Hai assalamualaikum. Nama aku Orked. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Usia perkahwinan hampir cecah 9 tahun.
Pernah mengadu dan menangis bersama sama rakan sekerja, tapi apakan daya. Mereka pun hanya mampu mendengar dan menangis bersama.
Tapi syukur, sekurang kurangnya, ada telinga yang mahu mendengar, ada bahu yang sudi menjadi sandaran. Terima kasih kawan.
Aku? Seorang isteri buat seorang lelaki yang so-called baik. So-called baik? Ya. Baik buat orang sekeliling kami. Suami aku ni nak kata baik, ya baik. Orang selalu nampak yang suami aku ni 1 dalam seribu punya type of husband.
Tak dinafikan, kerja rumah, anak, dan lain2 memang dia rajin. Berbeza ye dengan abang-abang aku yang takde give and take pun dengan kakak-kakak ipar aku. Soal anak soal rumah semua letak kat kepala kakak-kakak ipar aku je.
Suami aku lain. Dia bantu dan kadang dia buat je tanpa dsuruh. Boleh dikatakan ringan tulang. Sampaikan ibu aku sendiri pun lagi selesa untuk meminta bantuan dia berbanding anak lelaki sendiri.
Tapi ada satu sisi dimana semua orang taktahu dan takkan percaya. Bila kami bergaduh, walau pun bergaduh kecik, suami aku seolah olah bertukar identiti diri 1 dalam seribu juga jadi manusia yang sangat bertentangan dengan sifat baik dia.
Apa yang pasti, segala kata makian akan keluar. Seolah olah aku lah perempuan paling tak guna dia pernah kenal. Apa je perkataan yang aku tak pernah kena? Semuanya dah. Semua.
B*b*, anj*ng, bo**h, bang*ng, p**im*k, jaha**m, s**l. Eh kau sebut jelah. Semua pernah. Malah aku lah perempuan tak guna isteri tak guna itu. Semuanya aku.
Bukan sekadar makian, tangan kaki pun habis naik. Dalam pantang pun perut yg dczer ni pernah disepak. Mata lebam ditumbuk macam dalam drama tu pun aku pernah kena. Ditampar ditumbuk disepak semua tu dah pernah merasa.
Kalau ada masalah perselisihan faham, boleh dikatakan suami aku tak boleh bawa berbincang. Apa yang cuba aku argue, dia bidas dan terus membidas sampailah end up, maki dan naik tangan. Sampai aku dah boleh tau, apa yang akan jadi next next next.
Boleh dikatakan aku dah hafal jalan cerita apa yang akan jadi. Tapi dia selalu cakap aku provoke dia. Dan perangai dia jadi macam tu disebabkan aku. Walhal sebelum kawen pun, selalu dia maki hamun dan segala carutan pun dah keluar.
Tapi itulah aku bodoh, terima juga walau sejuta kali ibu aku tanya, “betul ke nak terima dia? Betul ke nak terima dia. Betul ke nak terima dia?”
Punca gaduh? Simple je. Kadang kecik je. Contohnya, dia terlalu busy dengan kerja. Balik kerja, sambung lagi kerja kat rumah. Sampaikan hubungan kami suami isteri renggang. Bila renggang, kadang ada rasa nak merajuk sebab rasa dah takde masa bersama nak bedtime story etc.
Kadang saje je buat-buat merajuk. Merajuk pun bukan nya teruk. Aku diam. Buat silent treatment, pandang tempat lain. Kadang cuba cakap ngan dia “saya sedih la awak macam ni macam tu”.
Tapi pada dia semua kemerajukan aku tak kena tempat. Bila aku meluahkan, dia cakap aku tak faham dia. Aku tak peduli akan kerja dia. Kalau aku buat muka lagilah. Memang silap besar tu. Dah tu aku tak boleh merajuk langsung ke? Nak juga rasa dipujuk :’(
Aku kadang terasa hati dengan dia. Orang luar buat dia macam2, dia balas apa? “Biarlah orang buat kita.. jgn kita buat orang”.
Tapi isteri sendiri buat perangai, tangan kaki makian habis dilepas. Sedih tau, susah payah dia selama ni, aku kat tepi. Tapi akulah perempuan paling tak guna dalam hidup dia.
Ugut cerai dan taklik? Berzikir kat mulut. Contoh aku melawan mulut, aku cakap “aku benci kau. Aku taknak kau dah. Aku derita hidup dengan kau!”
Apa dia balas? “Dah tu cerai jelah” takpun aku buat perangai nak keluar rumah sbb aku dah tak tahan. Dia taklik, kau keluar rumah, aku cerai kau.
Atau bergaduh dalam kereta, aku keluar kereta jalan kaki, dia taklik “kau tak masuk kereta dalam kiraan 3, aku cerai kau”
Kadang aku minta buang sampah, dia duk seronok main game. Pastu dia cakap “alaaaaaa”.
Aku cakap “okay takpela saya buat”. Pun dia boleh taklik. Dia cakap kalau aku ada terasa hati rasa marah sampai aku nak buat sendiri (buang sampah) jatuh talak 3 katanya.
Aku derita lillahitaala. Makan hati. Tawar hati. Semua ada. Balik-balik kena ugut. Balik-balik kena maki. Penat. Tapi bila berbaik, dia akui dia silap. Dia tak patut buat aku macam tu.
Malam-malam peluk cium juga! Tak wak. Takk. Bersama sebulan sekali pun jarang.
Suami ni, nak marah perlu ke sampai maki? Perlu ke samakan isteri kau ni dengan binatang? Perlu ke sampai nak naik tangan? Nak marah, marah. Tapi jangan berkata dengan kata-kata yang sakit macam ni.
Aku maafkan tau. Tapi aku tak lupa segala kata kesat tu. Sikit pun aku tak lupa. Sakit bila orang yang kita sayang, binatangkan kita.
Abi aku tak pernah jentik aku. Tapi ada sosok tubuh yang buat lebih kat tubuh aku. Bila aku cakap “abi aku pun tak pernah pukul aku” apa dia balas? “Abi kau? Abi kau dah kat kubur!”.
Aku sayang dengan kebaikan tu. Tapi aku juga sakit dengan segala apa yang dia buat. Bagilah kata-kata semangat kalian buat aku. Betullah syurga itu payah. Syurga itu mahal. Terima kasih sudi membaca luahan ini. Doakan aku sentiasa kuat.
– Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
cerai je la. takda harapan dah tu
saya pun sebiji begini
kita ni isteri untuk suami lindungi kita, bukan pukul kita. jangan lah hidup dgn lelaki yg mcm tu dik. hargai la diri sendiri.
Patutlah mak ko tanya 1 juta kali masa sebelum kawin tu, betul ke , betul ke? Ermm boleh lar fikir2 semula perhubungan u all ni, sampai bila boleh bertahan kan.
Love yourself…yg tk hargai kita tk layak utk disayangi, cerai jer kalau otak tu berfungsi
Patutla ko kena terajang dengan laki ko, merajuk x kena tempat, ko ingat laki ko pening ngn keje, ada masa nak layan merajuk bodo ko???
Ko tu yang bodoh. Kalau rasa wanita tu beban, tak payah kawen. BODOH
salah tajuk tu… ni bukan narcicist dah sis… ni la**nat.. kbye
Perkataan ‘cerai’ dari mulut suami, bkn bole keluar sesuka hati.. sbb bule jatuh ‘talak’ klaw x berhati2 bla dia ckp mcm tu.. cba puan tnya dgn pegawai agama or kaunselor di pejabat agama, bgmna keadaan yg puan alami tu, klu bule, bwak dia skali, supaya dia jelas.. mmg mngkin mse tu dia xde ‘niat’ pon nk cerai, tp klaw dah ckup ‘syarat’nya, akn jatuh juga talak, kli ke berapa pon kna ‘clarify’ betul2, esp. klaw melibatkn talak “3” tu, klaw benar2 jatuh talak, pusn dah x bole dduk bersama dia yg dah jd ‘bkn mahram’ puan.. org lelaki yg dok ‘zikir’ talak dibibir ni mmg dr species “pengecut”, dia prasan perkataan talak tu bole ‘menakutkn’ pasangan, tp sbenarnya dia yg ‘takut’ n x secure dgn byg2 dia sendiri.. kesianla kat diri n family awk, mahu ke jd mangsa keadaan sehingga akhir hayat..? Apa2 pon, tunggu la ‘kafarah’ dari Allah yg maha kuasa, ingat dia selamanya sihat dan kuat ke..? Satu hari nt, dia akn tahu siapa yg lbh berkuasa, itu x msuk kubur n d Akhirat nt, klaw x taubat sungguh2, tunggu jela balasannya, s/ada di dunia n yg pasti d Sana nt.. sbb tu sbelom nk kawen, kna tau kemampuan kita sbg suami, isteri klaw ckup ikut perintah agama n redha, bule je pilih mne2 pintu Syurga (walau bkn senang jugak..), tp suami yg pegang t/jwb itu, jahat suami, maka hancurlah kluarganya, disebabkn dia.., mrk yg di bwh tu hanya ‘akur’ shj, kmu yg nk mngemudi bahtera r/tangga ni, sama ada ke Syurga atau sebaliknya (na’uzubillahi minan Nar).. wallahu a’lam bissawab..
Bawa kes ni ke pengetahuan ibu awak & adik beradik yg tua. Jgn diamkn dera fizikal mental ke atas diri & tubuh badan awak. Simpan bukti dgn snap gambar bukti dipukul (lebam, luka dll) & bila bergaduh & kebetulan awak sdg pegang hp, rakam suara suami yg sdg maki hamun awak. Buktikan pd semua (di mahkamah syariah nt) jika ada hasrat utk bercerai. Fikirkn nasib awak & anak dahulu yg utama perlu diselamatkm dr manusia yg jiwa binatang ni. Dia nampak baik, brsikap baik bila dia dlm keadaan normal. Tp bila jiwa dia trganggu & kacau, sikap binatang auto muncul. Jgnlah, tolonglah, kami x nak dgr lg ada isteri mati dibunuh ditangan suami mcm kes2 yg pernah terjadi keluar muka depan akhbar. So please, take action as fast as u can.
Maaf puan. Satu hal yang perlu puan tahu, suami puan tu lelaki pengecut. Sejenis lelaki yang hanya berani dekat isteri atas alasan isteri di bawah suami. Sebab itu dia selalu duduk ratib ‘biarlah org buat kita jangan kita buat org.’ Dia tahu, kalau dia buat orang, hancur muka dia dikerjakan org. Begitu jugak kalau org usik dia, dia pilih diam berlagak baik, cool je sdgkn dia takut kalau melawan dia akan kena balik.
Tapi bila dia dengan puan, dia jadi bebas nak bertumbuk, nak maki hamun berkilo-kilo sbb dia rasa puan lagi lemah dari dia. Jadi, dia gunakan perkataan talak, cerai dan taklik ni ibarat makan gula2 getah. Tak pikir panjang semata-mata nak buat puan takut.
Bagi saya, bacul lah seorang lelaki yang suka suki dia je maki bini dan wali bini yakni ayah mertua.
So, puan. Beranikan diri untuk ambil tindakan. Jika puan nak ubah nasib puan, puan kena mulakan langkah berani biarpun berat. Kumpul bukti bila dia pukul, x pun rakam video sorok2 bila dia mula marah dan memaki. Kemudian, dapatkan pemeriksaan doktor. Kalau perlu, check kesihatan mental puan juga. Ingat puan, jangan jadi manusia tersakiti yang banyak alasan. Berjuanglah untuk terus hidup. Anak-anak puan perlukan seorang ibu yang bahagia. Kurangkan bercakap, banyakkan tindakan. Saya doakan urusan puan dipermudahkan Allah. Aamiin…Wassalam
pendapat saya, sahkan dahulu salah satu lafaz taklik itu. bimbang ada yang dah jatuh tapi tidak diambil berat. hal ini menjadikan rumah tangga rasa tak tenang & aman
dok tahan apa lagi kak..dia pukul akk p report police la senang..jadi kes police senang nk cerai..ada bukti..klo dia taklik akk langgar je taklik ..suka sgt kan taklik..cerai jela kak..buat apa nk tahan diri dari jantan mcm tu..akk patot bahagia. cari bahagia akk sndri..dia cerai gn akk confirm dia akn menyesal sbb dah xde punching bag lg dia nk lepas geram
Hanya jantan yang paling tak guna saja boleh sepak perut isteri yang czer.
Let me put this in perspective, if you see a pregnant cat, would you even dare to touch that cat roughly? No, you wouldn’t, right. Because the pregnant cat is fragile. So you see, the scum that you called husband has treated you worse than an animal.
Divorce this useless trash. You deserve a better life than this