Pabila usia meningkat, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cintan-cintun saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.
Tambahan dengan anak-anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax ja. Sungguh, ibu bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat-tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.
Dah tua-tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak-anak. Minta tolong anak picit bahu, anak kata penat. Suruh anak buat sesuatu, bertangguh-tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.
Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata ‘uhh’ pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan ibu bapanya.
Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, sedangkan nyamuk gigit pun sanggup berperang mengejar nyamuk, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia-sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.
Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya ALLAH ampunkan dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecil hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus terasa kecil hati dengan anak-anak. Anak-anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh ALLAH agar menjaga iman dan akhlak.
Oleh itu wahai ibu-ibu, jangan sesekali kamu berasa kecil hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersengkokol dengannya segera menjauhkan diri, istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik-baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar.
Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama-sama dengan anak di Mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke Syurga. Terus terusan berdoa agar ALLAH beri petunjuk dan jalan keluar apabila segala masalah yang kita dihadapi.
Oleh itu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh bergurau dengan anak. Ketepikan segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke Syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup menangis di dunia dari dia menangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa-jumpa.
Seorang ibu yang pengasih setiap malam berdoa, meredhakan anak-anak, mengampun dosa anak-anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doakan yang baik-baik untuk anak, supaya apabila mati, dosa dengan anak-anak telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia-sia.
Wahai ibu bapa, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan-bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atau solehah kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.
Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang lain belum ada jaminan sampai kepada kita.
Pernah saya minta tolong anak tapi anak tak bantu, saya menangis seorang diri, tapi hati tak lepas dari berdoa memohon pada ALLAH ampunkan anak, mungkin dia terlupa. Bersungguh mohon agar ampun dosa dia, jangan sampai dia terazab di akhirat sana. Doa sungguh supaya ALLAH beri keampunan pada anak takut anak tidak sedar salah silap ini.
Jgn sesekali kita sombong sebagai ibu, nak ego kerana taraf ibu tu tinggi dn mulia dgn anak sehingga menyebabkan anak ke neraka…xde maknanya jadi seorg ibu tapi anak2 jadi derhaka kerana ego seorg ibu…ibu yg gagal telah menyebabkan anak keneraka, nauzubillah …
Nota: semua org boleh jadi ibu solehah…wallahuallam bisawab.
Tips: bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata, menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan ALLAH. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka…
– Hadiras
– – Hadiras
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit