Indahnya Sebuah Salam

Assalamualaikum pembaca setia IIUMC. Terima kasih kepada IIUMC sudi siarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Nama aku Aisyah, berumur 27 tahun. Bekerja sebagai Social Media Eksekutif. Sedang mengambil cuti yang agak panjang atas masalah kesihatan.

Berdasarkan pengetahuan aku yang cetek ini . Memberi salam secara keseluruhannya hukumnya sunat. Menjawab salam hukumnya wajib ini tidak termasuk teks seperti sms, whatsapp yang tidak disampaikan secara lisan.

Memberi salam itu indah sebab dapat merapatkan ukhwah dan cara mendapat pahala yang mudah. Cara paling mudah untuk rasa bahagia.

Ada sesuatu yang aku gusarkan tentang cara orang kita menegur orang yang tidak menjawab salam. Disaat ramainya orang Islam murtad dan runtuhnya banyak akhlak remaja.

Lama aku pendam, untuk pengetahuan bos aku bukanla beragama Islam. Sebelum aku masuk dia yang banyak deal dengan customer, bos aku fasih banyak bahasa dan salah satunya bahasa Melayu, jadi orang tak dapat agak yang dia ni non muslim.

Pernah aku baca antara mesej pelanggan yang kurang adabnya, marah sebab tak jawab salam.
Aku sedih kot.

“Assalamualaikum. Berapa harga satu ni?”

“Harga satu ni RM 200 kalau ambil set lagi murah”

“Kenapa tak jawab salam? Sombongnya. Jawabla salam. Susah sangat ke nak balas salam”

“Saya bukan bangsa Melayu bang”

” Maaf saya tak tahu abang bukan Islam. Salam tak ada kaitan dengan bangsa.”

Seriusnya aku malu membaca mesej tersebut, sudahla salah tarbiah, selepas itu salah seru. Salah memberi gambaran yang agama Islam itu indah.

Kalaupun dia Islam bolehkan tegur dengan lebih manis?

Abang ni hensem kalau jawab salam saya lagi bertambah hensem .
Chia, chia, chia.

Orang sudah memandang Islam itu ekstremis, terroris jadi apa lagi yang tinggal kalau jasadnya sahaja Islam akhlak Islamnya pula hilang entah ke mana?

“Aku melihat Islam di Barat namun tak melihat Muslim disana. Aku melihat Muslim di Timur tp tidak ada Islam disana”.
-Muhammad Abduh-

– Aisyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit