Ingin Berhenti Kerja

Assalamualaikum para pembaca dan terima kasih admin. Perkenalkan aku R, berusia 28 tahun, sudah berkahwin dan sedang bekerja di sektor swasta. Aku menulis sebenarnya ingin memohon pendapat semua. Seperti orang lain, rasanya semua orang mengimpikan untuk bekerja sendiri, tanpa perlu terikat dengan arahan orang lain serta waktu pejabat.

Dan kita semua sedia maklum, kalau dahulu wanita tidaklah diwajibkan untuk bekerja mencari rezeki tapi di zaman yang mencabar ni, wanita atau isteri juga perlu keluar bekerja untuk meringankan beban suami.

Sedikit perihal ekonomi rumahtangga aku, suamiku hanyalah seorang supervisor yang menerima gaji bulanan sebanyak RM3000 manakalah aku seorang eksekutif dengan gaji bulanan sebanyak RM4000. Oleh kerana kami masih belum mempunyai zuriat, maka perbelanjaan bulanan hanyalah untuk sewa rumah, kereta, insuran, bil2, nafkah ibu bapa dan lain2.

Masalahnya di sini, makin hari rasa ingin berhenti kerja dan bekerja sendiri itu sangat menebal. Untuk pengetahuan, aku memang business minded orangnya dan sejak kecil aku sudah mula berjinak2 dengan perniagaan. Cuma rezeki aku dilahirkan dalam keluarga yang susah maka agak sukar untuk aku mengembangkan perniagaan ke peringkat yang aku impikan kerana kebanyakan daripada hasil pendapatan aku digunakan untuk menyara keluarga.

Sebenarnya kini aku dalam dilema, aku mempunyai satu idea perniagaan yang in sha Allah kalau direalisasikan mampu untuk memberikan pulangan yang agak memberangsangkan. (bukan MLM ya huhu) Cumanya di sini, adalah mustahil untuk aku lakukan secara sambilan.

Aku pernah berbincang dengan suami soal berhenti kerja dan memulakan perniagaan dari rumah, tapi suami mengatakan jika aku berhenti kerja, dia mungkin tidak mampu untuk menampung perbelanjaan kami terutama sewa rumah yang selama ini kami kongsi bersama. Aku tak menyalahkan suami dalam soal ini kerana aku memahami keadaan ekonomi kami. Gaji 3k-4k hidup di kota metropolitan ni diibaratkan seperti ‘miskin bandar’ sebenarnya kan.

Jika aku nekad berhenti kerja, savings yang aku ada hanyalah cukup untuk menampung modal perniagaan namun tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulananku pula. Yelah, perniagaan juga mempunyai risiko kerana 6 bulan pertama adalah tempoh untuk memperkenalkan jenama, jadi aku tak boleh nak expect akan mendapat keuntungan dalam masa yang singkat.

Setiap waktu aku berdoa mohon Allah tunjukkan jalan keluar. Niat aku ingin berniaga kerana aku mahu lebih banyak masa menguruskan keluarga, dan aku ingin lebih mudah beribadat padaNya. Aku juga ingin berjaya dunia akhirat seperti insan-insan berjaya yang lain, nak bawa ibu bapa menunaikan haji dan umrah hasil dari usaha sendiri. Jika diharapkan gaji semata-mata, agak mustahil untuk merealisasikannya..

Selagi masih makan gaji, adakalanya perlu pulang lewat dan tak mampu nak masak untuk suami dek kerana terlalu letih. Solat pula seringkali lewat kerana perlu dahulukan meeting, event dan sebagainya. Justeru, aku mohon pendapat dari anda semua sebagai pembangkit semangat untuk aku mencari jalan keluar.

Sekian..

– R

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *