Apakah itu Influencer?
Pada hemat saya, ia bermaksud seseorang yang mampu memberi pengaruh kepada Masyarakat.
Mereka barangkali terdiri dari kalangan selebriti, blogger, Youtuber, Ahli Perniagaan, Professional atau Public Figure yang dianggap penting di dalam suatu komuniti dan mempunyai pengikut yang ramai pada kebiasaannya lebih dari 10,000 orang.
Lewat ini samada kita sedari atau tidak semakin ramai individu yang berlumba – lumba untuk menjadi Influencer secara instant.
Syarat untuk menjadi Influencers ini adalah cukup sekadar mempunyai akaun Facebook / Instagram / Twitter dan lain lain kemudian viral kan aktiviti atau penulisan mereka sehinggalah meraih followers atau likers yang ramai.
Sekiranya seseorang individu mempunyai jumlah followers atau likers yang ramai di social media, ia pasti menarik minat syarikat gergasi untuk menjadikan mereka sebagai Duta Produk atau Model untuk melariskan jualan mereka ataupun ditawarkan jawatan tertinggi dalam sesebuah syarikat.
Barangkali mereka akan dijemput sebagai tetamu jemputan di TV sehingga ada rancangan tersendiri atau Youtube channel tersendiri.
Sesiapa sahaja boleh jadi Influencer tetapi Influencer yang baik seharusnya mempunyai ciri ciri berikut :
1) Mempunyai content atau isi kandungan penulisan / perkongsian yang bermanfaat & berfaedah.
2) Mengajak kepada kebaikan dan sebaik-baiknya mengajak kita agar bertakwa kepada Allah.
3) Bukan bersifat hiburan atau gelak ketawa semata mata sehingga boleh melalaikan / melekakan. Ketawa berlebih lebihan adalah ditegah.
4) Berilmu / mempunyai latar belakang Pendidikan yang baik agar dapat berkongsi ilmu berguna.
5) Tidak berkongsi perkara yang tidak berfaedah / melalaikan.
6) Tidak mendambakan perhatian atau pujian semata mata tetapi ikhlas untuk berkongsi kebaikan dan manfaat.
7) Tidak sesekali mencipta kontroversi atau mencari publisiti murahan.
8) Sekiranya ingin menulis tentang sesuatu pastinya bukan berlandaskan emosi semata mata tetapi sarat dengan fakta dan data. Bukan berlandaskan sumber yang tidak sahih, atau sekadar kabar angin.
9) Mempunyai adab dalam penulisan dan tidak menghina, menyindir, menfitnah atau menggunakan laras bahasa yang kurang baik untuk dibaca
10) Kurangkan perselisihan faham / kontroversi atau provokasi terhadap orang lain.
11) Tidak mempromosikan budaya biar papa asal bergaya atau, tidak perlu belajar tinggi tinggi pun boleh kaya.
12) Tidak mempromiskan gaya hidup terlebih mewah semata mata.
13) Menghormati pandangan dan pendapat orang lain terutamanya mereka yang lebih ahli atau pakar dalam bidang tertentu.
Ramai lagi Individu yang hebat yang telah memberi pengaruh secara langsung atau tidak langsung kepada kita sama ada dari sudut Agama, Politik, Ekonomi, Perundangan, Perubatan, Psikologi, Pendidikan Awal Kanak – Kanak, namun mereka tidak mempunyai akaun Media Sosial pun.
Sesungguhnya Influencers terhebat adalah Nabi Muhammad SAW, baginda adalah Role Model atau ‘Kudwah Hasanah’ sepanjang zaman dan tiada tolok bandingan.
Sesiapapun yang kita ingin jadikan sebagai Influencers kita pastikan beliau memberi menfaat kepada kita dan tidak mengajak kita kepada kebatilan.
– Nur Shuhadah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit