nya. Dia tahu kau boleh & kau mampu. Bersyukurlah. Alhamdulillah ‘ala kulli hal :)
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit