Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca. Sebelum aku berkongsi kisah benar yang telah berlaku dalam hidup aku beberapa hari yang lalu, Firstly aku ingin memohon maaf sekiranya penulisan aku ni agak berterabur. Secondly jika confession aku ni disiarkan, thanks admin! And the last one, aku hanya ingin berkongsi tentang apa itu rezeki yang tidak dijangka-jangka.
1. Nama aku Damha. Aku bekerja di sektor kerajaan. Cukup bulan amik duit kat bank. So far Alhamdulillah dengan gaji yang aku dapat sebelum ni. Biasalah bila awal tahun ni macam-macam keperluan yang menjadi tanggungjawab kepada seorang ayah terhadap ahli keluarganya yang wajib kena tunaikan.
2. Persediaan baju sekolah anak-anak hampir RM400 seorang x 3 orang = ? Anak aku yang bersekolah 3 orang. Anak yang last baru nak mencecah 2 tahun. Duit gaji bulan 12 memang aku cuba untuk berjimat sebaik mungkin untuk memastikan cukup sampai gaji bulan Januari ni. Khamis ni dah gaji okey.. Alhamdulillah..hehehe. Aku bukan nak listkan semuanya komitmen aku kat sini. Cukup yang besar-besar saja.
3. Roadtax dan insurans kereta aku pun waktu macam ni lah nak mati!!. Belek punya belek cermin kereta.. 20 Januari last date. Nak tak nak aku terpaksa renew. Kalau tak renew macam mana aku nk pergi kerja. Tak sanggup nak drive dalam keadaan takut-takut Encik Polis dek kerana kesalahan sendiri. Memang tak lah!! Serius aku memang penakut.. haha.. Undang-undang aku akan follow selagi mampu. Roadtax dan insurans hampir RM1800 aku dah settlekan. Hai…
4. So bila check balik ada lah berbaki dalam wallet aku sekeping not RM50 dan beberapa keping not RM1 yang aku rasa tak sampai pun RM10 jumlahnya. Ni baki yang ada pada hari jumaat yang lepas. Boleh ke bertahan seminggu lagi dengan duit yang berbaki tu?? Mana duit belanja anak-anak sekolah, duit minyak kereta aku dan wife. Untuk pengetahuan korang. My wife juga bekerja tapi kebiasaannya belum cukup hujung bulan aku lah banknye. Tambahan pula bulan disember yang lepas memang banyak spend duit. Dari kenduri kahwin adik perempuan. Kenduri kahwin my cousin di kl.. sampai lah menghantar adik ke melaka. Semua kos minyak, tol, makan minum ditanggung sendiri. Makan minum lagi, perbelanjaan rumah lagi.. Berlegar-legar dalam lubuk fikiranku beberapa saat!! Tapi cepat-cepat aku alihkan perhatian. Mungkin sedikit pengetahuan tentang rezeki yang dikongsi dari sahabat-sahabat, dari media sosial, aku cuba untuk lebih yakin dengan Allah.. Rezeki untuk keluargaku pasti ada!! Aku pasti!!
5. Seminggu yang lalu, ex roommate aku waktu sama2 study kat oversea dulu call bagitau nak datang. Nak attend kenduri kahwin kawan dia katanya. Nak pinjam kereta aku lah sehari. Oh ya!! Kawan aku ni tinggal di Selatan Johor. Aku pulak di Pantai Timur. Aku pun ok jer.. Datanglah!! Balasku.. Lama tak jumpa sahabat sebantal ni terasa macam excited pulak. Buat pengetahuan korang kawan aku ni memang baik sangat.
6. So pada hari jumaat yang duit aku berbaki RM50++ tu lah hari dia berangkat dari Johor. Aku dah bagitau yang aku akan ambil dia sekeluarga kat airport. Aku pun isilah minyak kereta RM20 sebab minyak dah naik lampu kuning. Mati tengah jalan aku pulak yang malu..kikiki.. dan aku beli siap-siap lauk pauk kat kedai untuk sahabat aku ni lunch kt rumah aku. Baik buat preparation siap-siap kan!! Confirm sahabat aku ni belum lunch. Total belian lauk pauk ialah sebanyak RM29. Berbakilah duit aku not RM1 yang aku rasa tak sampai pun sepuluh ringgit. Kenapa tak masak? Adalah sebab-sebab tertentu yang memang tak sempat nak masak. Okeh berbalik pasal duit baki aku tadi tu.. Aku masih lagi cuba bertenang. Malas nak ambik pot sangat. Aku serah sepenuhnya pada Allah.
7. Sebelum solat Jumaat tu aku ada pergi bank nak buat kad. Bank Mesra Rakyat. Memang tak pernah ada lagi kad bank tu. Kebetulan duit dalam bank tu adalah sikit duit saguhati yang disedekahkan oleh bank waktu kita attend meeting diorang. Sebelum tu aku memang dah cari buku bank tapi tak jumpa. So dalam keadaan yang terdesak, aku rasa buat kad bank baru adalah cara yang paling cepat untuk aku keluarkan duit dari bank. Buat kad memang kena bayar kan tapi selalunya pegawai bank akan tanya nak potong dari akaun ke?? So aku dah set kalau dia tak tanya memang aku nak suruh potong melalui akaun je. Bijak tak? Baki yang ada dalam akaun tu pun agak ciput je. Aku ulang sekali lagi. ciput!! Kikiki tetapi malangnya pegawai bank suruh datang 2.30 petang. Nak stop solat jumaat katanya.. Huh!! Memang diuji betul!! Kalau 2.30 memang tak sempatlah sebab kawan aku dah tunggu kat airport. So aku ambil keputusan cancel je lah pergi bank.
8. Aku pun terus solat Jumaat di masjid berdekatan airport. Selesai solat dalam pukul 2.10 aku singgah minum dulu. Nescafe ais!! (minuman faveret den tu..kikiki). Jam 2.30 masuk mesej whatsapp. “Aku dah sampai ni” kata sahabat aku. Aku pun tanpa berlengah habiskan baki minuman dan terus gerak. Bila sampai di balai ketibaan nampak lah kelibat sahabat aku sambil memegang tangan anaknya dari jauh. Senyum je aku. Biasalah bila jumpa sahabat lama ni.. Tak lepas adegan peluk memeluk ni. Wajib lah..hahaha. Hampir 10 Tahun tak jumpa weh! Dah berkahwin pun. Anak pun dah 2 orang.Last jumpa single lagi.
9. Fokus aku terhadap duit yang hanya berbaki beberapa ringgit terus hilang dek kerana menyambut kedatangan sahabat lama. Aku pun terus membawanya ke rumah. Sempat berborak macam-macam kisah lama dari dalam kereta sampai lah di rumah. Isteri dan anak-anaknya diam saja mendengar cerita kami dengan gelak tawa. Hampir 2 jam bersantai di rumah aku siap lunch semua. Alhamdulillah dapat juga memberi sekadar yang mampu. Sebelum asar sahabat aku pun meminta izin untuk mengundur diri kerana nak attend majlis akad nikah lepas asar katanya. So kereta yang dia nak guna tu memang aku dah basuh siang-siang. Letak perfume lagi ha! Almaklumlah kereta lama. Macam-macam bau ada. Haha. Sorry bro kalau ada kekurangan. Itu saja yang mampu aku prepare waktu ini. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, diam-diam dia memegang tangan aku. “Nah!! Ambil!! Katanya. Aku pun tengok lah. Duit!!!!!!!???? Cepat-cepat aku cakap “Eh tak payah lah!! Siap menepis lagi memang taknak!! Ko nak guna sehari je pun. naik je lah!! Kataku. Dia terus masukkan dalam kocek seluar aku. “Untuk anak-anak kau Damha” katanya. Terus masuk dalam kereta. Lambai-lambai “Esok jumpa lagi!! Katanya sambil sengih.
10. Aku dengan perasaan kaku dan serba salah hanya memandang sambil senyum yang dibuat-buat. Memang aku dah niat guna saja kereta tu. Aku bukan nak sewakan. Masuk dalam rumah aku tengok lah duit tu.. Terkejut ya Robbi. Sehelai sehelai aku selak. RM300?? Kot ye sewa kereta apa sampai banyak tu?? Sewa kat luar pun tak sampai Rm50 pun aku rasa. “Budak ni memang lah. Buang tebiat ke apa?? Bisik hati kecilku. Esok aku nak pulangkan duit tu waktu dia nak pulangkan kereta.
11. Keesokkannya tu bila dia pulangkan kereta, aku cakap kt dia..”ko gila eh bg duit banyak tu? Kaya sangat ke?? Ambik balik lah duit ko” kataku. Boleh pulak dia gelak je.. “ bukan selalu.. rezeki anak-anak ko tu…ambik je lah!! dia cakap.. Ya Robbi.. Diam beberapa saat dan Aku pun terus mengucap “Thanks wei.. nanti datang lagi eh!! kaya aku ko datang kerap-kerap.. hahaha ni je lah ayat nak cover malu. Kikiki. Gelak kami berdua kat dapur.
12. So selepas peristiwa itu.. Keyakinan dan keimananku terhadap Allah aku rasa makin bertambah. Benarlah Tuhan itu Maha berkuasa. Dia menjadikan apa yang Dia inginkan. Dialah Tuhan yang Maha Mentadbir seluruh Alam. Tuhan yang Maha Pemberi. Rezeki yang tidak dijangka-jangka pasti akan sampai kepada hambaNya jika memang itu rezeki kita!! Rezeki pasti ada selagi kita masih bernyawa pasti ada!! Itulah janjiNya. Jarak dan waktu bukan lagi ukuran. Tawakkal dan Penyerahan secara total kepadaNya yang sewajibnya ada bagi seorang Muslim dan Muslimah. Rahsia sunnatullah pula tetap menjadi RahsiaNya..
13. Rezeki yang Dia berikan melalui perantaraan orang lain dapat aku guna sehingga gaji ini. Berbuat baiklah kepada sekalian manusia tanpa ada rasa ragu dan was-was. Dahulukan orang lain dari diri sendiri. Railah tetamu dengan hati yang terbuka. Rezekimu ada di mana-mana.
Syukran Allah..
Thanks Allah..
Sekadar berkongsi tentang Rezeki yang tidak dijangka dan betapa Indahnya Tawakkal……
The End
~DAMHA~
– Damha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit