Inferiority Yang Kritikal

Assalamualaikum, firstly thanks to admin jika post aku ni berjaya di publish. hehehe. Sorry kalau confession aku agak membosankan, tapi aku geram sangat dengan diri sendiri. Aku berusia 20-an. Aku perasan masalah inferiority complex aku ni memang tahap kritikal yang boleh membawa padah pada diri sendiri. Contohnya, kalau ada benda baik berlaku dalam hidup aku, aku rasa tak layak sangat. Aku pun hairan kenapa aku rasa macam tu, padahal benda baik kot.Sigh.

Aku boleh dikatakan bernasib baik jugak dari segi akademik . Dari UPSR,PMR,SPM result aku memang ok. Yang ni memang aku bersyukur sangat. Nak kata aku pandai tu memang tak lah sebab aku rasa aku agak lambat pick up jugak daripada orang lain. Mungkin rezeki Allah nak bagi. Alhamdulilah, result SPM melayakkan aku menyambung pengajian diploma dalam bidang yang banyak peluang pekerjaan. Aku pun tak duga, GPA semester pertama aku memang perfect. Aku happy tapi aku tak suka jadi benchmark atau dapat perhatian orang. Aku masih rasa rendah diri memikirkan aku xlayak pun dapat score perfect. Sebenarnya aku tak pandai sangat pun. Aku slow learner. Kalau dalam kelas orang lain dah faham, aku still blur. Balik bilik aku study perlahan- lahan. Aku suka menghafal daripada mengira. Subjek menghafal insya Allah aku score. Subjek mengira aku dapat score tu rezeki lah.haha. So, diploma ja la aku cemerlang degree biasa biasa ja.hahaha

Masuk alam pekerjaan, masalah keyakinan diri yang teramat rendah ni memang boleh membunuh. Lepas grad, aku dapat kerja di sebuah syarikat sebagai kerani akaun sahaja. Tapi aku tak kisah pun asalkan boleh bekerja. Bos aku ni ada beberapa company lain yang nature of business nya hampir sama. So, pengurus akaun company ni jugak la yang buat akaun company lain tu. Bos aku memang garang dan agak hot tempered. Kalau dia tempik dari bilik dia memang kecut perut.hehe. So, dipendekkan cerita, pengurus akaun aku tu nak berhenti dan bos aku bercadang nak aku occupy position tu. Aku macam terkejut gilaaa macam mana bos aku tu boleh bagi kepercayaan aku ganti tempat orang tu walaupun aku baru beberapa bulan sahaja bekerja di situ. Serius, disebabkan aku ni low confidence yang teramat sangat aku jadi tak yakin yang aku mampu :( Walaupun bos aku garang, tapi ada satu kata kata dia yang aku ingat sampai hari ni . “Biar badan kecik tapi jiwa mesti besar ‘. Tq bos sebab bagi semangat! Tapi still aku rasa demotivated.haih.

Selepas setahun aku bekerja, aku quit sebab dapat tawaran kerja lain. Di tempat baru aku harap dapat berubah. Tapi aku tetap aku yang dulu. Still di takuk lama. Setelah masuk setahun bekerja di tempat baru secara kontrak, company aku ada pengambilan untuk permanent. So, aku pun berniat nak apply jawatan sekarang which is assistant tapi bos aku mencadangkan aku cuba guna degree aku untuk jawatan yang sepatutnya. Sekali lagi aku rasa tak layak sebab aku tengok orang lain macam hebat belaka, tapi aku low confidence. Setelah, di ‘brain washed’ oleh bos aku, aku pun macam bersemangatlah apply jawtan tersebut. Selepas proses interview aku mula rasa ragu-ragu dengan diri sendiri semula walaupun keputusan interview belum diberitahu. Fikiran negatif mula menghantui diri aku dengan mempersoalkan kebolehan aku berbanding orang lain. Serius aku benci perasaan ni, aku tak boleh maju ke depan sebab diri aku sendiri. Rasa macam aku yang tikam belakang diri sendiri. Bunuh potensi diri sebelum nak berkembang….

Allah dah bagi banyak nikmat dalam hidup aku. Contohnya aku dapat bekerja dengan bos yang supportive , sentiasa motivate dan bagi peluang walaupun sikap aku tak menonjol langsung takda ciri ciri manusia berkebolehan. Persekitaran kerja pun ok, dikelilingi orang orang yang positif. Aku tak dapat bayangkan kalau aku berada dalam environment yang lebih teruk mungkin tahap keyakinan aku akan menjunam teruk. Aku sedar confession aku ni tak bermanfaat pun. hehehe. Tapi aku sekadar nak luahkan apa yang aku rasa. Maaf, andai ada yang terasa rugi membaca confession ini. Peace!

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit