Influencer Yang Dikecam Kerana Neutral

Assalamualaikum IIUM Confession. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan saya.

Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang isu hangat yang saya kira semua orang tau dan cakna di media sosial ketika ini.

Mengikut tajuk yang saya tulis saya terus kepada point saya perkatakan itu. Saya bukanlah peminat tegar si influencer tersebut.

Saya pun sama dikalangan netizen yang kagum dengan isi atur rumahnya yang cantik dan estetik bak kata orang. Tapi tidaklah saya terlalu mengikuti perkembangan beliau.

Tapi isu hangat yang melanda dirinya menyebabkan follower beliau berkurang dan walaupun beliau berdiam diri tetap isu tentangnya hangat diperkatakan. Banyak rupanya yang netizen korek.

Saya bukanlah nak menyebelahi beliau. Salah tetap salah dan beliau pun sudah mengakui tentang kesalahan dan meminta maaf atas ketidakcaknaan beliau terhadap isu Palestin.

Yang menyedikan saya bila mana beberapa influencer yang saya hormati dan kagumi ada dikalangan orang berpendidikan seperti doktor dan orang beragama terus2 menerus menjatuhkan hukum terhadap beliau.

Mereka-mereka ini membuat posting tentang pendapat sendiri menyebabkan netizen lebih murka, mengecam dan terus bergosip di bahagian komen.

Saya bukanlah dari background yang kaya tapi sebelum ini saya tidak pernah tinggal di flat pprt.

Semasa saya remaja saya berpengalaman tinggal di flat pprt selama beberapa tahun. Kawasan yang saya tinggal tersebut merupakan kawasan yang kerap terjadi pergaduhan.

Disitu setiap hari ada pergaduhan kerana mabuk, memukul isteri, dan banyak lagi kejadian yang saya tak pernah alami sebelum ini.

Di situlah tinggal golongan yang ibubapa yang mentaliti tidak kisah anaknya sekolah atau tidak. Ada ibubapa yang setiap hari pergi kerja sebelum subuh sudah keluar dan pulang lewat malam..

Bukan semua keluarga disitu bermasalah. Ada keluarga yang bagus baik mentalitinya tapi terpaksa tinggal di dalam masyarakat yang mentaliti agak kurang ilmu baik ilmu agama mahupun ilmu yang lain.

Bila tinggal disitu menyebabkan saya faham ada keluarga yang memang tidak cakna dan ambil tahu tentang isu-isu semasa yang melanda. Yang penting hari ini perut anak-anak akan terisi. Mana sempat nak terangkan pada anak kenapa Zionis nak sangat negara Palestin.

Sebab itu saya faham yang kita semua masing2 background tidak sama.

Bukan semua influencer itu bijak dan kita sebagai netizen tidak perlulah terlalu mengagungkan dan terlalu melebih-lebih membuka aib mereka yang lain bilamana ada 1,2 kesalahan yang mereka lakukan.

Bila mana dia menyatakan pendirian dia dan kita semua telah menegur perbuatan beliau yang salah, dah cukup! Tu urusan dia dengan tuhan.

Nak unfollow pun boleh tapi tak perlu kau nak buli dia, buka aib dan keluarkan kata2 yang tak sepatutnya.

Tak cukup dengan mengherdik kita hasut orang lain untuk terus menerus membenci beliau.

Apa beza perbuatan tersebut dengan zionis yang sekarang ni lakukan terhadap palestin?

Tengok dia pun kita dah tau yang dia memang jahil bab agama, statement yang beliau keluarkan pun kita faham yang dia lansung tak ambil tahu tentang isu2 semasa.

Then why not netizen yang bijak pimpin tangan dia, sebarkan ilmu yang kita ada untuk dia lebih faham dan menjadi influencer yang lebih bijak dan menggunakan peluang sebagai influencer untuk sebar ilmu kepada orang lain..

Tapi saya kira ini pun menjadi pengajaran untuk beliau dan kita semua. Menjadi influencer itu tak semuanya indah.

Moga dugaan yang terjadi ini mungkin akan buat dia lebih berubah kearah kebaikan dan menyebabkan beliau berhati2 ketika mengeluarkan statement.

Cuma kita sebagai netizen jangan terlalu mengambil kerja tuhan sehingga mengeluarkan perkataan yang terlalu menghukum. Mental health setiap orang tak sama. Kalau kerana kata2 kita dia berubah kearah kebaikan alhamdulillah.

Tapi kalau kerana bait2 perkataan kita menyebabkan beliau makin jauh dari agama, bukankah itu sesuatu yang patut kita sedihkan. Adakah nabi kita ajar bila mana orang buat salah kita kecam,kita maki dan kita pulaukan?

Kita semua manusia. Manusia tak sempurna. Masing2 ada buat salah. Jadilah netizen yang berakhlak seperti mana saranan Nabi Muhammad saw.

Oh ya! Tentang patung David pun ramai antara kita yang tak tahu segala jenis patung apapun sebenarnya dilarang untuk diletak sebagai perhiasan didalam rumah melainkan patung tersebut bertujuan dijadikan permainan untuk anak2.

Tetapi tetap dilarang untuk diletakan sebagai perhiasan. Begitu juga gambar-gambar potret yang digantung dan dijadikan perhiasan dinding rumah.

Segala lukisan dan gambar benda bernyawa yang dipamerkan sebagai hiasan dilarang didalam agama. Boleh rujuk orang yang lebih arif tentang soal ini.

Akhir kata saya berharap anda semua dapat memahami luahan saya ini. Saya tak sempurna. Saya mohon maaf jika posting ini menguris hati kalian. Tapi Saya berharap kita semua dapat berubah kearah kebaikan.

Jadilah netizen yang berakhlak kerana apa yang tulis dan perkatakan akan dipertontonkan diakhirat dihadapat Allah swt nanti.

Ingatlah ketika syaitan berputus asa untuk mengubah manusia itu menjadi jahat, dia akan cuba untuk membuat kita merasa terpaling sempurna hingga riak dengan amalan yang kita lakukan. Nauzubillah!

Wassalam..

– Puan Awan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. zaman sekarang dh banyak bahan bacaan available dlm internet..membaca jela..bukan bagi alasan tk berilmu sebab tinggal di flat,mcm tk releven alasan tu cik..yang sy tau dia bukan student yg bijak ke?tentang susun atur rumah pandai pulak cari di internet takkan isu semasa tk boleh baca? ni sekadar opinion saya saja ya

  2. Tapi dia cakap dia paling suka membaca, banyak buku dah baca. Orang minat membaca ne biasanya cerdik dan berpengetahuan. Saya yang tak minat membaca dan tak pernah didedahkan oleh mak ayah berkaitan hal palestine dan israel pun cakna akan hal ini, takkan orang yg selalu ulang-ulang bagitau dia suka membaca, hobi membaca dan banyak buku dah dia baca tak tahu menahu pasal palestine. Sekurang-kurangnya ambil tahu Zionist Yahudi yg mempimpin Isra-el itu adalah musuh orang-orang Islam. Sebab itu kita kalau bercakap kena beringat untuk sentiasa merendah diri. Janganlah bangga sangat terpaling itu terpaling ini. Kerana terpaling itu ini lah yang boleh menghancurkan awak. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *