Ingat Bulan Puasa Tak Ada Yang Mengacau Ke?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Nama aku Ijam (bukan nama original) berasal dari selatan tanah air. Aku dah berkeluarga dan menetap di taman perumahan. Tu la serba serbi cara ringkas untuk aku perkenalkan diri.

Haaa korang kalau baca tajuk kat atas tu kan mesti terpikir ni kisah hantu ke. Seram ke tak. Korang bacalah kisah aku ni dulu kalau nak tau betul ke betul seram ke seram.

Inilah pengalaman pertama kali dalam hidup aku. Lepas tu buatlah penilaian sendiri ok.

Sebelum aku taip kisah ni, of course la aku nak minta maaf jika penulisan aku ni tak menarik. Aku tak reti nak tulis kisah kisah ni. Tapi aku akan cuba nak sampaikan jugak. Rasa terpanggil nak cerita.

Ok kisah dia cam ni…….

Lagi seminggu lebih sebelum umat Islam nak beraya Aidilfitri baru-baru ni, aku ada balik rumah mak aku kat kampung untuk buka puasa.

Aku balik sorang je. Jarak rumah kami ni tak jauh pun anggaran dalam 35 km je.

Sewaktu tengahari aku sedang tengok tv, isteri aku ada telefon. Dia kata ada banyak ulat dalam bilik tengah rumah aku tu.

Dia kata macam ulat sampah yang putih putih tu. Banyak pulak dia kata. Saya suruh dia cek bilik tu. Kot la ada bangkai tikus ke apa ke kan.

Untuk makluman korang, bilik tu bersih. Tak besar pun. Tak ada perabut. Yang ada satu rak gantung baju sekolah anak dan sebuah mesin jahit industri. Lain² barang tak ada.

Selepas isteri buang semua ulat² tu saya arahkan dia keluarkan semua barang² yang ada dalam bilik. Selepas tu dia dia sapu dan mop lantai.

Isteri saya kata tak ada bangkai dan dinding bilik termasuk conish syiling tak ada yang berlubang. Semua dalam keadaan baik.

Saya kata biarkan bilik tu dan letakkan kain tuala di bawah pintu dan biarkan beberapa seketika.

Selepas satu jam isteri saya buka semula bilik dan dia terperanjat melihat puluhan ekor ulat ada lagi dalam bilik tu.

Saya terdiam. Pelik. Mana datangnya ulat² tu. Macam biasa isteri sapu dan buang semula. H

al ini berlaku sehingga waktu maghrib. Maknanya tiap minit ulat itu akan muncul tiba tiba.

Selepas maghrib saya arahkan lagi isteri buat perkara yang sama. Letak kain tuala dan tutup pintu. Lebih kurang jam 11 malam isteri telefon saya semula.

Dia maklumkan ulat dalam bilik tu bertambah banyak.

Isteri mengarahkan saya untuk pulang esok pagi saja dan pergi ke rumah ustaz untuk tengok tengok apa dah terjadi di rumah saya tu.

Jam 8 pagi saya ke rumah ustaz tu la. Sebelah kampung saya je. Ustaz ni pandai jugaklah hal hal mistik ni.

Selepas dia memberikan air ruqyah kepada saya, saya pun bertolak ke rumah.

Jam 10.30 pagi saya sampai. Setibanya di rumah, isteri beritahu bilik tu dah ada bau hamis seperti darah yang kuat.

Sebelum tu tak ada katanya. Saya pun melangkah masuk ke dalam. Memang betul bau yang sangat hamis seperti bau dalam bilik mayat.

Sebelum ni saya ada pengalaman pernah masuk bilik mayat dihospital. Sebab tu saya cam bau dia.

Saya bagi salam. Masa tu meremang dah satu badan. Saya tahan. Terus saya kata,

“Aku tau kau ada kat sini. Aku dapat rasakan kehadiran kau. Aku mintak kau keluar dari rumah aku. Aku tak kacau kau dan keturunan kau, kau jangan kacau aku dan keturunan aku. Keluarlah!”

Saya tak berani pun sebenarnya. Tapi saya terpaksa buat kerana dah tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.

Saya azan dengan kuat disusuli solat hajat dan solat taubat dalam bilik tu. Saya baca beberapa potong ayat Al-Quran yang diajar oleh ustaz tadi.

Saya buat dengan yakin. Sewaktu saya buat semua tu saya lihat beberapa ekor ulat tu muncul tiba tiba diatas lantai mozek. Tergamam saya.

Ya Allah!!! ujian apa yang kau bagi kat aku ni. Saya kutip dengan isteri. Saya buat sehingga masuk waktu maghrib.

Sedang isteri mengutip ulat tu, seekor darinya terus jadi kering dan leper seperti daun yang telah kering. Tapi hidup!!!!

Astaghfirullahalazim kami mengucap sama sama. Saya tenangkan isteri dan berkata ini semua ujian pada kita. Sabar biar abang uruskan.

Saya tetap teruskan usaha untuk ruqyahkan bilik tu seperti biasa. Solat hajat, solat taubat, mengaji Al-Quran dan berzikir.

Lebih kurang jam hampir 11 malam barulah ulat² dan bau hamis tu hilang secara ansur ansur.

Syukur alhamdulillah saya dapat buat semua tu dengan tenang sekali izin Allah SWT.

Sekarang ni bilik tu saya dah jadikan mini surau untuk kami sekeluarga. Hingga ke hari ini gangguan tu tak ada. Syukur sangat sangat.

Apa yang terjadi sebenarnya. Hanya Allah SWT yang tahu. Cuma saya ada terfikir juga. Mungkin benda tu masuk melalui pintu hadapan rumah. Pintu utama rumah saya tu guna pintu “safety door”.

Maksudnya ada 2 lapisan pintu. Pintu utama saya kunci, manakala pintu lagi satu saya sentiasa buka 24 jam tak pernah tutup even malam jika kami tidur kerana ada lapisan besi grill. Itu sangkaan saya lah.

Betul tak betul Wallahualam. So untuk elakkan ianya terjadi lagi saya terus tutup. Elakkan buka pintu dan tingkap rumah di waktu maghrib.

Kerana makhluk² ni aktif waktu tu. Jadikanlah kisah saya ni sebagai tauladan.

Terima kasih pihak admin yang sudi siarkan confession saya. Minta maaf kepada pembaca jika karangan saya berterabur dan terima kasih sudi baca kisah ni.

– Ijam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *