Assalamualaikum. Aku Milah, bukan nama sebenar. Aku dah kahwin dan mempunyai seorang anak, sedang mengandung.
First, aku nak cerita dulu waktu zaman sekolah. Aku ada bercinta dengan ex aku, Halim (bukan nama sebenar). Percintaan kami ni okay, takde melebih batasan sebab kami bercinta dari zaman sekolah sehingga aku dah mula kerja lepasan SPM.
Aku berkawan dengan orang di tempat kerja yang lagi berumur dari aku, dan dari situ, banyak ayat-ayat macam senak dan sebagainya aku tanya dengan Halim. Itulah permulaan aku mula tanya benda yang tak sepatutnya sehingga terjerumus kepada maksiat, tapi tidak sampai terlanjur.
Satu hari, aku kena scam dengan jumlah yang agak besar (berpuluh ribu). Aku dah macam orang kemurungan, nangis berminggu-minggu sebab tu duit mak aku dan duit simpanan aku di ASB.
Tahun depan tu, aku ada plan nak kahwin dengan Halim, dan mak aku saje minta test Halim nak lihat sanggup ke dia tolong aku walaupun sikit.
Tapi ye lah, Halim ni pandai simpan duit. Waktu bercinta banyak dia belanja aku, dan bila kami mula serious nak kahwin, dia mula berkira. Ya, mungkin dia tak tolong sebab nak simpan duit.
Itulah permulaan aku mula nak jauhkan diri dari Halim. Sebab aku rasa dia takde waktu aku susah, dan lagi satu punca, sebab kami makin lama makin kerap chat benda-benda yang tak sepatutnya. Aku rasa waktu tu keputusan aku betul, sebab lepas tu Halim takde cari aku untuk minta get back.
Di situlah aku mula reply Nazmi (bukan nama sebenar), iaitu suami aku sekarang. Awal perkenalan okay, sebab waktu zaman aku sedih dan nak move on dari Halim, jadi aku banyak cerita sedikit sebanyak pasal Halim dekat Nazmi.
Sehinggalah… benda yang aku tak nak buat (maksiat yang hanya daripada fon) sampai kepada aku check-in hotel. Disebabkan satu hari, Nazmi ajak aku keluar malam dan aku tak nak, dia tarik muka. Disebabkan itu, aku bagitahu aku kerja malam kepada keluarga aku.
Nazmi rajin bawa aku jalan-jalan ke area-area KL, dan waktu tu dah pukul 3 pagi. Aku cakap, “Tapla, tidur je dalam kereta,” dan dia nak check-in hotel KL. Bodohnya aku, aku ikut walaupun mula-mula tidur hujung-hujung.
Dia pergi baca semua mesej aku dengan Halim, dan ya, Nazmi tahu semua benda tentang aku dan Halim. Tipula kalau dah berdua atas katil—dia cuba naik atas aku, tapi aku tolak.
Tapi aku ni tak serik. Aku takde nak cuba jauhkan diri dari dia sampai tahap seminggu sekali atau dua kali mesti kami akan lakukan benda tu. Lagi satu, waktu aku kenal dia, dia ni jenis ego dan baran. Dia kerap baling fon dia waktu bercinta.
Sampai tahap gelap dunia aku bila aku cek dan tahu aku mengandung, sedangkan aku sedang sambung pengajian semester akhir diploma.
Bodohnya aku, aku tak confess benda ni dengan mak aku. Tapi aku pergi jumpa family dia terus. Ya, family dia tak marah anak dia (Nazmi) tu teruk mana, sebab sebelum aku kenal dia, memang dia pernah rosakkan beberapa perempuan ex dia.
Family Nazmi jumpa family aku. Mak aku memang tak setuju untuk kami kahwin sebab awal-awal lagi kandungan aku. Mak aku tanya, “Betul ke nak kahwin? Sedangkan belum tamat diploma sebab kena praktikal 5 bulan.”
Aku makan janji-janji manis Nazmi, dan ya, kami kahwin. Disebabkan nak tutup mata family dan sedara mara, Nazmi kira berhutang duit hantaran berbelas ribu untuk mak aku buat majlis sama macam orang lain. Sedangkan Nazmi baru mula bekerja, dan waktu majlis, pihak lelaki tak keluar duit satu sen pun.
Fasa dah mengandung dan kahwin ni susah aku. Aku tak cerita dekat siapa-siapa, termasuk family aku. Waktu dah kahwin, Nazmi (suami aku) selalu ungkit pasal Halim, insecure dengan family aku.
Tapi sehingga ke hari ni, Nazmi takde pun cuba bayar duit hantaran walaupun RM1. Semua barang rumah dan baju-baju anak aku, boleh dikatakan aku guna duit aku. Benda ni buat kami banyak gaduh mulut.
Ya, aku cakap Nazmi ni baran. Dia berchat dengan perempuan lain, dan bila aku diam tarik muka, dia sampai nak ceraikan aku dan koyak sijil nikah kami dengan alasan, “Tu privacy dia!” Aku senang berbaik dengan suami aku sebab pergi kerja sekali, dan aku takde kenderaan.
Dulu aku banyak menangis dan sabar sebab malu nak cakap dengan family. Ni jalan hidup yang aku pilih. Sampai waktu 3rd trimester pregnant, aku dah pandai jerit-jerit melawan mulut. Even lepas bersalin, perangai dia sama. Daripada aku yang banyak menangis, sampai dah pandai melawan.
Aku pernah kena tolak sampai jatuh, baju aku dia tarik kat leher sampai koyak. Dia tonyoh nasi dekat muka aku dan toucher mental aku sampai aku kuat menjerit bila tak dapat kawal emosi.
Sebab lepas bersalin, aku dah mula kerja ada duit sendiri. Aku berani buat keputusan untuk bercerai. Aku balik rumah family, tapi kami berbaik. Aku ada buat agreement. Tapi ya, Nazmi ni nafsu dia boleh tahap hari-hari nak bersama.
Semenjak ada anak, aku mula kurang nak bersama. Banyak kali gaduh dengan dia pasal benda ni sampai dia buat aku hampir gila. Dia sanggup datang ofis suruh aku bersama dia, sedangkan pagi tu aku datang bulan.
Kali ni aku betul nekad. Aku balik rumah family, suruh dia keluar dari rumah mak aku (yang kami duduk sekarang). Tapi ya, apakan daya? Aku rasa untuk teruskan hidup dengan anak kecik sangat struggle.
Dan ya, dia curang lagi. Mak aku sampai malas nak ambil tahu sebab aku takde pendirian tetap. Aku penat. Anak aku jadi saksi kehancuran mental aku, dengan aku yang sedang mengandung anak ke-2. Dengan siapa patut aku cerita? Family? Sah-sah kena marah sebab tengah mengandung weh.
Sekarang Nazmi dah tak berkasar dengan aku, tapi ayat dia nak ungkit pasal kisah silam aku dengan Halim. Dia hina aku macam perempuan murah, tak faham keadaan aku yang mengandung anak ke-2 dia.
Apa pendapat pendengar? Aku buntu dengan keadaan sekarang, tapi mental aku hancur. Takde hati dah..
– Milah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
nak nasihat pun taktau la nak cakap apa. sebab jenis tak tetap pendirian ni susah. dah terang2 dpt suami tak berguna, lagi pi mengandung anak nom 2 buat apa. menambah beban sendiri. ada anak kecik ke besar ke, Allah tu ada tau untuk tolong janda or ibu tunggal ni. last2 sampai anak 5 la dok meratap nasib, tp solution nya takde.
Semua tu ujian kifarah Tuhan balas kpd kau sebab nak bersihkan dosa2 kau dek.
Hadap sajalah biar sengsara d dunia jgn di akhirat kelak.
Sy simpati dgn nasib kamu.Dah tau laki tu baran knp nak juga kwen.Sebab ada anak luar nikah?ermm..
Kamu ibarat menaruh pisau di lehermu sendiri dek.Laki tu cuci kaki kwen dgn ko 1 sen x kua duit tp tetap layan perempuan lain malah tuduh ko murah.
Lain kali segala kisah silam jgn buka dkt bakal suami.Pnh main ke apa jgm buka cerita.Tuhan dh tutup aib ko
Eloklah ko bercerai…jntn tak guna biawak hidup tu patut dilepaskan.Nak tggu kena terajang smpai cacat ke?
Dah la nafsu seks buas.Laki ko tu ada gangguan jin sekali.Elok berubat
Skrg ko dah bawa 1 lagi nyawa ke dunia yg penuh sengsara ni…