Ini Aku.

Korang pernah kena dismiss?
Kalau korang pernah rasa, mesti korang faham ape perasaannya.
Start dari sekolah rendah, aku dapat straight A’s.
Bila pmr & spm, aku boleh dikatakan cemerlang dan more than 5A’s yg aku collect.
Sampai aku apply upu, aku minta uiam dan usim je.

Aku start asasi di Nilai tahun 2011. Masa tu was like, happy gila!
Aku mmg dari kecil tak rapat dengan parents unless dgn abg abg.
Bila masuk asasi, aku tak pernah contact parents aku.
Tanya khabar ke, masak apa ke, buat apa ke.
Or cerita tentang aku di uia. NOPE and NEVER!

Makanan favourite aku, maggi. Semua maggi aku suka.
Dari makan atau ratah saja saja tanpa rebus, sampai la masak berbagai jenis cara.
Semua aku suka. Asam semua tu mmg favourite. Tak pernah miss.
Makan western, masyaAllah. Allah je yg tahu.
Maggi sebungkus 6 packs aku boleh habis kan within 1 day.
Aku boros. Duit ptptn habis sebab nak makan je.
Bila duit habis aku tak call parents. Sebab aku mmg jenis yg tak meminta.
Aku start puasa. Dan jimat sikit-sikit.

Sampai kan aku terdesak sangat, mak aku call mesti dia cakap ayah masukkan duit.
Aku study, aku jarang consult lecturer. Tapi carry marks aku rendah. Tak sampai half pun.
Tapi aku buat tak tau je. Tak ada inisiatif nak pergi jumpa lecturer. Tak ada.

Sampai lah, aku exam. Aku memang blur.
Bila result keluar, result aku was very bad.
Pointer masa tu 1.26 something. I can’t remember.
Masa tu aku cool je. Sebab ingat tak ada pape.
Then, aku terus call A&R sbb nak apply short sem.

Bila officer minta matric no. 114***
She said, ‘You got dismissal from IIUM.’
Masa tu satu badan aku ketar.
Aku tak tahu mcm mana nak gambarkan.
Aku kelu. Sis tu cakap aku tak boleh continue unless aku buat appeal.
Masa tu aku memang hampa kecewa gila.

Dengan diri aku sendiri. Masalah aku sekarang, MAK & AYAH!
Macam mana nak cakap.
Malam tu aku cakap slow slow. Mak ayah terkejut.
And harapan diorang pada aku musnah.
Masa tu aku tak tahu nak buat apa.
Aku cuma fikir cara lain nak sambung belajar.

Esok nya aku start buat surat appeal.
Abg ipar aku tolong check grammar and all that.
Ayah aku.
Sangat penyayang!
Dia tlg aku pos surat ke uiam petaling jaya.
Semua medium dia tolong. Dia pos guna skynet, pos malaysia, pos courier dll.
Dia fax surat terus sampai uia.
Cuma atas alasan satu je.
Dia nak aku habis belajar dpt pendidikan yg baik.

Bila kawan dia dtg rumah. Tanya, yg ni belajar kat mana.
Muka dia berubah. Dia jawab, Uia.
Aku masa tu kat dapur, pandang muka dia. Allah, sebak sangat.
Aku nekad. Aku nak ubah diri aku.
Aku nak ubah perspective siblings aku yg masa dpn aku dh musnah.

Aku start ubah diri aku. Aku terus dan terus berdoa dekat Allah.
Supaya aku dpt peluang kedua.
Aku nak tebus semuanya balik. Aku nak pandai macam kakak aku yg belajar UM.
Dia dapat No.1 ranking dalam kulliyyah dia with pointer 3.89.
Dan aku nak parents aku proud dekat aku sama level mcm diorang proud dekat kakak aku.

Ya aku rasa di abaikan. Since kecil, even ada perjumpaan ibubapa.
Mak ayah aku tak pernah dtg sign kan kad kemajuan aku.
Tak pernah sekali pun. Walaupun aku dpt straight A’s in upsr, they never come.
Bila aku tanya kenapa, diorg cakap takut result aku tak bagus.

Now, adik aku bertuah sangat. Mak ayah aku sayang sngt dia. Setiap kali ada sign kad kemajuan, mesti diorang pergi. Sebab adik aku sekolah dkt cluster. Sekolah pandai. Aku sekolah biasa je.
Bila aku tahu mak ayah pergi sekolah adik aku, aku nangis sendiri.
Aku nak perkara yg sama diorang buat dekat aku.

Then, bila aku dapat keputusan tuk appeal. Nama aku have been short listed.
Aku dapat pergi interview. Aku nak naik bas. Tapi ayah aku tak bagi.
Ayah hantar aku pergi dari Terengganu. Sampai je uia. Aku terus pergi Ibn Khaldun meeting room.
Masa tu depan aku, 6-7 lecturers, of Head of Department from kuliyyah hs dari Gombak.
Masa tu mmg ikrar yg aku buat, aku janji yg aku akan do well!

Lepas je interview, aku salam ayah aku. Aku peluk dia.
First time aku peluk dia erat. Aku nangis. Aku cakap.
‘Ayah, terima kasih. Maafkan kakak. Kakak tak janji kakak boleh sambung lagi atau tidak.’
Ayah cakap, ‘Buat setakat kakak mampu.’
Masa tu aku takut sangat aku hampakan dia.

After few weeks, aku dapat list nama successful interview.
Alhamdulillah, nama aku tersenarai.
Aku akan re-admission ke asasi uia dalam hs.
Masa tu yg tahu aku dismiss Cuma roommates aku je.
2 org. Until now, both of them ada dgn aku.

Rommates semua sedar akan perubahan aku.
Aku start buat extra study, pergi library, pinjam buku.
Do group discussion, tanya bila ada tak faham.
Consult lecturer. Seek their advices.
Pergi motivational talk dan lain-lain.

Alhamdulillah. Every semester I managed to get 3.00 and above.
Sampai last semester aku di asasi, I got dean’s list.
Aku tahu, usaha tanpa amal ibarat pohon yg tak berbuah.
Aku cuba istiqomah.

Aku dapat dua offer letter degree.
Within hs and edu.
Dedua kos yang aku minat. Tapi passion aku lebih pada school setting.
Sebab aku nak tlg all students yg mungkin tidak bernasib baik macam aku,
And apa aku tahu every students has their own interest, skills and so on.
Aims aku, aku nak help them to have better life in future.
Tak semestinya once you got failure in your exam, that means you will fail all the time.
NO!
You deserve to have another opportunity.
Aku nak semua orang dapat opportunity tu.
Withing your own effort!

Sekarang, aku di Kulliyyah of Education.
New life, new syllabus, new friends, and new lecturers.
Aku serasi di sini. Tapi bukan bermakna aku lupa kan hs.
Aku masih rindu kehidupan aku di hs.

Dekat sini, aku cuba mulakan hidup baru.
Semuanya baru.
Yg tahu aku dismiss, tak ada siapa.
Di edu semua ingat aku pandai. Bijak.
Sebab? Aku suka consult lecturer.
Sebab aku suka tanya.
Sebab aku selalu duduk first row dlm kelas.
Aku bukan jadi orang lain. Ini diri aku sekarang.
Mungkin sebelum ni aku pasif.
Tapi sekarang I am trying my best to be more active.

Aku takut.
Aku malu kalau orang tahu aku pernah kena dismiss.
Sebab dulu ada orang jauhkan diri dari aku lepas dia tahu aku dismiss.
Aku takut orang jauh dari aku.
Aku takut tak ada kawan.

Sekarang, alhamdulillah. Every sem aku managed tuk dapat dean’s list lagi.
Every sem pointer aku naik.
Tapi, kehidupan tak seceria yang korang sangka.
Aku di gelar DL atas kepandaian org lain.
Sakit bukan?
Aku selalu group dgn one of budak top dlm kelas aku.
Dia pandai. Segalanya perfect.
Bila aku satu group dgn dia, dia cakap secara halus yg aku dpt markah tinggi because of her.
Mmg carry marks aku tinggi. Kdg-kdg self motivation aku lemah.
Aku nekad. Aku nak buktikan pd dia yg aku boleh buat atas usaha aku sendiri.

Bila mula sem baru, aku start cari partner lain. Aku mula satu group dengan org lain.
Aku try tuk buat buat tak nampak dia bila masa nak form a group.
Bila lecturer nak buat individual work, aku berhempas pulas nak siapkan better.
Aku puas. Bila aku dapat markah tinggi dari dia.
Aku buktikan aku managed to get DL without her.
Itu usaha aku!
Bukan dia.

Now, aku cuba bergerak solo. Tanpa dia.
Tapi aku Cuma nak ingatkan satu benda.
Bukan mudah untuk berjaya,
Bukan susah untuk gagal.

Korang ingat DUIT.
Doa,
Usaha,
Ikhtiar,
Tawakkal.
inshaAllah Allah tolong korang.

Sekali korang berjaya jangan riak atau sombong.
Tolong kawan kawan korang.
Walaupun korang dapat DL, listed as 5 top students in korang punya kuliyyah sekalipun,
Kalau korang elakkan diri dari tolong kwn kwn korang yg merangkak nak kan bantuan,
Korang adalah org org yg rugi.
Jgn sebab korang nk jaga pointer,
Jgn sebab korang nk continue scholarship or whatever awards yg korang dpt,
Korang tak tolong kwn kwn korang.
Jgn sesekali selfish.

Tolong kwn kwn korang.
Bila ada lecturer yg pernah bagi korang B, or C atau fail kan korang,
Please, jgn cakap buruk buruk ttg mereka.
Diorg pendidik, diorg bagi ilmu dekat korang.

Kalau korang usaha, inshaAllah korang dpt selipat ganda dgn usaha korang.
Jgn sesekali angkuh.
Dan jangan pandang rendah pd kwn kwn korang yg tak dpt DL, or yg tak berapa active.
Sbb korang tak tahu apa sebenarnya yg dia rasa.

Last but not least.
Solat jangan lupa.
Solat hajat dan solat taubat jgn lupa.
Solat dhuha jgn lupa.
Puasa sunat jgn lupa.
Mengaji jgn lupa.
Amalkan surah yasin, dan surah luqman setiap malam.
Bersyukur jgn lupa.
Bila korang dpt DL atau markah tinggi, jgn pernah lupa nak nazar.
Buat puasa nazar atau sbg nya.
Betul, tak rugikan pun kalau kita luangkan sikit masa untuk Dia.

Lastly, jangan lupa call parents korang.
Everyday!
Minta doa. Minta restu.
Minta diorg doakan korang.
Even call setiap hari, tanya soalan sama setiap hari.
Its okay.
Jgn mengeluh. Bila korang jd kan habit call family tiap hari,
Korang akan rasa happy sngt.
inshaAllah korang tak akan pernah menyesal,
if one day diorg pergi tinggalkan korang.

Al-Fatihah buat mak dan ayah.

Aku rindu sangat diorang pada ketika ini.

– GadisEdu

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *