Ingat! Kifarah Itu Wujud

Assalamualaikum semua. Nama saya Mas. Berusia lingkungan 30 an dan berasal dari Durian Tunggal, Melaka.

Saya telah bertunang dengan seorang pemuda bernama Jam dan dia juga berumur dalam lingkungan 30 an.

Saya ringkaskan cerita untuk tidak membuang masa reader semua dan jadikan ini iktibar untuk tidak melakukan perbuatan ini kepada orang lain.

Saya dan tunang telah berhajat untuk berkahwin pada awal tahun ini setelah 12 tahun berkawan.

Segala persiapan perkahwinan termasuk urusan catering, hantaran dan jemputan hadirin telah siap dilakukan serta hanya menunggu masa untuk dinikahkan.

Namun, lagi 2 bulan kami hendak dinikahkan, berlaku sesuatu yang aneh dalam hubungan kami tanpa pengetahuan saya di mana tunang saya telah didampingi oleh seorang janda bernama Daiman berusia lingkungan 20 an.

Setiap hari, Daiman akan berjumpa dengan tunang saya dan menaburkan banyak cerita sedih yang direka2 dan ditipu untuk mendapatkan simpati tunang saya.

Dia juga kerap menceritakan pelakuan bekas suaminya yang juga merupakan seorang penagih dadah dan akan menangis setiap kali dia mengeluarkan topik2 sedih berkaitan dirinya.

Dia turut mengaku kepada tunang saya bahawa dia sedang mengalami d3pr3ss dan kemurungan hingga turut menipu dengan mengaku dirinya ada penyakit gila dan ini membuatkan tunang saya bertambah kasihan padanya.

Mereka “bercinta” secara diam tanpa hadirnya rasa kasih cinta & sayang di hati Jam terhadap Daiman kerana perasaan kasihan yang menebal akibat cerita demi satu pembohongan Daiman.

Genap lagi sebulan untuk kami mendirikan rumahtangga, Daiman secara tiba2 mengajak tunang saya untuk menikahinya walaupun dia tahu secara waras bahawa tunang saya akan berkahwin dengan saya pada tarikh sekian sekian.

Tunang saya yang seperti otak kosong terus bersetuju menerima pelawaan Daiman dan langsung tidak dapat berfikir kerana terasa seolah seperti dipukau dan terpukau.

Tidak sampai 6 bulan mereka berkawan, akhirnya mereka bekahwin secara senyap di belakang saya.

Namun, tidak sampai 2 hari mereka hidup sebagai suami isteri, tunang saya mulai tersedar bahawa dia telah tersalah pengantin. Bukan Daiman yang dimahukannya tetapi saya.

Pada waktu ini juga tembelang Daiman mula pecah dan tunang saya mula tersedar bahawa Daiman mempunyai agenda peribadinya yang tersendiri dan udang di sebalik batu di atas pernikahan tergesa-gesa mereka.

Di samping itu juga, ada unsur mistik yang terjadi termasuklah bau mulut dan kemaluan Daiman yang terlalu busuk setiap kali ingin bersenggama hingga menyebabkan hilang selera untuk bersama.

Ia membuatkan Jam menemui saya dalam keadaan kusut pada hari ke 4 mereka mendirikan rumahtangga.

Saya yang mendapat tahu berita sedih ini, tenyata sangat terperanjat hingga terduduk tidak tahu hendak berkata apa.

Apa yang hendak saya beritahu kepada keluaga saya kerana tarikh pernikahan kami tidak sampai lagi sebulan. Jemputan pula sudah dipanggil. Terbayang wajah ibu di mata saya.

Mulai pada malam itu, saya tidak henti2 berdoa kepada Allah kerana saya telah dianiaya dan ditikam belakang oleh mereka berdoa.

Saya berdoa sekiranya saya berada dipihak yang benar dan jodoh saya adalah dengan tunang saya,

Maka saya mohon agar dekatkan kami kembali dan jauhkan tunang saya dengan Daiman sekiranya Daiman mempunyai kepentingan tertentu dalam perkahwinan mereka.

Saya yakin saya teraniaya. Jika sekiranya Jam bukan jodoh saya yang terbaik, maka wajarlah dia dijauhkan daripada saya dan berikan mereka kebahagiaan.

KUASA DOA. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan saya.

Tak sampai 7 bulan mereka mendirikan rumahtangga, mereka akhirnya bercerai setelah tidak tinggal sebumbung sejak seminggu mereka berkahwin tanpa sempat merasa kenikmatan bulan madu.

Guys, percayalah bahawa kifarah itu wujud. ALLAH itu sentiasa ada kepada hambanya yang memohon pertolongan terhadap orang yang dianiaya. Dia sentiasa mendengar permintaan hambanya yang lemah.

Kepada anda orang ketiga, ini nasihat saya. Anda jangan terlalu gembira dengan kehidupan anda bersama pasangan yang anda rampas kerana pasangan itu adalah hak orang lain. Anda

Wajib tahu bahawa jangan terlalu yakin bahawa anda akan selamat walau sesaat pun kerana perbuatan anda akan berbalik kepada anda.

Setiap air mata dan kehancuran hati mangsa anda, akan dibayar dengan cepat oleh Allah di atas muka bumi. Anda rampas hak orang, orang lain akan rampas kembali hak anda!

Kepada pembaca, doakan yang baik2 terhadap hubungan saya dan tunang saya.

Kami sedang menjalankan kembali urusan pernikahan kami yang tergendala sebelum ini akibat perbuatan orang ketiga yang tidak diundang ini.

Semoga Allah merahm4ti niat suci ini untuk menghalalkan status kami menjadi suami isteri yang diredhai.

– Mas (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *