Hi aku kenalkan namaku Mona (bukan nama sebenar). Aku share nak dekat semua pembaca.. just untuk luahan perasaan aku je.
Aku dah berkahwin, and in middle of 30. Seorang fulltime housewife. Biasa la kehidupan kami normal, tak la mewah dan senang sangat, alhamdulillah kehidupan kami selesa.
Cuma, lately aku rasa hidup rumahtangga kami kosong. Kalaupun suamiku di rumah. Aktiviti dia padat dengan menonton netflix. You know what i means. Rasa kosong, sejalan tapi tak sejiwa.
Biasa aku buat hal aku sendiri. Dia dengan cara dia dan aku dengan urusan rumahtangga, walaupun diriku tak berapa gagah dari sudut kesihatan. Lebih parah bila aku diserang anxiety. Makin terumbang ambing la badai rumahtangga.
Suamiku ok dan semua keperluan kami dipenuhi. Cuma aku rasa jiwa aku kosong, tak berteman, tak de tempat meluah perasaan. Dia try untuk faham situasi aku. Cuma kita sebagai manusia. Memang tak kan sempurna.
Dalam situasi aku, dia bersabar, dan pernah jugak dia blow up dan marah kerana stress. Dengan keadaan aku yang sekarang, memang terasa cukup sensitif. Aku dah sedaya upaya mengawal anxiety aku. Tapi taklah semudah yang di cakap.
Perjalanan tu berliku. Ada ups and down. Bila dia stress dan kelihatan seolah separuh gila, aku la yang perlu jadi ok untuk rumahtangga.
Bila aku dah fed up dan rasa menyampah, dia pula yang menjernihkan keadaan. Keadaan ni bersilih ganti. Dan aku rasa makin jauh dan jauh.
Apa yang buat aku tertekan, bila anak anak kerap demam.. Suhu tinggi di waktu malam. Aku la yang bersengkang mata memerhatikan anak anak. Well i really hopes a ‘presence’ and function seorang ayah yang caring dalam hal ni.
Untuk diri aku, aku dah slowly boleh hadam dengan sifat dia yang beku especially bila aku tengah down dan sakit contohnya demam. Entah mana empati dia aku pun keliru.
Ada ketika tu. Suhu anak sulung aku mencecah 40° celcius dan dia tengah melayan stress.
Bagaimana dengan diriku yang beberapa hari menjaga anak yang tak sihat. Rumah yang tak terurus dan anak kecil berumur 2 tahun yang minta perhatian.
Pernah anak sulung aku demam dan muntah.. dan dia teragak agak keluar dari bilik kononnya tengah stress. Lalu dihulurkan buku tulis untuk anak aku tulis ABC.
Aku rasa nak ketawa dan menyirap pada masa yang sama. Terketar ketar anak aku menulis dalam keadaan demam tinggi.
Dalam hatiku speechless sangat, dan keadaan agak tegang, dia pulak terasa bila aku marah dan dia terus masuk bilik, kunci pintu. Aku?? Bagaimana dengan aku?
Dan pernah jugak dalam episod yang sama. suhu badan anak aku memang tinggi dan muntah muntah. Dia ajak aku ke hospital bawak anak demam.
Tapi aku keberatan sebab aku pun sendiri memang tak larat. Demam berjangkit dengan anak anak. Aku tunggu punya tunggu kat rumah.
Dia bawak balik ubat dari klinik. Tak jadi ke hospital instead anak aku yang tengah demam dan muntah muntah.
Di rumah kami bersusun ubat macam farmasi sebab anak aku kerap sangat demam. Kalau la jumpa doktor n ambil ubat tu boleh membantu baikkan demam anak aku.
Its ok tapi memang demam dia berlarutan dan tinggi, dan perlu rawatan di hospital. Kenapa perlu hanya ambil ubat yang memang dah tersedia kt rumah? Pendek kata banyak hal yang menduga hati aku sebagai isteri dan ibu.
Pernah jugak dia bubuh kain tuala lembab yang memang aku sentiasa sediakan kalau anak aku demam.
You guest what, dia boleh bubuh air ais yang sejuk dan basahkan tuala dengan air ais tu. Dan letak atas dahi anak aku yang tengah demam dan suhu mencecah 39-40?
Bila aku tanya.. dia cakap sebab badan anak terlampau panas. Yang buat aku hairan bin ajaib. padahal dia bekas seorang pekerja kesihatan di hospital sebelum ni.. pendek kata perihal ni memang dalam pengetahuan dia.
Entahlah aku hanya stress. Hanya perlu tempat meluah. Nak marah, dan memang aku marah tapi tula apa yang aku perlu hadap setiap hari.
Aku bukan tak bersyukur. Aku bersyukur seadanya. Bila aku suarakan sikap dia yang tak masuk akal.. Dia cakap kenapa nak marah marah. Padahal banyak benda yang buat aku trigger dan simpan. Akhirnya jadi la macam lava gunung berapi.
Cuma aku perlukan kata kata positif dan motivasi dari pembaca sekalian. Komen yang murni sahaja ya. Ya memang aku mengharapkan bahagia. Tapi bukan la manusia jika tak diuji kan?
Terima kasih sudi baca kisah aku, dan sudilah kongsi tips yang membina dan kuatkan semangat aku.
– Mona (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit