Ini Hotel Ke? – Versi Jepun

Hai semua, salam perkenalan. Saya nak bercerita tentang pengalaman outstation di Jepun. Sudah 10 tahun tak mengarang dalam bahasa Melayu tapi saya harap bahasa Melayu saya masih difahami oleh pembaca.

Sedikit perkenalan diri, saya seorang wanita 20an yang bekerja di Jepun dan masih lagi setia dengan syarikat yang sama. Tak kaya tak miskin, tak cantik tak hodoh tapi comel itu ada.

Musim panas tahun lepas, tiba-tiba boss arahkan saya pergi outstation untuk backup coworker saya, Unechan (nama panggilan sebenarnya) secepat yang mungkin.

Dengan kalutnya, kena siapkan kerja sendiri, kena isi borang outstation, kena fahamkan kerja Unechan dan sebagainya. Tentang hotel, kereta sewa semua saya serahkan bulat- bulat kepada Unechan sebab dia sudah ada di sana.

Terus lah bergerak saya menuju ke stesen dan menaiki shinkanshin untuk menuju ke saitama. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 8 jam dan beberapa kali tukar train.

Sesudah sampai, Unechan sudah terpacak di stesen, menunggu dengan muka yang tak keruan. Sejujurnya saya tak rapat sangat dengan Unechan. Unechan seorang perempuan 3/4 tahun tua dari saya dan terkenal dengan kuat bekerja dalam kalangan orang jepun.

Beberapa kali dia hampir pengsan di tempat kerja kerana overwork dan dimarahi boss sebab buat kerja di luar waktu bekerja.

Bayangkan lah bila boss paksa dia cuti, dia akan bercuti tapi senyap-senyap bawa balik kerja/laptop ke rumah. Orang kanan president sayangkan kepada dia sehingga memberi gelaran Unechan kepadanya (satu-satunya pekerja yang mendapat gelaran).

Dalam kereta, Unechan menerangkan dia sudah tempah hotel A tapi sebabkan dah penuh, malam terakhir (hari khamis malam jumaat) sahaja kami kena tukar ke hotel B.

Penerangan Unechan tidak ku hirau kerana saya lebih memikirkan tentang kerja yang bergunung dan dateline yang ketat. Tsunami, taufan datang sekalipun kerja kena siap dalam dateline, dan outstation tak boleh dipanjangkan!!!

Outstation berjalan lancar dengan pembahagian kerja antara saya dan Unechan. Hari khamis kami check out dari hotel A dan lepas waktu kerja akan check in ke Hotel B.

Pagi khamis, Unechan mengeluh sebab dia tak tahu lokasi hotel B dan sudah puas dia cari di internet tapi tak keluar-keluar alamat hotel.

“Hotel banyak kat sini, mesti dia keliru dengan nama hotel”, kata hati kecil saya dan terus sambung buat kerja. Bukan saya tak mahu tolong carikan hotel B tapi kerja menggunung sudah menanti.

Lepas pukul 6:00 petang, waktu kerja dah habis dan kami bergerak ke kedai makan sebelum menuju ke hotel. Disebabkan Unechan tidak sihat, kami berpakat untuk beli bungkus sahaja.

Jalan ke hotel memang banyak simpan siur, dari bandar ke perumahan dan ke jalan semak samun tanpa lampu jalan. Sebaik sampai di depan hotel, kami di sambut dengan gerbang hotel style lama, di perbuat dari kayu dan hotel itu gelap gelita dari luar.

Sebaik sahaja melalui gerbang kayu tersebut, cahaya lampu kereta menerangi kawasan hotel dan saya nampak bangunan 2 tingkat berbentuk 4segi mengelilingi kami dan bangunan tu bersambung dengan pintu gerbang.

Tingkat satu parking kereta dan tingkat 2 bilik/rumah kecil yang bersambung antara satu sama lain. Ibarat macam rumah kayu tiang panjang, di bawah boleh parking kereta.

Tengah-tengah sibuk meninjau kawasan hotel, kami disapa dengan ketukan di cermin kereta dan suara garau, selamat datang dari seorang nenek tua. Melompat kami dalam kerete, kami langsung tak perasan dengan kehadiran nenek tua.

Kami terus ambil beg luggage dan mengikut nenek itu ke bilik hotel. Dia memperkenalkan diri sebagai housekeeper, memberikan name card dan TIDAK memberikan kunci bilik dengan alasan kami cuma tidur semalaman sahaja, esok tak payah check out.

Hujan renyai-renyai tidak membantu meredakan rasa tidak sedap dalam hati. Bile nenek itu beritahu supaya berhati-hati masa melangkah, saya terus pandang di bawah saya baru perasan lantai penuh dengan lumut hijau. Dinding pulak kotor kehitaman. “Ini hotel ke?”, bisik hatiku.

Mula-mula nenek itu hantar saya ke bilik hotel, saya perhatikan rekaan bilik hotel yang tidak pernah saya lihat. Biliknya besar untuk hotel jepun,

Carpetnya bunga-bunga pink besar, pintu tingkat kayu bersaiz besar dengan style yang boleh dibuka macam pintu.saya tergelak tengok bilik mandi, sinki berwarna hijau terang, bathtub besar berwarna golden yellow dan lantai berwarna biru tua. Betul-betul menyilau mata.

Katil dia saiz king dengan frame design zaman lama (katil dia macam katil raja dalam drama history jepun).

Oh, harga hotel ini 3 kali ganda lagi murah dari hotel biasa dan nenek itu cume terima cash bayar di tangan dia sahaja. Nasib baik dapat resit tulisan tangan, nanti senang nak claim.

Sejak masuk dalam bilik ini, saya memang rasa diperhatikan terutama dalam bilik mandi. Saya mandi dengan baju seluar lengkap, biar lah basah lencun pon asalkan saya tak seksi di sini.

Hujan renyai2 menambah lagi rase seram, bile saye mengintai di celah tingkap, memang gelap gelita tak nampak apa2 diluar.

Untuk mengurangkan seram, saya buka semue suis yang ada bilik mandi tandas, tv (tv pun style lama yang jenis tebal tu), entah chanel jepun mane saye buka.

Lepas solat isyak, saya kira2 nak ajak Unechan tidur same2, tapi saya takut kena report se*ual harasemt pula, Unechan pon dah bagitahu dia nak tidur awal, kot-kot dah tidur.

Semasa saya fikir nak buat apa, terdengar jelas bunyi besi diseret dari dalam tandas, saye tergamam perhatikan pintu tandas yang bertutup.

Saya nak lari dari bilik ini tapi saya tak tahu bilik Unechan. Macam mana kalau tengah saya berkeliaran cari bilik Unechan, saya nampak ‘sesuatu’?. Tipu kalau kata saya tak marah Unechan dalam hati. Hotel apa lah dia cari ni.

Untuk redakan berdebar, saya siasat bunyi tersebut. Perlahan2 pintu tandas saya buka, saya tak nampak apa2 yang bergerak atau diperbuat dari besi. Bila menongak ke atas, baru saya perasan ada kipas ventilation besi dan sudah berkarat.

Teori saya, bunyi yang saya dengar tu dari kipas ventilation dan nasib baik teori saya tepat bila bunyi yang sama keluar dari kipas tersebut. Lega hati dan saye terus tutup suis kipas tapi rasa diperhatikan tak juga hilang. Hotel ni tak sediakan air mineral.

Bila saya cari pemanas air, saya jumpa pemanas air yang berhabuk teruk dan terus terbantut nak panaskan air. Menyesal tak beli air mineral. (lepas balik dr outstation,saya tunjuk pic kepada mak saya, dia cakap ni pemanas air zaman 1970an dulu).

Saya pasang ayat yassin, bukak tv dan saya tak boleh tidur. Hanya berpusing-pusing atas katil, badan letih tapi hati saya dalam keadaan sedia untuk lari dari sini. Entah bile saya terlelap, saya bangun awal dari jangkaan. Terus saya siapkan diri dan keluar dr bilik dalam pukul 7 pagi.

Sepatutnya saya jumpa Unechan pukul 7:30pagi, biarlah saya tunggu di kereta dari tunggu di bilik nie. Sampai di kereta, Unechan sudah tunggu di driver seat.

Masuk sahaja dalam kereta, Unechan terus bergerak keluar dari hotel itu tanpa pandang belakang. Seingat saya, tak ada kerete lain di parking kecuali kereta kami sahaja.

Dalam kereta kami cuma diamkan diri melayari perasaan masing-masing. Saya bertanya keadaan Unechan. Dia cakap dia tak boleh tidur dan keadaan dia sama macam saya dan dia ada bagitahu nenek tua cakap yang hotel ini bekas love hotel yang lama.

Untuk pengetahuan, love hotel ini hotel untuk s*ks. Boleh panggil perempuan, dan menawarkan macam2 servis. Patutlah katil king. Terus rasa geli dan kotor, sebab saye tidur atas katil tu.

Outstation habis dalam dateline walaupun kami sudah macam zombie. Balik dari oustation, saya terus kena demam panas (covid negative) mungkin terkejut dengan hotel B.

Unechan cakap dia tempah hotel B melalui nombor telefon yang dia jumpa di template/name card hotel di lobby hotel A.

Di sini timbul satu persoalan, template/name card tu dari tahun berapa, sudah berapa lama hotel itu beroperasi, betul ke hotel itu masih beroperasi?

Saya memperkenalkan agoda dan airbnb kepada Unechan dan minta dia tempah hotel dari apps sahaja. Saya mencari hotel B di google maps tapi cume satu hotel nama yang same sahaja yang muncul.

Hotel B tak keluar di mana-mana carian. Entah wujud atau tak, saya tak tahu. Yang pasti name card nenek tua dan pic bilik hotel masih saya simpan sebagai kenangan.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Subhanallah.. tak sangka jugak di Jepun ada lagi tempat-tempat yg sebegitu, ingatkn semuanya serba moden.. lg satu yg kta lantai ‘berlumut’ dan dinding hitam tu.. selalunya org2 jepun ni terkenal dgn ‘kebersihan’ mrk.. anyway, mngkin ini satu pengalaman yg x dpt dilupakn.. si “unechan” tu pon xkan lah terlalu konservatif sgt (nk tulis ‘kolot’ x sampai hati plak..), xkan x boleh ‘google’ or gunakn apps yg ternyata mereka di sana lbh maju n advanced dari kita di sini.. at least carilah ‘homestay’ yg ada review or gambar2 dlm internet.. tp mmg dah nk jd ‘habuan’ hampa la mlm tu norr..! Tahniah kpd cik dpt kerja di luar negara dlm usia muda, semoga sentiasa dlm lindungan Allah SWT di sana.. wasalam dari Malaysia..!

  2. curious pula nak tengok namecard dengan gambar nenek tu.. mungkin sis berdua dah kena2 dengan ‘hotel’ tu. ada tanya collegue sis tak apa jadi dengan dia? heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *