Ingin Berhijrah, Namun Malu Pada Keluarga

Assalamualaikum semua. This is my first ever confession and first time tahu pasal blog ni.

Saya nak berubah tapi malu dengan keluarga. Bukan sebab diaorang memalukan saya atau bercakap buruk ke apa. Memang tak buat macam tu tapi ianya sebaliknya.

Means kalau saya start solat, mak saya akan peluk2 saya kata bagus2.

I know thats great tapi saya lebih selesa kalau orang buat tak tahu je. Jangan compliment. Saya tak suka compliment. Saya rasa kekok bila diberi pujian ke apa sebab saya dah biasa duduk di dalam bayang.

Saya tulis pasal hidup saya dibawah ini pada Okt 22, 2020. Okay so now i will start my past and kalau ada yang sudi memberi nasihat atau apa pun je la kan. Lets start!

Nak berhijrah bukan mudah seperti yang dibayangkan. Ia memerlukan satu pengorbanan yang agak besar.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak modern namun begitu kami masih menerapkan agama dalam kehidupan seharian.

Apa yang berbeza ialah ibubapa saya tidak dibesarkan dengan agama sangat kerana pada zaman mereka tiada ilmu agama yang tinggi jadi mereka hidup dengan bebas juga.

Disebabkan itu, keluarga saya tak menekan kan perihal agama terlampau kepada saya dan abang kakak saya. Tapi saya memakai hijab.

Sejak dari kecil, saya bertudung. Hanya sekali dua sahaja saya membukanya di sekolah, itupun hanya untuk beberapa minit.

Sewaktu itu saya berusia 7-8 tahun. Tahun pun berlalu sejurus itu saya pun meningkat usia dan saya masih mengekal kan hijab saya.

Sampai pada satu waktu yang terdekat dengan tahun saya menulis ini. Saya membukanya.

Saya digelarkan sebagai perempuan ‘freehair’.

Sejujurnya, saya tidak mengerti apa sebab saya melakukan hal yang sedemikian. Sehingga kini saya buntu dengan perbuatan saya,

Namun kini saya cuba endahkan hal tersebut seketika kerana di saat ini saya ingin berubah. Saya mahu kembali ke pangkal jalan. Saya inginkan keredhaan Nya. Dia yang Maha Esa.

Kerana saya yakin, disitu ialah jawapan untuk segala persoalan yang disimpan dalam minda saya untuk bertahun lamanya.

Tidak dinafikan, saya sebenarnya rasa sangat ‘lonely’ walaupun saya dikelilingi oleh pelbagai hidupan tapi hati saya terasa sangat kosong.

Mungkinkah sebab saya mencari manusia yang mampu untuk saya menumpang kasih?

Basically percaya yang kekosongan hati ni boleh diisi by mempunyai pasangan. Sedangkan perasaan itu mampu diisi oleh sang Pencipta.

Walau saya tak tahu membaca tulisan jawi, membaca surah yang perlu dibaca sewaktu solat dan saya juga tidak mengerjakan solat. Langsung tidak dibuka al-Quran. Saya tidak pernah menidakkan agama saya iaitu Islam.

Saya percaya bahawa Tuhan saya cuma ada satu dan ia wujud. Allah S.WT. Saya juga tahu dan akui al-Quran itu benar dan ianya ‘logic’. Saya percaya pada Islam tapi saya tidak mempratikkan nya.

Disaat ini, waktu menghampiri hari lahir saya dan tidak lama lagi saya akan memasuki usia 18 tahun. Saya berazam ingin berubah 100% transformation.

Saya inginkannya. Kerana Allah. Bukan disebabkan mana-mana lelaki, atau paksaan manusia lain. Ia satu keinginan saya sendiri, saya rasa bagaikan dipanggil oleh-Nya untuk kembali ke pangkuan nya.

Saya menangis pagi tadi sebab saya tiba-tiba rasa sebak. Out of nowhere. Saya nak berubah.

Dari diri yang kini bersikap, bertutur secara kasar terhadap ibubapa serta sering berbicara, bergurau senda menggunakan kata-kata kesat terhadap keluarga dan kawan-kawan.

Kerana terlampau selesa dan terbiasa dengan mencarut itu satu normal pada generasi saya which is tidak patut langsung.

Dari bertudung, seterusnya tidak bertudung, saya mahu kembali menjaga aurat saya.

Dari selalu tidur mendengar lagu-lagu, saya mahu tidur dengan zikir dan surah. Ayat-ayat al-Quran.

Daripada diri yang dahulunya bergantung pada manusia. Saya mahu bergantung dan berserah diri pada Allah kerana Dia yang cipta saya.

InsyaAllah semua akan baik-baik. Doakan saya dalam perjalan saya ini.”

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *