Ingin Berpisah

Assalammualaikum pembaca semua. Dah masuk setahun saya fikirkan perkara yang sama dan saya masih belum dapat jawapan dan keputusan yang tepat. Saya takut tersalah buat keputusan.

Saya selalu bergaduh dengan suami saya dari awal perkahwinan. Sekejap baik sekejap gaduh. Gaduh hal kecil. Tapi boleh jadi besar.

Lama memendam. Sebab saya tak suka terus tegur apa yang saya tak suka. Saya lebih memilih untuk berdiam diri. Bagi memberi peluang pada suami untuk berubah. Malangnya tiada perubahan.

Kami juga diuji dengan gangguan sihir pemisah oleh bekas kekasih suami. Lama saya mengambil masa untuk berubat. Susah payah kesana sini berhabis duit tanpa bantuan suami. Sedangkan dia tau apa yang sedang kami lalui.

Dia berubah lepas saya berubat kesana sini. Cuma bukan berubah sepenuhnya. Masih ada sikap yang saya kurang senang.

Sering memarahi saya dihadapan ibu nya. Selalu nya perkara yang berkaitan dengan ibunya. Contoh dia perlu menguruskan hal ibu nya dan saya.

Dia akan mula naik angin jika urusan ibunya terlewat disebabkan memikirkan untuk selesaikan hal saya. Sedangkan ibunya tidak pernah merungut. Dari situ dah ada rasa marah pada dia. Bukan sekali dua.

Tapi berkali-kali. Macam takde maruah saya ni dibuatnya.

Berkira bila bab anak. Anak saya agak semangat jika diukur pada umurnya. Saya bersaiz petite. Kalau orang tengok pun rasa macam tak percaya saya mampu dukung anak saya kesana sini.

Suami saya berbadan besar sasa. Dia selalu merungut tiap kali terpaksa mendukung anak kami. Dengan alasan ‘tak larat’. Habis aku ni?

Anak saya tak nak duduk dalam stroller. Kalau bawak stroller pun dia akan meronta nak turun berjalan. Bukan bab anak je. Banyak benda la.

Especially tiap kali lepas beli barang dapur. Plastik banyak nak angkut kadang tu terlupa bawak bag ikea tu. Jadi dia akan merungut dia tak mampu nak angkat semua.

Dan minta saya membantunya sekali sedangkan saya terpaksa mendukung anak kami sambil mendaki anak tangga untuk naik ke rumah. Bab jaga anak pun sama.

Malas nak uruskan apa-apa pasal anak. Dengan kata yang mudah , tiada tolak ansur dan tanggungjawab. Selalunya dia akan rajin sehari dua tiap kali lepas kami bergaduh teruk.

Maaf kalau ada yang kurang faham. Saya menaip sambil diganggu anak.

Tiada pujian. Kadang saya cemburu melihat pasangan lain yang romantis. Bukan minta dibeli hadiah selalu. Puji-pujian pun cukup.

“Awak cantik sangat” , “cantik-cantik nak pergi mana” , “morning princess”. Mungkin dia tak biasa buat macam tu. Tapi kalau hati ada perasaan cinta.

Apa pun kita sanggup buat dan ubah untuk orang yang kita cinta. Sampai saya rasa dah tak kisah tidak dipuji suami. Tapi menagih pujian daripada orang lain pula.

Saya cuma mahukan perhatian dari seorang suami. Kami bercinta lepas nikah. Sepatutnya lebih romantis dan sweet. Tapi keadaan kami seolah-olah dah bertahun berkahwin.

Pada saya, perkahwinan ni membosankan. Tiada perhatian dari suami , saya hanya membuat kerja suri rumah tangga setiap hari dan menjaga anak. Perkahwinan kami baru nak masuk tahun ketiga.

Perasaan saya pada suami semakin kosong. Perasaan ini muncul lepas suami saya cakap pada saya yang dia bertahan hanya kerana anak kami sahaja , ketika kami bergaduh dulu.

Saya tiada hati lagi pada suami saya. Kerap jugak saya menangis lepas solat. Saya memohon agar allah bagi petunjuk dan tenangkan hati saya. Tapi rasa tu tetap juga muncul.

Rasa hendak berpisah. Saya nak berpisah dengan dia sebab saya tiada hati lagi pada dia. Saya dah hilang perasaan suka menatap wajah dia. Tidur pun kalau boleh saya nak tidur berasingan. Saya taknak dia sentuh saya. Selama ni pun tiada sentuhan kasih sayang dia bagi pada saya.

Semua tu hanya berlaku bila bersama saja. Pernah kami usaha pergi ke Pejabat Agama. Tapi tiada perubahan. Sebab hati saya dah tiada untuk dia. Dan saya juga dapat rasakan yang sama pada dia. Tiada cinta pun dalam hati dia untuk saya.

Kita tau beza orang yang cintakan kita dan tidak. Tiap kali saya sakit teruk atau anak demam panas. Waktu tu jugak dia ada hal secara kebetulan.

Dan dia lebih memilih kawan-kawan dan keluarga dia dari saya dan anak. Alasan dia “dah janji lama”. Jadi untuk apa saya kahwin kalau masih menguruskan diri sendiri sendirian?

Saya celaru sangat. Sampaikan penulisan saya pun agak kelam kabut dan tidak jelas. Maaf sekiranya kurang faham.

Adakah betul keputusan saya ni? Berpisah? Boleh ke hidup dengan orang yang kita tidak cinta dan sayang untuk bertahun lamanya? Perlu ke menyiksa hati dan jiwa sendiri demi kepentingan orang yang tidak menghargai kita?

Saya pernah share disini tentang perkara yang sama. Tetapi bukan tentang perpisahan. Alhamdulillah semua komen positif yang saya dapat, membantu menaikkan semangat saya semula, dan membuatkan saya berasa lebih tenang selepas meluahkan apa yang terpendam.

Terima kasih kepada semua yang membaca.

– Amirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *