Ini Jawapan Kepada Soalan ‘Kau Bila Nak Kahwin?’.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUM confession. Thanks admin kalau confession ini bejaya disiarkn sebab mende ni dah lama pendam and sangat berharap orang2 yang ada mentaliti macam ni boleh berubah.

okay, straight to the point.. Alhamdulillah makin ramai kawan2 yang sebaya dan lebih tua dari aku mendapat seru untuk mendirikan rumah tangga. Siapa tak gembirakan? Lagi-lagi yang rapat dengan aku of course lah aku happy sangat-sangat. Tapi, Kawan-kawan sekalian mood happy tu boleh spoil bila korang start bagi tazkirah pasal kawen.

Ye, aku tahu kawen ni memang banyak kebaikannya. Sebab tu korang semua yang da sampai seru ni asyik cakap

“bila turn ko pulak? jangan lama-lama” “bila nak kawen? dari asyik berkepit je?”

Then, bila kita jawab ” insyaAllah ada rezeki, jodoh aku kawen lah”

Ko start pulak ceramah kawan-kawan korang tu. “jangan tnggu rezeki datang, sebenarnye nak rezeki lah kita kawen” and bla bla..

Kepada semua yang asyik cakap macam ni.. ayat mcm ni tak yah cakap pon xpe. sebab da banyak da bace kat facebook. Lagipon, situasi ko and aku tak sama. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu?

sebab:
1. Family kita tak sama. ko mungkin family jenis open. yang time kapel pon si laki atau si pompuan dah boleh tido umah. ikot family beraya macam orang dah kawen. Yang mak ayah ko happy je bila tahu ko da ada pakwe or awek and tak sabar2 nak kenal. No. Family aku tak macam tu. Even nak cakap ada buah hati kat ayah pon macam nak pegi hadap hukuman gantung.

2. Korang mampu. Dah korang mampu untuk kawen awal, gerak lah dulu. Aku ni dah lah baru habis belajar. partner pon masih terumbang-ambing nak cari duit. Belum lagi hutang pt. ko takpe. tak amik pt. tak yah fikir hutang. kalau yang amik pt pon, mak ayah ada jugak support. Tapi, tak semua macam ko. Ada orang yang duit gaji nak gembirakan mak ayah dulu. Ada yang adik beradik ramai yang masih sekolah. so nak support adik2 dulu untuk ringankan beban mak ayah. ko setakat dua beradik tak yah cakap banyak. ataupon, setakat ko sorang tinggal yang tak kawen pon tak yah cakap banyak.

3. Partner ko dah lama keje. Nilah yang paling aku geram. aku ni baru habiskan belajar aku.Laki aku pon baru nak mulakan career. Ko takpe. ko belajar diam2. Laki ko teros keje lepas diploma. So ko habis belajar, laki ko terus sambar. So takpelah. tu rezki ko and plan ko. Tapi, setiap orang plan berbeza-beza. aku nak laki aku smbung belajar dulu. Yelah, dah berpuluh tahun dia jd anak , apalah salahnya mak ayah dia nmpak anak dia berjaya sebelum diorang tutup mata kan. Takkan sebok nak keje keras semata-mata nak sambar kita je.

So kesimpulannya, kepada kawan-kawan aku and orang yang selalu macam ni..baguslah rezeki kawen korang da sampai. Macam dekat fb tu, kan ada ayat tu yang kawen lambat pon rezeki. rezeki untuk luangkan lebih banyak masa dengan mak ayah. So, Janganlah persoalkan apa2. Cukup sekadar cakap “aku doakan rezeki ko akan sampai pulak” . cukup memadai dah bagi aku. Tak perlu ceramah bagai sebab kehidupan kau dan aku tak sama.

Akhir kata, sorry sebab emo lebih. tapi, harap ada something yang berguna untuk di ambil.

– aku yang masih tak sampai seru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit