Ingatkan Beli Rumah Ini Senang Sahaja

Aku berumur 34 tahun dan bercita-cita nak ada rumah sendiri dari umur 25 tahun. Masa tu memang siap pergi bank, check kelayakkan.

Lepas beberapa tahun kene tipu dengan 3 malaun, kononnya rumah under kerajaan tapi kuota staf. Last sekali rumah ntah kemana, duit deposit melayang.

Tapi kes setel, ada rezeki sebab duit tu dapat balik sebab salah seorang malaun tu bayar balik secara ansuran, tu pun lepas aku ugut abang dia. Dan semestinya Allah yang tolong.

Makan masa 2 tahun jugak baru setel. Seorang lagi malaun masuk lokap, yang sorang lagi lesap.

Tapi, aku bukan nak cerita pasal rumah yang kene tipu tu. Ni kisah rumah pertamaku pada umur 34 tahun ni.

Ye, ukur 34 tahun, aku berjaya beli satu rumah teres 1 tingkat dengan harga RM200k.

Ingatkan beli rumah ni senang jer. Booking dengan pemaju, apply loan dengan bank, dapat loan, dapat kunci, kira setel. TIDAK semudah itu. Disinilah bermulanya kisah rumah pertamaku.

Alkisahnya bermula masa nak keluar lepak dengan kawan-kawan, berkenan tengok kawasan perumahan ni. Masuk jumpa wakil pemaju, staf dia la kiranya tu.

Booking pakai mulut jer sebab tak de kene isi form apa-apa pun. Booking fee tak de, kos guaman pemaju tanggung. Cantik, terus on.

Dari sini, aku start call bank-bank yang berkenaan untuk tujuan apply loan perumahan. Last sekali dapat loan tapi kene nama bersama. Kakakku la insan terpilih untuk penama bersama.

Disebabkan musim PKP, sain LO dengan bank dari bulan Oktober, bulan Mac baru bank release payment kepada pemaju. Menariknya di sini adalah, ingatkan terus boleh dapat kunci.

Tetapi, tiba-tiba dapat call daripada pemaju bahawasanya aku dikenakan charge late payment sebanyak RM5k tanpa official letter. Call sahaja yer.

Katanya surat dah dihantar tapi aku tidak menerima surat tersebut (ntah-ntah dia tipu jer).

Punca charge late payment adalah termaktub dalam perjanjian jual beli antara pembeli dan pemaju.

Yang mana, mengikut penerangan lawyer bank, perjanjian jual beli yang dipakai itu adalah selaras dan digunapakai oleh semua (sape yang tulis perjanjian jual beli yang asal ni, aku rasa nak cari jer dia ni).

Charge late payment yang dikenakan adalah dari pemaju kepada pembeli atas kelewatan bank release payment kepada pemaju (nampak tak, tahap logik dia macam mana? bajet bank tu, ana yang punya?).

Yes, itu memang termaktub dalam perjanjian.

Selepas berbincang, membebel hampir 2, 3 jam. Aku huraikan segala logik-logik dari sel akal yang tak berapa nak berkembang, pemaju bagi diskaun 80 percent. Makna katanya, dari RM5k menjadi RM1k.

Dipendekkan cerita, aku pergi jumpa pemaju, tanya situ, tanya sini, rupanya hampir semua pembeli rumah kawasan berkenaan dikenakan charge late payment.

Bayangkan seorang dikenakan charge paling kurang RM1k (jumlah charge late payment berbeza mengikut jenis rumah dan tempoh masa bank lambat release payment). Nampak bijak kan disitu.

Disebabkan aku memang tak ada duit nak bayar, aku balik dalam keadaan kunci rumah tak dapat tapi loan bank dah kene start bayar.

Selagi charge late payment tak settle, selagi itu lah pemaju tidak akan menyerahkan kunci.

Dalam keadaan pasrah sebab dah sangat-sangat lah buntu, ada seorang kawan advice pergi bank. Jadi perempuan gila katanya. Cari pengurus bank, mintak penjelasan kelewatan proses loan sehingga dikenakan charge oleh pemaju.

Hasil perbincangan, pengurus bank mintak untuk check kronologi diorang dan pihak bank akan call untuk penjelasan lanjut.

Beberapa hari selepas itu, bank call dan menyatakan proses daripada pihak bank adalah smooth. Smooth? Adakah itu jawapan yang kita cari? Playsafe.

Pihak bank advice berjumpa dengan lawyer yang sediakan dokumen perjanjian jual beli kerana berlaku delay di situ.

Selepas beberapa kali menghubungi lawyer tersebut, masih tidak mendapat maklum balas sehingga ke hari ini.

Sehinggalah pemaju call dan mintak aku sediakan surat rayuan pengurangan kos bayaran charge late payment.

Aku karang 3 muka surat, beserta bukti-bukti kelewatan proses pembayaran bukan daripada aku dan memohon pengecualian pembayaran charge late payment.

Permintaan aku ditolak oleh pemaju dan pemaju membuat pengurangan daripada RM1k kepada RM500.

Untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya tidak ada duit untuk membayar charge late payment tersebut. Disamping aku baru berhenti kerja dan tak de dapat kerja dekat mana-mana tempat lain lagi.

Setakat hari ini, aku dah start bayar ansuran bulanan rumah tu dekat bank tapi still tak dapat kunci rumah disebabkan charge late payment masih tak bayar.

So, kiranya aku dah buntu dan tak tahu nak buat apa dah.

Korang rasa, aku pasrah ke aku redha? Nampak mudah kn beli rumah? Rumah pertamaku, homestay tak jadi. Nasib badan.

– Minah meroyan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *