Assalamualaikum. Hai semua. Entahlah aku menulis ni sekadar untuk luahan je rasanya. Sebab aku tak pernah meluah pada sesiapa pun apa yang aku rasa lepas ketiadaan nenek aku.
Aku anak ke 2 dari 6 beradik. Mak ayah aku pencen kerajaan. Adik beradik aku semua sudah bekerja dan tinggal di luar kawasan tempat asal kami.
Semenjak ayah pernah diserang stroke ringan, aku memilih untuk bekerja di sekitar tempat tinggal. Adik beradik aku semua kerja luar daerah dan negeri.
Niatku hanya satu, mudahkan aku mengerjakan keperluan mak ayah aku. Entahlah. Banyak benda yang boleh diceritakan.
Tapi yang aku cukup terkesan perbuatan mak aku adalah dia suka menjaja cerita keburukan keluarga sendiri kepada adik beradiknya.
Ye betul, ayah aku banyak kurang nya, kami adik beradik pun begitu. Tapi dia terlalu berbangga menceritakan kekurangan keluarga kami ini.
Bahagian terburuk anaknya? Tentulah aku. Sebab satu rumah kan.
Apa sahaja yang aku lakukan yang tak kena dimatanya, habis dijaja cerita.
Dia cakap aku pemalas, tak nak tolong masak (aku masak bekal aku simple2 dia tak nak katanya aku masak macam nak bagi orang tercekik sebab aku tak suka kuah. Aku masak lain dia cakap tak payah nanti terkejar nak masuk kerja),
Tak nak tolong buat kerja rumah (hari bekerja aku keluar rumah jam 7 pagi dan sampai rumah jam 7 petang memang tak sempat pegang penyapu tapi baju aku cuci dan jemur),
Tak nak hantar dia ke klinik (kerana aku ada kerja yang perlu diselesaikan dan dia sedia maklum) dan sebagainya.
Tapi, sekiranya aku buat kerja rumah, masak hari-hari, hantar kemana sahaja dia pergi tidak pula dia memuji. Semua yang buruk je mak akan bercerita pada makcik pakcik aku. Ye tak pernah yang elok.
Walau aku dipuji, mak akan denied benda tu sampai aku nampak buruk.
Dari dulu memang aku sentiasa mendengar keluhan buruk tentang ayah dan keluarga ku kepada makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku. Entah apa di fikiran mak aku agaknya.
Bila ayah aku menyantuninya dengan elok, tidak pula dia bercerita. Makcik aku pernah bertanya bagaimana kelakuan ayah aku terhadap mak? Benarkah mak cerita begini, begini?
Aku yang masa tu masih kecil, jawab jujur sajalah. Tapi setelah meningkat dewasa ini, aku katakan aku tidak tahu sahaja.
Di peringkat umur begini, masih lagi dimalukan sedemikian rupa pada ahli keluarga, rasanya bagaimana ya orang melihat aku?
Ya benar. Dari apa yang mak aku cerita pada mereka lah. Mak aku sangat merajakan anak lelaki.
Baju dibasuhkan, dilipatkan dan disusunkan. Kalau pulang anak lelakinya, makan berhidang siap air panas. Kalau aku?
Pandai-pandailah nak hidup. Baju yang aku basuh kadang tak sempat jemur pun dibiar sepi dalam mesin basuh, kadang dikeluarkan letak dalam bakul tanpa pengetahuan aku. Dah berbau baru perasan sebab dia letak kat tempat tersorok.
Kalau aku dah jemur, kalau mak yang angkat, ditinggalkan baju-baju aku. Dilipat, hanya baju dia, ayah aku dan adik-adik aku sahaja. Baju aku?
Uruslah sendiri. Kalau menantu kesayangan balik, segala binatang dalam laut pasti menjadi lauk untuk hari itu. Kegemaran menantu kan?
Yang ke pasar? Haruslah aku yang pemalas ni. Anak-anak yang lain?
Berehat atau ada aktiviti lain. Punyalah nak ambil hati menantu kesayangan, selamba dia kata kakak ipar aku yang masak pada majlis open house. Padahal aku yang bersengkang mata menyiapkan segala bahan, potong2 dan masak sendiri.
Kakak ipar aku hanya datang dan kacau sekejap. Tak, bukan mak aku tak tahu. Tapi dia tak suka orang puji sedap masakan haritu.
Cuba kalau masakan tak jadi macam buat puding terkeras haritu, habis dijaja cerita aku tak pandai buat puding, kak ipar aku buat puding sedap. Perasaan aku? Entahlah.
Senyum kelat bila dimalukan sedemikian rupa. Kisah mak aku nak bercerita kat adik beradik dia tu suka hati dia lah. Yang memberi kesan pada mental aku adalah bila cerita tersebut di sampai sampaikan pada orang lain.
Maruah kami dipijak begitu saja. Kalau makcik-makcik aku bab aib anak-anak dan keluarganya disimpan rapi. Kes menantunya kantoi curang- dia siap minta aku rahsiakan sebab aku yang tahu dulu.
Kemudian, kes anaknya sambung belajar tak habis pun disenyapkan. Tak habis-habis memuji anak-anaknya yang paling sempurna. Cuba hal anak orang lain, kes sepupu aku bercerai misalnya.
Harini tahu, belum sampai satu jam dah heboh satu kampung dah. Mental aku koyak teruk lately. Aku tak tahu apa yang mak aku ni nak.
Ya, mungkin aku bukan seperti dia harapkan. Dia nak aku ada degree, aku belajar sampai degree walaupun masa tu kerja aku dah best. Sekarang?
Kerja je lah apa yang ada. Bila aku ceburi apa-apa perniagaan untuk dapatkan pendapatan sampingan-disindir. Entahlah.
Mental aku sangat-sangat koyak. Emosi aku kelaut. Bertahun-tahun aku memendam rasa.
Sampai aku dah tak mampu dan simpan sendiri. Nak bercerita pada kawan, ini aib keluarga. Tapi aku perlukan teman untuk meluah.
Aku nak menangis semahunya. Dan semasa menaip ni pun tak tertahan air mata aku. Mungkin, pekerjaan aku tak sehebat anak-anaknya yang lain sebab aku memilih untuk berada dekat dengan mak ayah aku.
Aku diperlukan ketika urusan mengantar adik-adik aku sambung belajar dan masuk kerja. Kemana sahaja, aku drive dan hantar. Tanpa ada elaun dari sesiapa.
Aku usahakan demi adik-adik. Dan sekarang, adik-adik aku dah lebih berjaya dari aku dah pun. Aku dipandang sepi sahaja.
Kereta yang dahulunya gah menghantar mereka kemana-mana pun sudah semakin tua. Mereka pun sudah ada kenderaan sendiri. Apa lah perlunya lagi aku dalam hidup mereka kan?
Mungkin aku yang terlebih emosi. Tapi bila mengingat kembali banyak peristiwa, aku sedih. Contoh nya bila aku dapat hadiah cincin emas dari nenek aku.
Aku simpan dengan baik. Taknak jual sebab sayang. Sekali, masa mak aku belikan barang kemas untuk adik-adik aku, cincin aku dijual untuk dapatkan cincin aku yang baru.
Maksudnya, aku cuma dapat cincin baru yang ditukar dengan cincin yang nenek aku bagi. Adik-adik aku? Dapat barang kemas baru tanpa trade in apa-apa barang milik mereka.
Kemudian, teringat aku semasa beli baju di padang besar. Pakcik aku hadiahkan aku 1 jubah sebab selalu tolong dia, isterinya turut hadiahkan aku sepasang atas sebab yang sama. Mak aku belikan kami adik beradik 2 pasang sorang.
Tapi, bila tahu aku dapat hadiah dari makcik pakcik aku, terus dia ambil 2 helai jubah yang sepatutnya jadi milik aku. Atas alasan, aku dah dapat 2 jubah pemberian makcik pakcik aku. Aku tak faham.
Kenapa macam tu? Aku dapat extra sebab orang hadiahkan. Apa yang mak aku bagi, sepatutnya sama rata sahaja kan?
Entahlah. Ya, mungkin aku beremosi sangat. Belum kira bila abang aku nak memulakan perniagaan.
Bergolok bergadai dia membantu kewangan. Sudahnya? Tutup juga perniagaan tu.
Ada makcik aku yang gemar memuji aku sebab apa sahaja dia tanya pasti aku akan beri/bantu beri penyelesaiannya. Kata makcik aku, aku google bergerak. Cerita ini disampaikan oleh anaknya kepada mak aku depan aku.
Korang tahu apa respond mak aku? “Ala benda tu semua orang pun tahu kan? ”
Aku ni sebenarnya tak tahu apa yang aku rasa. Bila bercerita, aku takut orang judge aku. Bila aku diamkan, pelbagai cerita menyakitkan telinga, hati dan mental aku yang aku dengar.
Nak melawan? Dosa. Aku tak tahu macam mana nak buat.
Aku nak berbakti, tapi tak dihargai. Kadang aku rasa macam nak lari tinggalkan semua ni. Biarlah aku dengan hidup aku sendiri je.
Mungkin masalah-masalah begini yang jadikan seorang anak tu tak balik berpuluh tahun, lost contact dengan semua family. Entahlah. Aku sedih.
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit