Ini Cara Aku Handle Rumahtangga Toksik

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi siaran confession ini. Tujuan aku menulis confession ini adalah untuk berkongsi cara bagaimana aku handle rumah tangga yang hampir menjadi toksik dan racun kepada aku.

Ini juga sebagai maklum balas kepada confession yang bertajuk ‘Macam mana nak handle situasi ini’ (https://iiumc.com/bagaimana-nak-handle-situasi-ini/), lebih kurang begini tajuknya, aku lupa.

Kisah yang dikongsikan oleh puan sebenarnya hampir sama dengan kisah saya. Cuma bezanya suami saya bukanlah pemandu lori tetapi bekerja dalam bidang pembinaan. Sentiasa keluar pagi, balik malam.

Usia perkahwinan juga baru masuk tahun keenam, mempunyai 2 orang puteri yang juga berumur 3 dan 1 tahun. Saya juga wanita berkerja yang perlu keluar rumah seawal 6 pagi dan pulang pulang 5 petang.

Suami saya juga seorang yang tidak tahu membuat kerja rumah, menjaga anak, malas mengambil tahu hal2 dapur, ego dan pantang ditegur, suka sentap tanpa sebab,

Dan suruh saya fikirkan sendiri apa salah saya, hanya basuh pinggan yang dia guna sahaja, makan berhidang, dan suka tidur sepanjang hari kalau cuti.

Saya pula? Seperti puan terlalu mengalah, terlalu lembut, terlalu manjakan suami sehingga dari a sampai z tentang urusan rumah tangga, anak-anak,

Bil-bil kadang saya bayarkan, barang dapur saya belikan, barang keperluan anak saya belikan sehingga gaji saya sendiri saya tidak merasa. Makan ditempat kerja kadang2 bercatu.

Waktu itu saya pendam segalanya, kalau saya suarakan mesti akan bergaduh dan saya yang kena mengalah. Saya yang akan minta maaf dan mengaku itu salah saya.

Kenapa? Sebab kalau saya melawan, saya akan dibuat seperti tidak wujud, dia akan membiarkan anak2, dia akan tidur seolah-olah mati, dia akan keluar rumah dengan muka amat menyampah pada saya.

Saya ketika itu menjadi terlalu penat, tertekan sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar psikiatri. Itu pun sebab rakan sekerja yang perasan tentang perubahan diri saya. Terlalu cengkung, pucat, terlalu kurus dan nampak tak terurus.

Mereka memaksa saya berjumpa doktor dan akhirnya saya disahkan menghidapi depression dan anxiety. Tak pasal-pasal kena makan ubat setiap hari.

Akhirnya saya tekad, selagi saya yang tak berubah, saya terus hidup begini. Jadi apa saya buat? Saya tukar cara layanan, cara menguruskan rumah tangga, cara berkomunikasi dengan suami. Tiada lagi perkataan ‘maaf’ kalau bukan saya yang bersalah.

Tiada lagi saya seorang yang kena handle anak2, bil-bil saya langsung tak ambil tahu, barang rumah saya langsung tak belikan (kalau habis, saya cakap habis), susu pampers anak saya senaraikan harga dan bagi pada suami, minta dia belikan(dia terkejut masa pertama kali tengok harga).

Pendek kata, urusan yang sepatutnya suami uruskan memang saya serahkan sepenuhnya kepada dia. Saya langsung tak ambil peduli. Bagi saya, itu saja cara supaya dia sedar tentang tanggungjawab, tiada lagi suami yang manja dan mengada-ngada.

Pernah suatu malam, anak sulung mengajak ayah dia bermain tetapi suami saya sibuk dengan telefon. Entah macam mana, anak terbaling patung lembut (patung baby) dan terkena dahinya.

Tiba-tiba dia mengamuk dan baling semula patung itu sekuat hati kepada anak saya. Patung itu terkena dahi berhampiran mata anak. Menjerit anak saya kesakitan dan cakap matanya sakit tak boleh buka.

Masa ini, untuk pertama kali sepanjang perkahwinan, saya JERKAH (bukan tinggi suara ya) suami sekuat hati, saya sepak kaki dia dan maki dia dengan ayat ‘PERANGAI MACAM ORANG BODOH!’.

Muka dia sangat terkedu, mungkin tak sangka saya boleh jadi begitu. Kalau dulu saya akan minta maaf, tapi sekarang saya langsung tak hiraukan dia.

Nak mengajuk? Mengajuklah kau sendiri, nak sentap? Sentaplah. Nak tidur tak nak bangun2? Tidurlah, saya tolong tutupkan pintu. Buatlah apa pun, saya tak pujuk dan minta maaf seperti dulu. Sekarang semuanya dah berubah, ego nya dah hilang ke mana,

Saya juga lebih berterus terang sekarang. Saya tak simpan perasaan saya lagi. Kalau saya tak suka, saya cakap straight saya tak suka.

Kalau saya marah, saya zahirkan perasaan marah, saya cakap yang saya marah. Kalau saya nak dia buat sesuatu, saya akan terus arahkan dia buat, tak ada minta lembut2 sampai kena minta maaf sebab susahkan dia bagai.

Kalau dia beralasan, memang saya cakap saja saya tak puas hati. Kalau saya penat, saya cakap saya penat, saya tak nak buat apa2, saya tak nak uruskan rumah, saya tak nak masak.

Kalau saya mengantuk, saya cakap saya nak tidur dan terus tinggalkan anak-anak pada dia. Yang penting komunikasi dua hala.

Tiada lagi pendam2, tiada lagi nak jaga hati sampai kita sendiri makan hati. Kau dah janji dan bina rumah tangga sama-sama, jadi kita hadap, kita susah senang, kita stress, kita penat sama-sama. Itu yang saya selalu cakap pada suami.

Kini, saya semakin sihat, mental saya sihat, jiwa saya bebas daripada bebanan emosi, saya boleh ketawa semula, saya lebih berkeyakinan, saya lebih sayangkan diri, anak2 juga happy, suami juga sudah mula berubah lebih baik, rumah tangga semakin harmoni..

Satu ayat suami yang membuatkan saya pasti kehidupan saya sudah semakin baik ialah apabila dia cakap “abang tengok awak selalu ketawa sekarang, tak macam dulu, selalu nampak sedih.”

Mungkin cara saya tidaklah sesuai untuk semua rumah tangga, cuma yang penting di sini ialah kita sebagai isteri kita kena kuat dan berani untuk bertindak. Jangan terlalu lemah dan selalu mengalah. Ada masa suami kita juga membuat salah.

Memuliakan suami itu perlu, tapi jangan bertuhankan suami. Taat itu perlu, tapi jangan sampai jadi hamba suami.

Apa guna perkahwinan yang menjanjikan neraka sedangkan pada awalnya yang didambakan adalah syurga?

Terima kasih.

– Kekwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *