Ingin Berpisah Tapi Sayangkan Anak

Saya lelaki, berumur pertengahan 30an, isteri 2 tahun lagi muda daripada saya, usia perkahwinan 9 tahun, ada 3 orang anak.

Isteri surirumah sepenuh masa, setiap bulan saya berikan wang saku tidak kurang RM1000-1500.

Sejak masih berkawan hingga sekarang, isteri seorang yang pemarah, tidak pandai kawal emosi, suka berburuk sangka dengan semua orang, mertua, ipar, biras, dan kenalan2 yang lain.

Boleh kata semua orang tidak baik dimata dia. Perkara ni terjadi sebab dia berasal dari keluarga yang broken home.

Saya sendiri tiada orang ketiga. Masih setia bersama isteri. Cuma hati saya dah tak ada perasaan terhadap dia.

Alhamdullilah saya dikurniakan rezeki yang cukup oleh Allah, ada rumah dan kereta yang selesa. Saya juga selalu bantu buat kerja2 rumah untuk memudahkan isteri.

Secara tanggungjawap, saya rasa saya dah tunaikan dengan baik. Cuma mungkin saya kurang beri perhatian pada dia.

Sebenarnya bukan sengaja untuk saya kurang beri perhatian, tapi memang saya dah tak ada perasaan pada dia. Sudah tawar hati.

So far isteri masih jalankan tanggungjawap, masak, kemas rumah, dll, cuma sifatnya yang selalu berburuk sangka dan negatif jadikan saya geram dengan isteri.

Jangan cakap saya tak nasihatkan dia, sudah puas sejak awal perkahwinan sampai sekarang, tapi memang isteri bersifat macam tu. Dan tiada tanda2 dia akan berubah.

Saya cuma bahagia sebab ada anak2, bukan dengan isteri. Kalau tiada anak, mungkin saya akan berpisah dengan dia lebih awal. Tapi sekarang dengan ada anak2, saya kesiankan tentang masa depan anak.

Isteri juga seringkali cakap dia juga sebenarnya macam dah bersedia kalau nak berpisah, tapi ada beberapa sebab yang dia masih takut2 kalau perpisahan betul2 berlaku.

Saya takut kalau berpisah dan anak2 berada dibawah jagaan dia,

Anak2 jadi mangsa marah dan dibesarkan dengan lingkungan toksik sebab ibunya memang selalu berkata perkara2 dan perkataan2 yang tidak baik, even didepan anak sendiri.

Perkataan bodoh, bangang, gila, antara yang selalu disebut oleh isteri bila dia marah.

Saya nakkan kebahagiaan, dan saya dah putus asa dengan isteri. Tapi saya sayangkan anak2 dan kesiankan masa depan mereka jika dibesarkan oleh ibunya.

Mohon beri pandangan. Terima kasih…

– Lelaki 30an (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Teruskan membimbing dia dik. Doa yang baik2 agar Allah kembalikan rasa sayang pada isteri sebagaimana saat mula adik kenali dia. Mudah2an hubungan kalian mampu kekal sehingga ke Jannah. Kasihankan anak2 jangan jadikan mereka terlahir dalam golongan broken family juga. Teruskan membimbing dia…

  2. Isteri kau ada LUKA BATIN CHILDHOOD TRAUMA yg masih subur dlm memori dan emosinya sebab tu terzahir segala sikap buruknya.
    Dia perlu dirawat melalui kaunseling.Cari kaunseling/hipnotis berbayar self healing centre.

    Dgn cara tu je dia akan slowly berubah lepas dah reset minda.

    Ko nsihat la berkoyak2 sekalipun ibarat mencurah air ke daun keladi.Anak2 ko if membesar dgn didikan isteri kelak nanti akan mengikut perangai toksik isteri.
    Bila kahwin..kemungkinan besar akan jd pembuli pasangan.Sebab dah di abuse oleh ibu sendiri (isteri ko)

  3. Saya ada baca somewhere bang, sifat cinta antara manusia itu tidak akan kekal. Sebab hanya sifat cinta antara manusia dan pencipta-Nya sahaja kekal, dan kekekalan itupun harus dipupuk dan didalami. Hanya disebabkan perangai isteri kamu begitu sahaja kamu sudah berpaling ya? Hmm, dosa besar tu. Bagai mana nak kekal kan hubungan cinta dalam perkahwinan? fahamilah rumah tangga yang bersifat Mawaddah Ar Rahmah. Betul isteri kamu bang, banyak kekurangan dan buruknya. Dia manusia, kamu pun tahu dia membesar bagaimana. Kamu sebagai suami yang patut tegas membimbing dia.

    Kahwin macam-macam dugaan untuk kekalkan. Cuba mendalami sifat ar-rahmah, jika sudah tiada hati dan cinta antara pasangan, Wujud dan pupuk pulak perasaan tu kepada Tuhan. Ajak pasangan kamu sama-sama. Penyakit isteri kamu tu bukan takde ubat, kamu kena tegas sebagai seorang suami, tegas ye, itu tanggungjawab kamu. Perangai degil mana yang tak boleh nak ubah? amalkan surah Taha untuk lembutkan hati isteri kamu. Yakin. Tuhan membenci orang yang berniat nak meruntuhkan masjid yang dibina.

    • Dan lagi satu, kebanyakkan perkahwinan yang berkekalan lama, kamu rasa masih ada sifat sayang antara mereka? Kebanyakkannya tidak….tapi mereka memilih untuk teruskan dan cuba lah faham konsep yang saya katakan dekat atas tu. Tiada cinta yang kekal antara manusia, ingat tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *